Chapter 4- Crush/News

401 25 0
                                    

×Rayzel's POV×

Aku keluar dari bilik air dengan tuala di pinggang dan satu lagi digunakan untuk mengelap rambut yang basah. Setelah itu aku memakai boxer dan berselubung di dalam selimut. Tak lupa juga Iphone 7 aku. Aku membuka aplikasi Instagram dan mencari username orang yang aku suka sejak tahun lepas. Dah jumpa, eddygabbys.

     Baru aku perasan dia sudah post satu gambar yang baru. Laju sahaja jari aku mengetik gambar itu lalu menekan 'like'. Nampaknya dia berada di rumah. Mewah juga rumahnya dengan tema warna krim itu.

     "Comelnya kau Eddy. Kalaulah kau single, dah lama aku terkam kau." Kata aku sambil berimaginasi Eddy sedang tersenyum nakal ke arah aku sambil memakai baju kemeja over-size dan--

     Tak sempat imaginasi aku pergi ke laut, aku menerima mesej dari group 5vioBoys. Clichè kan namanya? Penghuni group itu hanyalah 5 orang termasuk aku. Aku terus membuka aplikasi What's App untuk melihat mesej yang di hantar.

5vioBoys

Adrian
Guys
Aku ada jumpa satu good news ni

Ethan
Yes?
Apa Ad?
Cepatlaaa 😑

Adrian
Tunggulah semua online dulu
Everyone will be thrilled for sure
Terutamanya insan bernama 'Rayzel'

Me
Dah kenapa mention aku?
Are you summoning a Satan?
✔✔

Adrian
Kinda

Sam
Apa?
Cepatla, jangan buat aku tertunggu
Banyak lagi kerja nii

Adrian
Sorang lagi. Harry Potter, muncullah engkau!

Harry
Nak makan penampar aku ke?

Adrian
See? Haha

Me
Cepatla bagitau, sial💢
✔✔

Adrian
Indahnya bahasa
Ok ok
Sebenarnyaaa

Harry
??

Adrian
Eddy dah single

Sam
What?

Ethan
Speechless

Harry
Aku rasa Rayzel lagi speechless
C'mon la Rayzel..dah ada chance tu 😏

Me
Kau dengar dari mana, Ad?
✔✔

Adrian
Alaa, girls talk
Aku terdengar dari Diana and the gang
Diana mintak putus

Sam
Sian

Ethan
Sian

Me
Korang ni kan...
So, sekarang dia ok tak?
✔✔

Adrian
Entah
Manalah aku tahu
Yang aku tahu, dia dah single
This is your chance bro
Grab it 😎

Sam
Ye, dah lama kau crush dekat dia
Harapkan badan je sado
Tapi, pengecut 😝

Ethan
😂😂

Me
Eh,eh kau
Jaga mulut tu
Kang aku sumbat baru tau 😒
✔✔

Harry
So, tu jelah news nya?
Ok, aku off dlu
Ada hw

Ethan
Samalah
Bye

Sam
Nak main PUBG dlu
Bye

Adrian
Okk
Byee

     Aku keluar dari aplikasi What's App itu dan tersenyum. Diana dah buat perkara yang patut dia buat sejak dulu. Aku tak sabar ke sekolah esok untuk berjumpa bakal buah hati.

×End of Rayzel's POV×

×Edward's POV×

Aku balik ke rumah dengan perasaan terpaksa rela sambil ditemani oleh keempat-empat abang aku. Sampai sahaja di rumah, mommy memeluk aku dengan erat teramat erat sampai nak patah tulang aku dibuatnya.

     "Eddyyy, mommy rindu sangat dengan Eddy tau. Eddy, jangan buat macam ni lagi tau. Eddy dah makan? Jom makan. Mommy ada buat makanan kesukaan Eddy. And tak lupa juga air Sunquick! Your favorite, right?" Mommy a.k.a Puan Sophia terus menarik aku masuk ke dalam rumah. Abang-abang aku terus dipalau. Ya, aku memang anak kesayangan mommy.

     Sebelum itu, aku sempat mengambil satu selfie di hadapan cermin di ruang tamu yang dapat menampakkan setiap sudut rumah kecuali dapur untuk di-post di Instagram.

'Ting!'

     Aku tersenyum. Cepatnya ada orang like. Siapa, ya? Oh, rayzhit. Sambil duduk di meja makan, aku menekan profile rayzhit. Hm, private account rupanya. Kecewa tak dapat stalk profil itu, aku terus meletakkan Iphone X-ku di atas meja. Ya, aku dan Diana mempunyai telefon yang serupa. Hanya warna yang berbeza. Dia putih, aku hitam. Daddy perasan aku asyik mengeluh.

     "Eddy, kenapa tak makan?" Aku memandang daddy a.k.a Encik Zachary.

     "Tak ada selera, haha." Aku sendiri perasan ketawa aku tadi sangat fake. Aku menghirup air Sunquick sehingga habis dan terus bangun dan pergi ke bilik aku di tingkat dua.

Hate Or Love? (BxB) (SU)Where stories live. Discover now