Dia = Kau (end)

14 2 0
                                    


“Bukan kata semanis madu yang aku harapkan, tapi tindakan yang mungkin dapat mengubah status ini.”

“Action speaks louder than words.”

Aku menekan pedal minyak sekuat hati. Diganti pula dengan brek apabila kereta di hadapan bergerak agak perlahan. Aku bunyikan pula hon kereta sambil memotong dari lorong kiri. F*cking shit!! Menyumpah aku pada pemandu kereta berkenaan.

Aku mengeluh kuat. Teringat momen tadi apabila aku memeriksa mesej whatsapp daripada abang lepas aku keluar dari bilik mesyuarat. Sekeping gambar cincin belah rotan berserta caption, “ada orang masuk meminang kau. Mak dengan abah terima.”

Dua ayat tu betul-betul buat aku jadi gila. Abang, kau tahu kan aku suka kat orang lain, kenapa kau biarkan mak abah terima pinangan tu?! Aku suka kat Fiqr! Aku tak nak orang lain selain Fiqr! Lepas je aku luahkan perasaan aku pada abang tempoh hari, terus abang tak bagitahu apa-apa pasal Fiqr. Abang cakap nak tanyakan kat dia. Argh!! Buat kesekian kalinya Emirelda menumbuk stereng kereta sambil tayar meluncur laju menyusuri lebuh raya.

Tak sempat aku nak parking elok-elok keretaku, terus aku keluar mencari mak. Perjalanan yang biasanya mengambil masa selama tiga jam, kini menjadi satu jam setengah sahaja. Wow, boleh masuk dalam rekod ni. Sempat lagi dia berasa kagum dengan diri sendiri. Salam kuberi sebelum kubuka pintu hadapan rumah kami. Biasanya masa-masa macam ni mak mesti tengah sediakan makan petang. Terus kuhayun kaki ke dapur. Telahanku betul. Mak sedang elok mengacau tepung bersama air di dalam mangkuk, mungkin untuk dibuat cucur. Aku memberi salam kepada emak dan kucium tangannya.

“Hai? Takde angin takde hujan, tiba-tiba kau balik ni kenapa? Esok kau cuti ke?” Mak menyoal hairan. Yalah, mestilah mak pelik. Esok hari Rabu, bukannya cuti hujung minggu. Aku tersenyum kelat.

“Emi rasa mak yang ada sesuatu nak ceritakan pada Emi. Sebab tu Emi balik.” Aku renung dalam mata mak.

“Ouh, ni mesti pasal orang yang masuk meminang kau kan?” Mak tersenyum sumbing. Gembira wajahnya bukan kepalang. Mana taknya, satu-satunya kuntuman bunga dari taman mak akan disunting oleh sang kumbang. Memanglah gembira.

“Siapa orangnya, mak?”

“Alah, mereka cuma merisik ajelah. Tapi mak kan tak tau samada kau dah ada boyfriend ke belum. Kebetulan abang Dian kau tu ada sekali. Dian cakap kau single lagi, jadi mak terima ajelah. Lepas tu alang-alang mereka dah bawa cincin, mak pun terima. Sebagai tanda kau akan jadi milik orang.”

Agak panjang penerangan mak. Terbuntang mataku. Aku dah agak abang ada sekali tadi. Kenapa abang tak bagitau diorang yang aku tengah tunggu orang lain? Adakah jawapan Fiqr pada perasaan aku adalah tidak? Sebab tu ke abang biarkan mak terima pinangan tu? Tiba-tiba hati aku menjadi sayu memikirkan kemungkinan aku dan Fiqr untuk bersama adalah tipis.

Aku terduduk lemah di kerusi meja dapur itu. Mak pula berpaling meneruskan kerjanya menggoreng cucur.

“Cincin tu ada dalam bilik mak. Nanti mak bagi kau. Kau pakai ya? Mak dah terima pinangan tu, takkan tiba-tiba nak pulangkan pula,” nada mak seperti merajuk. Aku mengiyakan perlahan sambil meminta izin untuk membersihkan diri.

Tutup sahaja pintu bilik terus aku rebahkan badan ke atas katil. Berbaring mengiring sambil memegang telefon pintarku. Jari menekan ikon whatsapp dan mencari sepotong nama. Kubuka kembali perbualan kami dari dahulu. Kubaca patah demi patah. Tanpa aku sedar, air mata mula mengalir membasahi bantal.

Pintu bilikku diketuk. Abang membuka sambil bertanya, ‘boleh abang masuk?’. Aku diam, tak menyahut. Malas mahu melayan abang. Geram. Benci. Sakit hati aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Perasaannya macam dikhianati oleh orang yang kau sangat percayai.

Melihat aku masih kaku di pembaringanku, abang menghampiri dan duduk di birai katil.

“Kau marah kat abang ke?” Masih diam.

“Ada sebab kenapa abang buat macam tu. Tapi buat masa sekarang, aku tak boleh bagitau sebabnya.”

Aku pusing badan, berbaring membelakangi abang. Tak betah aku melihat wajahnya dek perasaan marah dan sedih yang bercampur.

“Dia betul tak suka aku ke?”

“Maaf.” Sepatah jawapannya. Perlahan dia mengusap kepada adiknya, seakan memujuk. Esaknya tak dapat ditahan lagi. Makin deras air mata Emirelda. Tangannya menggenggam erat cadar melepaskan rasa.

“Aku keluar dulu. Kau rehatlah. Mesti kau penat balik kerja terus drive balik kan.” Terdengar pintu bilik ditutup.

Aku melepaskan keluhan berat dan tangisku semahu-mahunya. Aku tepuk dadaku bagi menghilangkan rasa sakit hati. Agak lama aku berkeadaan begitu sehingga tangisku reda. Hampir dua jam aku masih berbaring termenung.

Tiba-tiba telefonku beredering menandakan ada panggilan masuk. Fiqr. Cepat-cepat aku lap sisa air mata dan hingus yang melekat di wajahku.

“Hello assalamualaikum.”

“Em. Waalaikumussalam, hai.” Aku jawab dengan nada gembira. Aku sedut hingus yang ingin mengalir lagi.

“Kau kat mana tu?”

“Kat atas tanah bawah langit.” Kedengaran suara Fiqr ketawa di hujung talian. Emirelda tersenyum kecil. Dah patah hati pun masih ada hati nak melawak lagi.

“Ouh... aku ingatkan kat atas konkrit!” Fiqr melayan gila Emirelda. Rasa macam dah lama pula tak menggila dengan gadis ni. Rindu pula.

Mendengarkan Fiqr membalas dengan gurauan juga membuatkan Emirelda melepaskan keluhan kecil.

“Kenapa tu? Ada problem ke?” Pantas Fiqr menyoal apabila terdengar keluhan Emirelda. Emirelda menggeleng seakan Fiqr berada di hadapannya.

“Tak. Tak ada apa...,” perlahan suaranya. Semakin pellik Fiqr.

“Kau macam tak ok je ni. Kalau kau ada problem cerita la kat aku. Mana tahu aku boleh tolong.” Fiqr memujuk. Bibir Emirelda diketap kuat. Suara Fiqr betul-betul membuatkan jiwanya lemah. Air mata yang ditahan tadi melimpah lagi bersama esak tangisnya.

Tak keruan Fiqr dibuatnya. Mahu saja dia datang ke rumah Emirelda memujuk gadis kesayangannya tetapi ditahan hatinya. Dia sedaya upaya memujuk Emirelda yang semakin kuat tangisnya. Kakinya tak duduk diam daripada melangkah ke sana ke sini sambil menenangkan Emirelda. Secara tak langsung menenangkan dirinya juga.

[2020.11.16_2348]

DIA = KAUWhere stories live. Discover now