Chapter 20

731 26 0
                                    





   Aisha Umairah mencelikkan mata. Dia memandang ke sebelah kiri. Kelihatan seorang lelaki tidur sambil memegang tangannya. Dia tersenyum nipis. Dia mengelus lembut rambut keperangan lelaki itu.

Tengku Aariz Aiman membuka mata kerana terasa tidurnya diganggu. Aariz merengangkan badan. Sakit badannya tidur sambil duduk. Dia tersentak bila dari tadi Aisha merenungnya. Kekok pula rasanya bila ditenung macam tu.

"Sorry, saya ganggu tidur awak ke?" Soal Aisha serba salah. Aariz hanya menggeleng sambil tersenyum.

"Bila Sha bangun?"

"Baru je, sorry sebab susahkan awak jaga saya. Awak balik la berehat. Mesti awak penatkan datang sini jauh-jauh pastu terus datang hospital"

"Riz tak pernah pun fikir yang Sha ni menyusahkan Riz.  Riz minta maaf, sepatutnya Riz yang selamatkan Sha dari jadi mangsa Daniel" ujar Aariz sambil menunduk.

Aisha tersenyum. Comel saja dia melihat Aariz sebegitu. Aariz menjongketkan kening. Dah kenapa senyum-senyum?

"Awak lama ke dekat sini?" soal Aisha.

"lepas Sha dah sihat, Riz balik sana lagi" Aisha yang mendengarnya memuncungkan mulut.

"Kenapa ni hmmm?" Soal Aariz selepas melihat perubahan pada wajah Aisha.

"Riz nak tinggalkan Sha lagi?" Ujar Aisha sambil mencebikkan mulut.

"Riz kan belajar. Bila Riz dah habis belajar Riz balik la. Hari-hari jumpa pun takpe" balas Aariz tersenyum senget.

"Janji eh?"

"Okay Riz janji"

Kuakan pada pintu wad Aisha menyetakkan mereka berdua. Seorang gadis bertudung melangkah masuk kedalam wad itu. Aariz tersenyum melihat gerangan itu.

"Eh kak masuk la" Aisha mengerutkan dahi. Kakak? Kakak Aariz ke? Setahu dia Aariz anak tunggal. Tapi muka mereka seiras.

"Sha, kenalkan ni kakak Riz. Airissa Amani" Gadis itu tersenyum melihat Aisha. Gadis ini ke yang adik lelakinya tergila-gilakan. Cantik. Comel. Dan yang paling penting sopan santun. Aisha membalas senyuman gadis itu. Tidak dinafikan gadis itu sangat cantik dan elegan. Anak mata berwarna kelabu serupa macam Aariz. Macam kembar pun ada.

"Kak ni la tunang Riz"

"kakak tahu. Cantik. Pandai Riz pilih" Aariz tersenyum bangga.

"saya tak pernah tahu pun yang awak ada kakak" celah Aisha sedari tadi  berdiam diri.

"Sha tak pernah tanya kan? So takkan Riz nak cakap pula" kata Aariz selamba. Aisha mencebik. Kalau tak tanya tak boleh bagitahu je ke?

"eh dah la tu. Ni akak ada bawa makanan dari rumah. Mama masak suruh Aisha makan" ujar Airissa seraya membuka bekas tupperwear yang berisi makanan itu.

"Kalau macam tu Riz nak turun pergi cafe dulu la. Rasa haus pula hehe" ujar Aariz seraya melangkah keluar dari wad Aisha selepas menerima keizinan dari dua orang gadis itu.

Di luar wad Aariz berselisih dengan seseorang iaitu Adam Alexander.

"Tengku Aariz Aiman? Am i right?" Tegur Adam. Aariz berhenti melangkah. Dia menoleh memandang Adam.

"Ya saya?"

"Nak pergi mana?" Soal Adam.

"Saya nak pergi cafe. Why" soalnya hairan. Dia tidak pernah pun kenal dengan lelaki itu tetiba ditegur. Wow amazing. Famous juga aku. Hehe

"Siapa teman Aisha dekat dalam. Aisha kan masih trauma lagi, tak boleh ditinggalkan" terang Adam.

"Ada kakak saya dekat dalam lagipun saya dah bagitahu dia saya nak pergi cafe. Eh kejap. Abang ni siapa eh? Apa hubungan Abang dengan Aisha"

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now