37.Kisah Lama

1.1K 114 116
                                    

Keesokan paginya>>

Gempa POV~

Selepas melaksanakan shalat subuh berjama'ah dengan adik beradik aku, akupun terus mandi sementara adik beradik aku yang lain kembali menyambung dunia mimpi.

Sebaik sahaja aku siap mandi, akupun turun ke dapur untuk buat sarapan. Yaa memang macamni lah kebiasaan aku kalau kat rumah. Aku akan bangun awal, lepastu memasak, dan selepas jam enam setengah, aku kejutkan semua orang untuk mandi. Selagi diorang mandi, akupun mengemas bilik diorang. Kalau bukan aku yang kemas, memang tak dikemas lah sampai bila-bila.

Yaa kecuali bilik Hali. Dia kebiasaannya kemas bilik sendiri dan kadang-kadang dia pun bantu aku kat dapur. Tapi sebab Hali tengah sakit, aku paksalah dia untuk rehat kat bilik. Dan biar aku yang uruskan semua.

Tapi aku bangga jugak dengan diorang sebab boleh jaga diri sendiri masa aku dan Hali takde. Terlebih lagi dengan Taufan. Hahaha... tak sangka pulak dia dah jadi makin matang sekarang.

Yaaa aku pun sedar kalau semua akan berubah seiring dengan berjalannya masa. Tapi jujur, aku masih lagi nak nikmati masa-masa sekarang. Masa dimana aku boleh berkumpul dengan semua adik beradik aku, masa dimana semua masih prihatin satu dengan yang lain, dan masa dimana semua orang belum sibuk dengan urusan masing-masing.

Aku betul-betul tak boleh bayangkan macam mana kehidupan aku dimasa hadapan. Akankah aku masih boleh berkumpul dengan adik beradik aku? Akankah semua masih sama macam sekarang? Dan... akankah aku hidup lagi?

Nanti, siapa yang bakal jadi isteri aku eh? Hmmm, penasaran jugak aku ni. Yang pasti aku nak isteri yang berbakti dan sayangkan aku. Hehehe...

Esihhh! Merepek apalah kau ni, Gempa! Kuliah pun tak habis lagi, dah fikir macam-macam! Kau pun bukan pandai dalam bab-bab couple macamni! Huftttt... lagi baik aku masak.

Aku terus turun kebawah. Masa kat tangga, aku ada cium bau sesuatu. “Ehh bau apa ni?” gumamku

Aku agak memperlaju langkahku menuruni tangga. Dan aku ternampak lampu dapur dah terang. Akupun ada nampak seseorang yang tengah memasak kat sana seraya bersiul ria.

Eh? Siapa tu? Takkan Taufan kot, tadi akupun nampak dia pergi tidur balik selepas shalat. Ke Hali? Eh, mana pernah Hali main siul.

Hmmm lagi baik kalau pergi tengok.

Gempa POV End~

Perlahan-lahan Gempa mendekati dapur. Sebisa mungkin dia tak timbulkan sembarang bunyi.

Puk!

Orang tadi pun berbalik bila ditepuk bahunya oleh Gempa.

“Glacy?” soal Gempa pada orang tadi yang rupa-rupanya ialah Glacier

“Eh abang Gempa? Abang dah bangun?” Glacier menyoal balik

“Apa kau buat kat sini? Aku ingat kau pergi tidur balik”

Glacier tergelak kecil. “Selepas shalat subuh aku memang tak pernah tidur balik lah, bang” jawab Glacier

“Ouhh, jadi apa kau buat ni?”

“Buat sarapan lah. Apa lagi?”

Gempa tergelak tipis. “Ha baguslah kau ada, boleh tolong aku” kata Gempa yang terus membantu Glacier memasak

Glacier tersenyum. “Awal betul abang bangun” kata Glacier ditengah ia memotong beberapa sayuran

“Eh mestilah. Kalau aku bangun lambat, siapa yang nak siapkan sarapan?” jawab Gempa. “Eh macam mana tidur dengan Hali? Dia ada mengigau tak?” soal Gempa

Brothers Hugs [Boboiboy] ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang