Chapter 25

682 23 0
                                    




BUK...

Lorenzo Alexander terdorang ke belakang akibat tumbukan padu dari daddynya. Darah pekat mula mengalir di tepi bibirnya. Rahsia yang selama ini dia simpan sebaik mungkin bakal terbongkar tidak lama lagi.

"Tell me the truth Loren. Who is she?" Soal Tuan Solomon dengan keras. Di hadapan mereka terdapat sekeping gambar seorang gadis terbaring di atas katil hospital. Lorenzo juga ada bersama gadis itu. Dalam gambar itu terpapar Lorenzo sedang mengucup dahi gadis itu.

"Tak sangka test Loren, perempuan yang pakai tudung? What have you done Loren? Loren nak jadi macam uncle Loren yang tak guna tu ke?" Tuan Solomon memejamkan mata. Dia tidak sangka yang anaknya sembunyikan sesuatu. Dia teringat akan sesuatu. Tuan Solomon mencelikkan mata kembali. Dia merenung tajam Lorenzo.

"Dia  perempuan yang sama yang mama kau selalu jumpa kan?" Soalnya dengan sinis. Lorenzo terkelu. Jangan la daddynya tahu siapa Aisha yang sebenarnya. Lorenzo mendiamkan diri. Dia takut bila dia bersuara, masalah takkan selesai. Tuan Solomon menghembuskan nafas berat selepas melihat kebisuan dari Lorenzo.

Dia mencapai sepucuk pistol seraya duduk di sofa. Lorenzo menelan akr liur kesat melihat daddynya memegang pistol.

"Loren fikir dengan berdiam diri. Masalah akan selesai ke?" Lorenzo mengangkat wajah. Apa yang berada di kepalanya dapat dibaca oleh daddynya.

"Nak daddy bunuh dia dulu ke, baru Loren nak buka mulut?" Lorenzo yang mendengar butir bicara daddynya automatik melutut di hadapan daddynya. Dia mencantumkan tapak tangannya. Merayu.

"Please daddy, jangan apa-apakan dia daddy. Loren merayu. She's know nothing daddy." Air matanya mengalir dengan laju. Dia sangat sayangkan Aisha, dia tidak mahu terjadi apa-apa dengan Aisha.

"So, tell me the truth Loren. Jangan berdiam macam ni saja. Siapa perempuan tu? Apa hubungan dia dengan Loren?" Soal Tuan Solomon dengan lantang.

Lorenzo menghembuskan nafas berat. Berat hatinya nak bagitahu siapa Aisha yang sebenarnya.

"Daddy janji kalau Loren bagitahu daddy, daddy takkan apa-apakan dia?" Tuan Solomon mengangguk. Dalam diam dia tersenyum sinis. Janji boleh dimungkiri.

Lorenzo merenung anak mata biru daddynya. Mencari kejujuran dalam mata daddynya itu. Tuan Solomon menanti dengan penuh sabar.

"Budak perempuan itu adalah Aisha, Aisha Umairah dan dia adalah..."

"Xandra?" Cepat saja Tuan Solomon memintas kata-kata Lorenzo. Membuntang mata Lorenzo mendengar sebait nama yang ditutur di bibir daddynya itu.

"Betulkan?" Soal Tuan Solomon lagi. Lorenzo memejamkan mata seraya mengangguk lemah. Tuan Solomon tersenyum sinis. Lorenzo perasan akan senyuman itu.

"Daddy dah janji kan takkan apa-apakan dia?" Soal Lorenzo dalam rayuan. Tuan Solomon tergelak sinis.

"Tak semua janji kita perlu tepati" Lorenzo ingin mendekati daddynya terbantut selepas di tahan oleh orang suruhan daddynya.

"Daddy, Loren merayu jangan sentuh dia daddy" air mata mula deras membasahi pipi Lorenzo. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Tetapi tenaganya tidak setanding dengan tenaga dua orang suruhan daddynya.

"Kurung dia dalam bilik. Ambil telefon dia. Jangan biarkan dia keluar" dua orang suruhannya mengangguk akur seraya menarik Lorenzo masuk ke dalam sebuah bilik seraya dikunci dari luar. Masih jelas terdengar suara Lorenzo dari dalam bilik merayu agar daddynya tidak menyentuh atau menyakiti Aisha.

Dalam kepala otak Tuan Solomon sedang merancang perbagai plan untuk memerangkap Xandra. Tidak sia-sia rasanya dia mengupah seseorang mengikuti Lorenzo. Dia juga sudah lama mengetahui bahawa Aisha itu adalah Xandra tetapi dia ingin mendengarnya dari mulut anak lelakinya itu sendiri.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now