Abang Zal merajuk?

2.9K 84 6
                                    

Faizal POV

"Makcik, pakcik, saya minta diri dulu ya" kataku sambil menghulurkan tangan bersalam tangan ayah Amirul, Pak Lah

"Elok-elok balik, hang tu Faizal, belajaq rajin-rajin nah, jangan duk main dah, tahun akhir dah, nanti nak keluaq, masuk universiti, cari awek nah!" Kata Paklah

"Baik cik, tapi bab cari awek tu kurang la cik, saya ni mana la hensem mana pun"

"Macam ni tak hensem lagi? Kalau macam ni depa kata tak hensem, maknanya bukan Faizal yak hensem, tapi depa tu buta, betui dak Nab?"

"Betui laaa, ish, makcik kalau muda lagi makcik mengorat dah Faizal oiii" lain macam betul Makcik Nab ni bergurau

"Haih melebih nampak, saya ni tak hensem dah ka?"

"Dia jeles pulak, ni Faizal, ambik ni, Makcik ada buat lebih nasi lemak tadi, bawak kongsi ngan kawan" kata Makcik Nab sambil menyuakan plastik berisi tupperware

"Eh susah-susah je cik"

"Ish, tak susah aihhh, lama Faizal tak mai, memang makcik sedia lebih sesiap la"

PINNNN

Amirul yang sudah menunggu di dalam kereta membunyikan hon, hekeleh, tak sabar langsung. Bukan selalu nak jumpa parent dia ni

"Dah, dah, Mirul marah dah tu, makcik, pakcik, saya minta diri dulu, Pakcik! Safe trip ya nanti"

"Insyaallahhhhh, ada lebih nanti pakcik bawak balik strawberry dari Cameron"

--------------------

"Ceria eh hang dengan depa" Amirul memulakan bicara

"Lama tak jumpa, memang la, itu pun mak kau tak habis lagi mengumpat kau tadi, kecoh lah kau ni"

"Hakalah lu ni, nak mengumpat aku pi tang lain laa"

"Tapi an, ada satu benda tadi mak kau gitau aku, aku nak confirmkan dengan kau betul-betul pasal ni"

"Awat?"

Aku melontarkan soalan yang dari tadi bermain di fikiranku, Makcik Nab terlebih dahulu memberitahu tentang hal ini, namun aku perlukan kepastian dari Amirul sendiri

Amirul diam, dia kelihatan seolah termenung sendiri sambil memandang jalan memikirkan soalan yang dilontarkan aku, aku tak dapat baca matanya di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya

"Ya" jawab Amirul pendek

"Kau biar betull???????"

"Ya betuiii, tapi hang takleh bagitau orang, hang bagitau orang, aku cancel"

"Ahhh, macam la kau boleh senang-senang nak cancel benda tu"

--------------------

Aku menanggalkan selipar memasuki dorm, kemudian mencari Aqil. Budak ni sah-sah belum bangun lagi. Kalau tak bangun lagi, siap dia aku kerjakan dia sampai bangun

Namun jangkaanku meleset. Aqil sedang berbaring di katil bawah sambil membaca komik Under 18, amboi santai betul kau eh. Aku membuka loker kemudian meletakkan dompet dan menyangkut baju yang dipakai.

"Awal kau bangun?"

"Hehehe, salah ke? Haikal datang gerakkan tadi"

"Kawan gerakkan kau bangun, aku gerakkan kemain liat lagi kau ya"

"Alaaa, dia kejut kasar la, lagipun, Aqil nak manja-manja dengan abang" aku kemudian baring di atas perut Aqil

"Ahh kau, kemain lagi....jap" aku memusingkan kepala memandang pakaian Aqil

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now