1

0 1 0
                                    

"Guys.." panggil Eva.

Damita dan Diana serentak menoleh dengan pandangan yang meminta jawapan.

" Aku kena ke hospital. Adik aku jatuh dari pokok lagi. Tolong kabarkan kepada pengawas, ya?" kata Eva seraya mengambil beg tangannya yang terletak di atas katil.

" Nakallah adik kau nih. Ini sudah kali ke berapa dia masuk ke hospital gara gara jatuh dari pokok?" soal Damita yang sedang bersolek mengalahkan artis tetapi Eva terlebih dahulu keluar dan meninggalkan mereka tanpa jawapan.

" Kurang hajor punya Eva! Nasib best friends." Damita mendengus kasar disertai dengan letusan tawa dari Diana.

"Sabarlah, dia tergesa gesa tuh. Risau sangat dengan adik kesayangannya.  Kau mana faham perasaan dia sebab family member tak pernah accident. " kata Diana datang mendekat lalu mengurut bahu sahabatnya itu.

Damita dengan pantasnya menepis, rimas katanya.

" Dahlah, jomlah jalan. Nanti lambat, kena denda." ajak Damita sudah tiba di muka pintu dengan pakaian mewahnya yang boleh menarik perhatian mana mana pelajar di orentasi asrama nanti.

" Ya, kejaplah. Kau bawa apa jer kat sana?" soal Diana merapikan rambutnya.

Dengan selamba Damita menunjukkan telefon bimbitnya.

" Tu je?"

" Yelah, apa lagi nak bawa? Kau nak bawa almari? Ha, bawalah. Tapi tak nak tolong angkat ya?" gurau Damita tertawa miring.

"Hish, mana kuasa aku nak angkat almari tuh. Kau nih kan." Diana sempat memberikan jelingan tajam. Dia meratakan gincunya sebentar lalu berjalan mengikuti Damita.

Diana dan Damita jalan beriringan sambil bergurau senda menuju ke tapak perhimpunan, tempat orientasi itu dijalankan. Sedang mereka bergelak ketawa, mereka telah dihalang oleh sekumpulan lelaki yakini senior mereka.

" Hai, gadis manis. Boleh berkenalan?" tanya Amir mulai mendekati mereka berdua.

" Boleh, mana satu?" tanya Damita mesra, yakin orang yang dipikat itu dia.

" Tuh yang berbaju ungu." jawab Amir dengan senyuman kambing terukir di bibir.

Diana hanya diam membatu. Dia tahu gadis yang dimaksudkannya ialah dirinya tapi dia tidak ingin berbicara dengan lelaki itu. Nampak dari gayanya dah tau lelaki tuh bukan lelaki baik. Siap sisip batang rokok  tepi telinga lagi. Ew, tolonglah..

"Dam, jom pergi dari sini." Diana menarik tangan Damita. Dia membesarkan langkah segera ingin beredar dari sana tetapi Amir terlebih dahulu mencengkam tangannya erat.

" Adik manis, janganlah sombong. Kita berkenal kenal lah dulu." kata Amir disertai kekehan dari kawan kawanya.

" Tak nak, lepaskan saya." ucap Diana kasar. Siap main sentuh tangan lagi, siapa tak marah?

Amir yang tidak tahan dengan kecomelan gadis itu lantas mencubit pipi Diana.

Diana semakin naik angin. Dia menatap tajam lelaki itu.

" Lepaskan dia lah!" marah Damita apabila Amir tidak mahu melepaskan tangan Diana namun Amir masih tidak melepaskan.

Diana mengayun tangannya namun pegangan Amir terlalu erat. Dia mula berasa rimas.

" Oi, lepaskan dia." arah makhluk berjantina lelaki dalam suara serak serak basah.

Seksi betul suara tuh! Boleh bergegar jantung dibuatnya.

Diana terus mengangkat muka merenung lelaki bersuara seksi itu. Diana terpegun seketika.

'Hensemnya..' hatinya berbisik. Dia terpukau dengan ketampanan lelaki yang dihantar oleh Tuhan untuk datang menyelamatkannya.

" Cis!" Amir menolak tangan Diana kasar lalu menyuruh gengnya untuk berundur. Mereka pun berlalu pergi dengan pandangan tidak puas hati. Sempat lagi Amir menjeling jengkel  lelaki bersuara serak serak basah itu.

Diana masih menatap lelaki itu. Dia memberanikan diri untuk mendekatinya.

" Korang tak apa apa ke? Ada yang terluka?" Satu suara garau dan dalam muncul dari belakang.

" Tak apa, kami okay. Dia cuma tarik tangan saya je." balas Diana masih menatap lelaki yang menyelamatkannya itu.

Tapi, hairan betul. Kenapa mata lelaki itu langsung tidak memandang ke arahnya.

" Thanks for helping me." ucap Diana perlahan. Dia menatap lelaki itu tetapi lelaki itu langsung tidak menatapnya. Dia menggigit bibir, geram. Dalam hati,  dia menjerit menyuruh lelaki itu memandangnya walaupun hanya sekilas. Tapi lelaki itu tetap mengarahkan pandangannya ke tempat lain.

Tanpa sebarang jawapan, lelaki itu beredar bersama temannya yang bersuara dalam dan garau itu.

" Weyh, kau kenapa?" tanya Damita melihat Diana membeku.

" Aku geramlah dengan lelaki tuh, Dam. Muka cantik aku nih dia tak pandang langsung. Padahal, aku kan gadis paling cantik kat asrama nih. Beraninya dia tak tatap mata aku, hish geramnya." rungut Diana memandang kelibat dua orang lelaki itu hilang dari padangan.

Damita tertawa terbahak bahak. Hanya sebab perkara remeh itu pun mau dirungutnya. Hampeh lah Diana nih. Namun jauh di sudut hati Damita, dia setuju dengan kecantikan Diana yang tiada tandingannya. Sahabatnya yang ramping lagi seksi ini sah memang gadis paling cantik kat asrama nih. Tiada keraguaan lagi. Walaupun hanya berbaju biasa namun kecantikannya sudah terpancar. Hendak dibandingkan dengan Damita, hanya boleh kata Damita nih nampak anggun sebab pakaiannya yang lawa. Cuba kalau pakai baju biasa biasa jer, hm jauh beza daripada kecantikan Diana yang original nih. Tapi, apa apapun Damita sudah dikira cantik. Ada paras muka yang menawan lagi putih mulus. Tambahan lagi, gayanya yang cool dan savage.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 29, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crush Aku Kawan AkuWhere stories live. Discover now