Chapter 23

677 25 4
                                    




     Hari ini Aisha sudah dibenarkan discharge. Hari ni juga dia akan tinggal di rumah agam milik Adam Alexander kerana ummi dan walidnya akan ke sabah. Percutian itu sepatutnya akan dibatalkan jika Aisha tidak dibenarkan keluar lagi tetapi memandangkan Aisha dapat discharge hari ini. Percutian itu di teruskan juga. Tengku Aariz Aiman juga sudah kembali ke Australia bagi meneruskan rawatan penyakitnya.

Yusuf Alexander membantu Aisha mengemas barang-barang keperluan Aisha yang perlu dibawa ke rumahnya. Manakala Adam Alexander sedang melangsaikan kos perubatan Aisha.

Aisha hairan melihat dua jejaka itu. Dia tiada apa-apa hubungan pun dengan mereka tetapi mereka melayannya dengan sangat baik.

"Dah kemas?" Soal Adam semasa memasuki bilik itu. Yusuf mengangguk menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Ok jom" ujar Adam.

"Boleh jalan?" Soal Yusuf pada Aisha. Aisha mengangguk saja. Apanya yang tak boleh jalan. Boleh saja, dia bukannya patah kaki pun. Yusuf memimpin tangan Aisha walaupun banyak kali Aisha menolak tangan Yusuf daripada memegang tangannya. Adam yang melihatnya tergelak.

Mereka tiba di rumah agam milik adik beradik Alexander. Aisha ragu-ragu mahu masuk rumah itu. Tapi dia sudah berjanji dengan walidnya yang dia akan jaga perangai selama tinggal di rumah milik bos walidnya itu.

"Mari masuk. Takpaya takut" Aisha menjejakkan kaki ke dalam rumah agam itu. Sunyi saja rumah itu. Rayhan Alexander belum balik dari kolej manakala Riyadh ikut Rayyan ke pejabat. Rayyan bukan sahaja bekerja sebagai pilot tetapi dia juga ceo kepada Alexander Airlines.

"Jom saya tunjukkan bilik Aisha." Adam menunjukkan Aisha bilik yang akan didiaminya selama seminggu di situ. Mereka memasuki sebuah bilik bercat biru muda. Bilik itu adalah milik Riyadh Alexander. Nampak kemas dan bilik itu dipenuhi dengan video game. Riyadh memang seorang yang kaki game.

"Aisha berehat la dulu. Nanti makan malam, saya panggil." Ujar Adam. Aisha mengangguk. Adam melangkah keluar dari bilik itu. Hilangnya Adam dari pandangan dia membaringkan tubuhnya di atas katil. Selesanya. Beberapa minit kemudian dia sudah pun tertidur.

Seseorang lelaki memasuki bilik itu. Tergeleng dia melihat Aisha tidur dengan tudung tidak dibuka. Dia membuka tudung Aisha seraya merapikan rambut Aisha. Tersenyum dia melihat Aisha. Dia mengucup sekilas dahi Aisha sebelum keluar dari bilik itu. Di luar bilik dia terserempak dengan Rayhan Alexander.

"Alang buat apa dalam bilik adik" Rayyan mula gelabah. Kantoi dia memasuki bilik menempatkan Aisha secara bersembunyi.

"Alang cari adik tadi. Nak pinjam phone. Telefon alang takde batery. Tapi adik takde dekat bilik" Rayhan mengangguk saja. Malas nak tanya banyak-banyak.

"Budak perempuan tu mana?" Soalnya bila teringat akan Aisha. Rayyan menjongketkan bahu tanda ridak tahu.

"Along tak bagi kan budak tu tidur bilik Aisha?" Soal Rayhan lagi.

"Tak, dia tidur bilik adik kot" balas Rayyan pendek.

"Takpe la kalau begitu. Acik masuk bilik dulu" pamit Rayhan seraya berlalu meninggalkan Rayyan yang berpeluh-peluh itu. Setelah hilangnya Rayhan dari pandangan Rayyan menghembuskan nafas lega. Nasib tak kantoi.

Malam itu, Mak Mah pembantu rumah sedang bertungkus lumus menyediakan makan malam untuk tuan besarnya. Dia menyusun semua makanan yang sudah siap dimasak di atas meja makan. Seseorang datang menegur Mak Mah.

"Wow sedapnya, tak sabar nak makan" Riyadh datang mendekati pembantu rumah itu.

" Duduk la Tuan Riyadh. Yang lain biar Mak Mah panggil." Riyadh akur seraya mengambil tempat di salah satu kerusi. Beberapa minit kemudian, semua sudah berada di meja makan kecuali Aisha.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now