This is my first story, and I hope you'll enjoy it. Thanks for reading ✨
×Edward's POV×
Suasana di Kafe Historia itu sunyi sepi tanpa perbualan antara aku dan Diana. Hanya kedengaran bunyi kenderaan di luar yang tidak putus. Kami duduk di tempat kegemaran kami yang agak jauh dari semua orang. Privasi.
"Er, are you okay Dian? Stres ke dengan kerja modelling you? You tak nak share apa-apa dengan I ke?" Tanya aku, cuba untuk memecah kesunyian antara kami berdua.
"I'm okay, no need." Kata Diana tanpa memandang aku. Matanya tertancap pada skrin Iphone X-nya sahaja. Okey, tiada percakapan lagi antara kami. Aku mengeluh dalam diam.
Aku hanya memandang Diana yang kerap kali tersenyum dan ketawa sambil berbalas mesej dengan seseorang. Mungkin kawannya. Perempuan atau lelaki? Aku tak tahu.
Aku hanya menunggu masa yang sesuai untuk memberi satu kejutan kepadanya. Setelah beberapa minit menunggu, seorang lelaki datang membawa kek red velvet kesukaan Diana dan kek cheese untuk aku. Diana memandang kek red velvet di hadapannya dan tersenyum lebar.
"I'm shocked you still remembered!" Kata Diana dan meletakkan Iphone X-nya di tepi. Sambil makan, Diana memulakan perbualan.
"Eddy, you seorang lelaki yang baik tau." Aku hanya tersenyum mendengar pujian itu. Dah banyak kali dengar.
"Thank you." Balas aku.
"I rasa bertuah sangat sebab I dapat you." Aku tersenyum lagi. Tapi, hati aku tetap berdebar, aku rasa Diana lain hari ni.
"Taklah. I yang bertuah sebab ada you. I love you, Dian." Kata aku. Diana tersenyum tanpa membalas.
"So/so.." Kami berdua berpandangan. Aku ketawa janggal.
"Takpe, you dulu." Kata Diana.
"Eh, tak tak. You dulu." Diana menarik nafas panjang. Aku sudah set di fikiran aku untuk berkata "boleh" selepas ini.
'Boleh,boleh,boleh,boleh.'
"I nak break."
"Boleh! Wait, apa?!" Aku terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Diana sebentar tadi.
"Tapi, kenapa Dian? I ada buat salah ke? I'm very sorry kalau macam tu. Dian, please don't leave me." Rayu aku.
"Tak, you tak buat salah apapun. You baik sangat, Eddy. Terlalu baik untuk I." Aku tersentak. Lepas tu, aku kena jadi jahat dulu ke?
"Tapi.. at least give me a reason. Kenapa, Dian?" Aku memandangnya dengan harapan yang menggunung agar dia berkata itu hanyalah gurauan.
"Reason? You nak tahu reason dia apa?" Aku mengangguk.
"You are not my ideal type, Eddy. Look at you.. you are not muscular. Six pack pun tak ada. Tinggi kita pun nak serupa. Sometimes, I feel like I lagi tinggi dari you. And do you expect me to date a person who work part-time at a cafè and don't even can afford a gucci handbag for me?! Nope, you are really not my ideal type. You're not handsome, too skinny and sometimes I feel like dating a person who is prettier than me! Ah, that's enough. Let's end this relationshit." Kata Diana lalu berdiri. Aku tergamam. Selepas apa yang aku lakukan selama 3 bulan, ini yang aku dapat?
"Wait, wait Dian! I.. I dah beli handbag yang you nak. Itulah yang I nak cakap tadi. Kalau sebab handbag ni, you nak break.. please, accept this. I simpan duit untuk beli handbag ni. Just for you." Kata aku sambil meletakkannya di atas meja.
"It's okay, Eddy. I dah tak nak handbag tu. Sekarang, we're nothing. Bye. I hope you'll find someone better than me." Kata Diana sambil berlalu pergi. Aku terdiam di situ.
"Jadi.. aku kena bakar ke handbag ni?"
YOU ARE READING
Hate Or Love? (BxB) (SU)
Romance"HATE OR LOVE?"-MY FIRST STORY Start: 28/12/2020 End: Semua yang ada dalam cerita ni hanya lah imaginasi Ashaa sahaja. Boring? Ya, bolehlah😂. Tapi kalau berminat boleh telan- eh eh, tekan butang 'read' ya. Dan tak lupa juga untuk tekan butang 'star...