HAWA mengambil cawan dan piring dari rak. Dituang air kopi itu ke dalam cawan itu. Dalam diam, Hawa dapat merasakan segala gerak-gerinya sedari tadi diperhati penuh minat oleh suaminya. Dia tergeleng kecil seraya tersenyum kecil.Dengan segera cawan itu diangkat dan diletak di hadapan, Adam. Hanya ada mereka berdua di ruang dapur itu. Ian, anak kecil itu masih terlena dibuai mimpi.
"Thank you," ucap Adam. Senyuman tak pernah hilang dari bibirnya manakala sepasang mata birunya galak memerhati setiap inci wajah isterinya. Lama.
Bangun saja pagi tadi, Adam yang kejutkan Hawa dari tidur itupun kantuk masih tersisa kerana mereka berjaya melelapkan mata pada jam 4 pagi kerana terlalu banyak topik perbualan yang dibualkan bersama. Solat subuh diimamkan oleh si suami adalah saat yang paling indah dan diperdengarkan ceramah ringkas daripada Adam. Itulah rutin kebiasaan mereka selama tiga tahun ini.Setelah beberapa bulan meninggalkan rutin harian itu. Akhirnya, atas izin Allah sepasang suami isteri itu masih berkesempatan.
Hati Adam melonjak kegembiraan.Tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia amat bersyukur kerana masih dapat bersama dengan isteri tercintanya, Hawa Arlani sehingga kini atas izin Allah. Tambahan pula, ingatan Hawa sudah pulih dalam masa yang terdekat. Satu pencapaian yang amat mustahil mengikut kajian doktor peribadi Adam iaitu Dr. Amar.
"Kenapa abang tengok Hawa macam tu? Segan la..." tutur Hawa sedikit malu bila direnung sedemikian. Dia mengambil tempat di sebelah Adam.
Adam tersenyum senget. Kepalanya digeleng sebagai balasan seraya itu dia menyicip perlahan kopi buatan isterinya.
"Abang masih tak percaya yang abang masih diberi kesempatan untuk menatap wajah Hawa... Dengar suara Hawa... Semua ini bagaikan mimpi buat abang. Abang rasa sangat bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk abang bersama Hawa. Masih segar lagi di dalam ingatan abang, kemalangan kita setahun yang lalu. Abang rasa sangat lost masa tu. Terasa sangat kehilangan..."
"Abang kehilangan Riyadh. Anak kita. Abang rasa tak berguna sangat sebab kecuaian abang... Riyadh anak kita meninggal dunia. Ini semua salah abang. Kalau abang tak terlelap ketika memandu kereta masa tu, mesti Riyadh ada dengan kita sekarang."
Hawa melekatkan jari telunjuknya di atas bibir Adam seraya menggeleng kepala perlahan. Dia tak suka Adam menyalahkan semua yang terjadi atas kecuaian Adam sendiri. Dia reda atas pemergian Tuan Riyadh As Siddiq. Hatinya ikhlas atas pemergian anaknya.
"Bukan salah, abang."
"Ini semua sudah suratan takdir, bang. Hawa reda dengan pemergian Riyadh. Dia anak syurga. Jangan letakkan semua kesalahan di atas bahu abang. Hawa tahu semua yang terjadi ini ada hikmahnya. Ini adalah salah satu ujian Allah untuk kita. Allah nak uji sejauh mana kita mampu bersabar dan belajar menerima kenyataan."
"Tapi, abang tetap marahkan diri abang kerana abang rasa tak berguna sangat kerana tak dapat berbuat apa masa tu. Isteri abang kritikal... Sedang bertarung nyawa manakala pengembumian Riyadh terus dijalankan... Abang tak dapat lupakan saat abang cium wajah anak kita buat kali terakhir. Tidak lama kemudian... Doktor kata peluang untuk Hawa sedar sangat tipis kerana Hawa cedera teruk."
Bergenang kolam mata Hawa. Ya Allah... Bagaimana Adam tabah mengharungi semua ini? Kehilangan anak dan sekaligus hampir kehilangan isteri tercinta dalam satu masa yang sama. Bahkan, semua ini terjadi atas kecuaian Adam sendiri.
"Abang tak tentu arah masa tu. Abang merasakan dunia abang kosong tanpa cahaya.Tiada apa-apa yang tinggal lagi untuk abang teruskan hidup. Abang takut untuk kehilangan Hawa. Bagaimana abang nak teruskan hidup tanpa Hawa di sisi abang? Mampukah abang?" ujar Adam penuh emosi yang jelas terbias dari wajahnya.
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romantizm𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...