"AWAK nak yang mana? Nak yang ini ke atau yang ini?" Firuz ceria menayang dua jam tangan ke arah Mark. Comel sahaja gayanya.
Mark berdehem perlahan. Sempat dia menjeling ke arah pekerja lelaki yang tersengih melihat Firuz. Dia akui yang Firuz ini comel orangnya. Cantik dan kelihatan lembut sahaja. Jadi memang biasalah tu kalau ada lelaki tengok Firuz macam tu tapi masalahnya...
Dia tunang aku.
Urgh!
"Tak kisah. Mana-mana pun boleh." Balas Mark perlahan.
Firuz terus tenung dua jam itu. Lama. Pasti dia sedang menimbang tara jam yang mana lagi cun kalau dipakai di tangan lelaki itu.
Hmm warna dark blue ni lawa. Tapi warna hitam ni lagi lawa.
Mark sembunyi senyum melihat Firuz yang bukan main fokus mengamati dua jam tangan itu. Comel. Seketika kemudian, dia julingkan mata.
Kalau dah namanya perempuan, complicated dia tu boleh sampai bulan.
Huh.
"I'll take this." Mark merampas kotak berisi jam berwarna hitam itu sebelum dihulur kearah pekerja lelaki tadi.
Firuz senyum sebelum meletakkan kotak jam lagi satu di atas meja kaca itu. Baguslah Mark yang pilih. Kalau dia pilih mahu subuh esok baru balik.
Hahah!
Firuz melangkah ke arah kaunter. Mahu membayar jam itu.
"Lima ratus dua puluh enam ringgit sahaja." Ujar pekerja lelaki itu sambil tangannya ligat memasukkan jam tadi ke dalam beg kertas.
"Sekejap ya." Firuz tersengih macam kambing.
Lima ratus dua puluh enam ringgit je?
Sahaja?
Huh.
Mahal. Tapi Firuz akur sahaja. Lagipun jam tu bukannya untuk orang lain. Untuk bakal suami dia juga.
"Nah."
Firus terkebil-kebil saat Mark menghulurkan kad kreditnya ke arah pekerja lelaki itu.
"Eh. Biarlah saya yang bayar."
Mark tongkat dagu di atas meja kaca itu sebelum tersenyum manis ke arah Firuz. Terkelip-kelip mata Firuz dengan tingkah tunangnya.
Err kenapa?
"Ini kad encik dan resit. Ini pula jamnya." Pekerja tadi menghulurkan kad dan resit ke arah Mark sebelum beg kertas berisi jam tadi dihulurkan ke arah Firuz.
Firuz senyum. Pantas tangannya mencapai huluran beg kertas itu.
"Terima kasih."
"Sama-sama." Pekerja lelaki itu membongkokkan tubuh dan tersenyum manis.
YOU ARE READING
CERPEN: LITTLE LOVE STORY
DiversosDi sini tercampaknya kisah-kisah antara dua hati... "I am half of yours, and you are half of mine... ...and in the end, we are one." "Love is indeed beautiful... ...now lets colours it with rainbow and unicorn." ©PRIMROSE ©ALL RI...