15 | CURANG? |

64 13 5
                                    

Raesang POV

Aku naik pelik.Kenapa Johnny dah lama tak call aku?Kali terakhir dia call aku dua minggu lepas.Mesej pun dah lama dia tak hantar.

Aku mencari nama Johnny di dalam kontaks aku.Aku nak call dia. Aku nak lepaskan rindu aku dekat dia.Selepas seketika,akhirnya panggilan aku di angkat.

"Annyeong awak",sapa aku laju.Tak sabar nak dengar suara dia.

"Annyeong",aku dapat dengar dia sedang menguap.Mesti baru bangun tidur ni.

"Awak buat apa sampai lama tak call saya?",aku terus mengajukan soalan tanpa berbasa-basi lagi.

"Ahhh maaf saya sibuk jaga eomma dengan-".

"Abang,jom main dengan Eunseo",aku terdengar suara budak perempuan memanggil Johnny.Ehhh kejap kejap kejap! Siapa budak tu?Adik dia ke?Ehh tak silap aku dia anak tunggal,kan?

"Eunseo-ah,janganlah kacau abang Johnny.Diakan tengah bercakap dengan orang tu",kali ini aku dengar suara wanita pula. Senyuman yang tadi melekat di bibir kini hilang.

"Awak,suara siapa tu?Kenapa saya dengar ada suara budak perempuan dengan wanita?Awak tak curang, kan?".

'Tu dia.Laju ja mulut ni bertanya.Risau betul! Mana tahu tu jiran dia ke apa kau nak jealous kenapa?'

"Ehhh bukanlah.Budak ni pesakit dekat sini juga.Saya temankan dia je sebab dia tak ada kawan dekat sini.Takkanlah saya nak curang dengan awak pula",hati aku lega lepas dengar apa yang Johnny katakan.

"Saya percaya dekat awak.Saya harap awak tak curang",kata aku perlahan.

"Awak pun.Saya dapat tahu awak curang, kena awak balik ni", Johnny ketawa di hujung kata.Apa yang lawak pun aku tak tahulah.

"Okeylah awak.Saya ada mesyuarat lepas ni.Nanti saya call lagi. Annyeong",aku terus menamatkan panggilan tanpa mendengar balasan Johnny.

Marah?Taklah.Mana ada aku marah.Geram je!

...

Johnny POV

Gambar Raesang yang terpapar di skrin telefon aku tatap lama.Rindu budak ni sangat-sangat.Aku pun dah nak dekat sebulan tak balik sana. Adalah dua tiga kali ahli NCT telefon aku. Aku bosan tahu tak? Tak ada kawan!

Aku berjalan ke arah eomma yang terbaring di atas katil hospital. Tangan wanita itu aku sentuh lembut.Eomma berpaling lalu melemparkan senyuman manisnya.

"Eo Johnny-ah. Kenapa ni?",tanya eomma perlahan.Wajah pucatnya aku tatap lama sehinggakan ada mutiara jatuh dari tebing mata aku pun aku tidak perasan.

"Johnny-ah,kenapa ni?",tanya eomma risau apabila aku tiba-tiba menangis.Aku menggeleng laju lalu menggelap air mata yang mengalir.

"Tak ada apa.Cuma, Johnny nak minta maaf dekat eomma sebab tak ada masa eomma perlukan Johnny dulu",kata aku dalam sedu-sedan.

"Tak apalah.Kamu jangan rasa bersalah.Appakan ada,boleh jaga eomma.Kamu janganlah risau.Sekarangkan kamu ada dekat sebelah eomma ni,jadi jangan sesekali minta maaf dekat eomma dah tau.Dalam sebulan ni eomma dengar perkataan maaf je banyak dari mulut kamu tu",eomma ketawa kecil lalu menepuk tangan aku perlahan.Aku hanya membalas dengan senyuman.Sekali lagi air mata aku kesat.

"Abang,Eunseo datang!",tiba-tiba muncul Eunseo di pintu bilik bersama dengan anak patungnya.Dia berjalan ke arah kami berdua.

"Annyeonghaseyo",Eunseo menyapa eommaku.Eomma melemparkan senyuman manisnya.

"Annyeonghaseyo",sapa Ji Hyu pula yang baru masuk.Dia mendapatkan anaknya yang sudah berdiri di hadapan katil.

"Maafkan saya mengganggu waktu kamu berdua",Ji Hyu menunduk berkali-kali memohon maaf.

OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||Where stories live. Discover now