WILLIAM merebahkan tubuh sasanya ke atas tilam yang bersaiz queen. Tangan lelaki itu naik memicit kepala yang terlalu sakit. Baru sahaja beberapa minit melelapkan mata fikirannya mula menerewang. Kejadian 3 bulan yang lalu.
3 bulan yang lalu.
3 bulan yang lalu.
Mata lelaki itu terbuka semula memandang siling. Sudah acap kali dia mahu melupakan peristiwa itu namun dia gagal.
William memejamkan kembali matanya. Fikiran lelaki itu mula memainkan semula adegan yang berlaku.
Flashback
"Come on lah Aid. 2 minggu lagi kau nak kahwin. Jom lah enjoy dulu." Ujar William yang sudah layu matanya.
"Aku nak balik." Aiden memandang sekilas jam yang tersemat kemas di pergelangan tangannya. Sesekali air coke yang terhidang di depan mata di teguk.
"You already drunk dude. Balik lah Liam." Aiden bangun daripada duduknya. Sebelum dia pergi meninggalkan kelab malam itu dia menepuk bahu tegap William.
"Just one more shot." Arak merah yang masih bersisa itu disua ke mulut lalu diteguknya rakus. William makin lama makin hilang pertimbangan diri.
Rasa ingin memuntahkan sesuatu. Tapi dia abaikan rasa itu.
"William?" William yang sudah terkulai di tempat duduknya di dekati oleh seorang gadis.
Lelaki itu membuka matanya yang terkatup rapat tadi dengan perlahan-lahan. Kepalanya rasa pening dan pandangannya rasa berpinar. Figura seorang gadis di hadapan mata hanya dapat dipandang dengan pandangan yang kabur.
"Adel."
Gadis itu tersenyum sinis.
"I hantar you balik ya, William?" Lelaki itu mengangguk. Tubuh gadis itu dia tarik merapat ke arahnya.
"Jom." Tubuh sasa William di papah oleh gadis genit itu untuk keluar daripada suasana kelab malam yang semakin bingit dengan suara manusia dan lagu.
"Adel." Gadis yang sedang memandu itu mengetap bibirnya. Mata dia julingkan ke atas.
"Adel! Adel! Adel! Siapa perempuan tu bagi you!?" Bentak gadis itu kasar. Wajah William yang mabuk itu dia pandang sekejap.
"You nak sangat Adel kan. Okay! Okay!" Gadis itu tersenyum sinis.
"I have a better plan for you then."
"Abang William you tunggu kejap ya. I pergi belikan air mineral untuk you." Ujar gadis itu. Tanpa menunggu balasan daripada lelaki itu dia turun daripada kereta lalu melangkah ke arah kedai 24 jam.
Selepas mengambil masa untuk beberapa minit dia kembali masuk ke dalam kereta. Air mineral yang sudah dibuka penutupnya itu dia suakan kepada William.
"Drink it." William yang separuh sedar itu akur dengan arahan gadis itu. Air mineral yang diberikan gadis itu dia minum sehingga habis.
"Aiden will kill you for sure abang Liam." Gadis itu tergelak kuat.
"Nak sangat Adel kan."
"Then you got her!"