𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 27

19.2K 1.8K 378
                                    


"HAWA... " Adam bangun dari pembaringannya dan melakukan sedikit regangan badan sebelum menghalakan pandangan ke arah sebatang tubuh isterinya yang duduk di birai katil. Seulas senyuman kecil bermain di bibirnya.

"Saya tak sampai hati nak kejut awak bangun tidur. Awak nampak lena sangat.Awak nampak letih sejak kita dekat rumah Tok Ma tadi," kata Hawa bersahaja tanpa ada riak di wajahnya.

Hawa baru sahaja berjaya menidurkan Tuan Ian Al - Fattah yang begitu aktif mahu berceloteh dengan Hawa pada jam 2 pagi ini. Bercakap pun pelat lagi. Hai la... Anak umi. Mujurlah Ian seorang anak yang tak banyak ragam.

"Dah pukul berapa sekarang?"

"2 pagi."

"Kenapa sayang tak tidur lagi ni? Dah lewat ni. Selalunya isteri abang ini tidur awal. Hawa tak boleh nak tidur ya..."

"Bukan urusan awak." Penuh dingin Hawa membalas.

Senyuman Adam sedikit mengendur."Hawa tak boleh nak terima abang? Tak boleh nak terima yang lelaki jahat macam abang ini jadi suami Hawa?"

Hawa tidak lekas menjawab. Pernafasannya dikawal agar udara yang keluar masuk memenuhi rongga yang memberi nyawa tidak kedengaran merengus.

"Sekarang dah lewat malam. Lebih baik awak tidur balik.Saya tahu awak masih penat."

"Hawa benci abang?"

"Tak. Saya cuma masih terkejut, Adam. Saya perlukan masa dan ruang untuk hadam semua perkara yang berlaku ini. Ini kejutan buat saya. Awak kena faham, Adam," tutur Hawa perlahan di sebalik matanya yang mulai berkaca.

"Hawa menyesal kahwin dengan abang?" Asak Adam lagi. Meskipun jawapan yang terbit dari mulut Hawa nanti akan melukakan perasaannya. Tapi, dia perlu tahu apakah yang sedang bermain di dalam fikiran seorang Hawa mengenai rumahtangga mereka.

"Saya tak menyesal. Saya terima awak seadanya sebagai suami saya. Saya melamar awak dulu jadi suami saya atas kehendak-Nya juga. Saya yakin awak mampu bimbing kita bersama ke jalan Allah. Manusia layak diberikan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Atas sebab itu... Saya memilih awak. Saya pilih awak jadi suami saya tanpa keraguan."

"Saya banyak kali lakukan solat Istikharah dan setiap kali itu juga... Saya mendapat petunjuk. Dan... Awak la orangnya. Saya tahu Allah dah tetapkan kebahagiaan untuk kita. Semua apa yang terjadi ini pasti ada hikmah sebaliknya. Saya bukan sesiapa nak menghukum masa lalu awak."

"Biarpun... Ibu membuang saya dan mencemuh saya. Saya tahu Allah sentiasa ada di sisi saya. Berada dekat di hati saya. Mencintai pencipta alam ini tak pernah merugikan. Ianya sebaik-baik cinta...Cinta agung. Suatu ketika dahulu, saya pernah bersumpah untuk membenci awak seumur hidup saya..."

Bergetar hebat bibir Adam mendengar luahan hati Hawa.

"Hanya di mulut sahaja saya bersumpah untuk membenci awak tapi separuh hati saya meronta-ronta untuk maafkan awak. Walau banyak mana pun awak dan Salsabila buat dekat saya dulu sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat sekeliling. Tapi, saya masih maafkan awak kerana saya tak sanggup nak biarkan dendam itu bersarang di hati saya. Saya tawakkal atas semua yang terjadi. Saya menggangap ini salah satu ujian yang Allah berikan. Allah takkan menguji hambanya lebih dari kemampuan hambanya."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now