Mingyu mengurut jari kelingkingnya yang hampir patah, nasib pasukan polis daerah Gangnam datang dengan secepat yang mungkin termasuk puak Bishop yang lain. Kesemua musuh yang memulakan porak-peranda diberkas dan kota Gangnam juga sedang dibaik pulih keadaan.
Beberapa buah van ambulans datang termasuk trak polis. Mingyu berjalan ke arah keretanya semula yang tersembunyi di salah satu lorong yang berdekatan. Lisa keluar daripada perut kereta lalu mendapatkan Mingyu yang hampir terjatuh.
"T-Thanks. Jasa kau yang dapat hubungi diorang datang ke sini." ucap Mingyu dan kemudian disapa oleh Yugyeom. Yugyeom cuba mengalihkan pandangannya ke arah Eunwoo yang masih berada di dalam kereta. Belum sempat mahu ditegur, Eunwoo menyuahkan kepalanya ke luar tingkap dengan jeritan.
"Y-Yugyeom!! Kita ada problem!! Masuk dalam kereta cepat!!" arah Eunwoo dan menekan pedal minyak ke arah mereka lalu tolong bukakan pintu untuk Yugyeom. Yugyeom serta Mingyu masing-masing keliru, apa yang sudah terjadi?
"Cctv dekat garaj tu baru berfungsi lima minit yang lalu! Aku nampak apa yang terjadi. D-Dong Hyeong dah larikan diri. Kita kena halang dia, Queen Lisa please bergerak ke garaj tu sekarang!! Noww noww!!"
_______◇♡◇_______
"I will kill you...." Taehyung ketawa dengan nada yang menakutkan. Sasaran mereka hanyalah tertumpu ke arah Jungkook. Jaerim dah menggigil teruk, lantas gadis itu berlari ke arah Jungkook dan cuba membantunya untuk bangun semula. Pisau yang masih tertanam di dalam isi tidak dihiraukan, Jungkook bingkas bangun.
Perlu larikan diri atau cuba bertindak sesuatu untuk hentikan kawalan tu? Masalahnya alat kawalannya berada di dalam tangan Dong Hyeong. Ah sudah.
Jungkook bertukar panik apabila ketiga-tiga lelaki itu berlari serentak ke arahnya. Langkah Namjoon terhenti saat tubuhnya didakap oleh Jimin dari arah belakang, mereka berdua jatuh di atas lantai semula. Hoseok juga bertindak pantas dengan menarik kaki Yoongi, terpaksa bertindak kasar dengan mengapit lengan serta tengkuk lelaki itu dengan kedua-dua kakinya. Tangan kanan Yoongi didakap erat dan langsung mengunci pergerakan lelaki itu.
Usaha Jimin dan Hoseok begitu tipis, Namjoon dan Yoongi begitu kuat. Sangat kuat! Sehinggakan Jimin turut terangkat di udara saat Namjoon bergelut untuk bangun semula. Mereka berdua bagai dirasuk.
Jaerim tidak pedulikan keadaan betisnya, gadis itu menuju ke hadapan dan cuba menghalang Taehyung daripada menyerang Jungkook. Dengan tubuhnya yang kecil dan ringan, Jaerim melompat ke atas Taehyung dan merebahkan lelaki itu, kedua-dua tangannya dipegang kuat daripada terus menghayungkan alat tajam itu ke udara.
"Yoongs please wake up!!! Kau kena lawan kawalan tu!!" pinta Hoseok yang masih mengunci tubuh Yoongi. Sumpah lelaki itu begitu kuat, secara tidak disangka kesan tembakan di paha Hoseok dicengkam dengan kuat. Darah kembali mengalir, Hoseok hanya mampu menangis bagi menahan pedih. Gerakan Yoongi kian pantas dengan mematahkan salah satu jari tangan milik Hoseok membuatkan lelaki itu terlepas tanpa sengaja.
Jimin sedar akan itu, dia cuba beralih ke arah Seokjin yang menjerit namanya. Si abang sulung itu mencapai dua pasang gari yang terletak tidak jauh dari tempat duduknya lalu mencampaknya ke arah Jimin. Jimin sambut dengan pantas. Tanpa membuang masa, Jimin cuba menggarikan tangan Namjoon di tiang besi berdekatan. Agak sukar.
YOU ARE READING
°•SIBLINGS 3•°[-◈BTS◈-]✔
ФанфикSemua akan berulang semula, mungkin lebih menyakitkan. Pengembaraan apa pula yang akan dihadapi oleh si gadis kecil ini? I mean ya Yoo Jaerim~ Start: 15/03/20 End : 15/01/21