ISTANA ALPHA KINGDOM
davina terdiam tidak berkutik . suasana pejabat kerja vald menjadi asing. davina yang selalunya melepaskan kata kecamannya dengan lancang kini diam seribu kata.
cerita vald seperti memberikan tamparan besar buat dirinya yang menilai vald tanpa asal usul tahu menahu. tak sangka kebenciannya itu berkait dengan sesuatu yang dia amat sayangi .
dan sebenarnya asvaldur adalah seorang yang baik tetapi kejadian itu mengubah dirinya. auww raja alpha yang tersakiti.
" ehm! jadi, kau dah dengar cerita beta. ada apa apa kau nak katakan lagi? " tanya vald memecahkan kesunyian. mukanya terpapar menunjukkan dia tidak terkesan apa apa drpd ceritanya. mungkin dia sudah move on dengan keperitan masa lalu itu.
" maaf sebab selama nih saya bercakap lancang tanpa fikirkan perasaan tuanku. saya.... saya... " davina sebersalah hingga tidak mampu berkata apa apa.
" jangan risau. beta juga bersalah dalam hal ini . sebelum ini beta tidak sedia untuk ceritakan benda nih . dan kau orang pertama beta cerita selain niel. dan pasal penyatuan tuh.... " kata vald sebelum dia terdiam berfikir panjang.
" ah.. ye... tuanku setuju? " tanya davina. walaupun plan asalnya dia mahu memberi masa kepada raja itu untuk berfikir.
" ya, beta setuju. lagipun beta sudah lama menginginkannya " kata vald.
"hah! ouh baguslah macam tuh kalau begitu saya akan siap sedia dengan surat perjanjian dan sumpah setia . sa- saya akan bawa kepada tuanku esok hari .. ya... terima kasih tuanku... terima kasih! " kata Davina ceria dan teruja.
kata katanya juga tidak teratur kerana dia terkejut mendengar kata setuju dari mulut vald sendiri . Davina tidak henti tersenyum lebar. hatinya menjerit riang kerana semuanya berjalan lancar.
'tak adalah susah mana, hehehe' bisik hati Davina suka.
"tapi, beta cuma akan beritahu rakyat alpha tentang ini. tentang menyakinkan mereka . beta tidak mahu terlibat sama. terserah yang terhormat hendak buat apa untuk mereka setuju dengan revolusi ini.
ouh! beta tak boleh jamin yang mereka akan setuju dan jika mereka setuju dengan mudah itu akan curiga. mungkin mereka merancangkan sesuatu besar untuk mengagalkan yang terhormat. "kata vald .
muka Davina berubah setelah vald mengatakan perkara tersebut. perasaan yakin yang dia akan memerintah semua serigala hancur berkecai sekelip mata. senyuman yang telah dikoyakkan tadi seolah digam semula.
"ah! jangan risau itu cuma andaian beta...tak kan benda tuh semua terjadikan?... hahaha... yang terhomat mesti dah rancang semuanya kan?hahha jadi semua akan berjalan lancer ikut aturan yang terhormat. " kata vald sambil tersenyum lebar.
Davina pandang raja itu dengan sebal.
"jadi, beta ucapkan semoga Berjaya menawan hati rakyat alpha. ouh! dan beta akan tunggu surat tersebut sampai ke tangan beta. hahaha .. jom niel. beta keluar dulu nak ke taman. memandangkan hati beta terasa lapang pulak ye.... hahahh bye yang terhormat Davina" kata vald lalu tersengih sebelum melangkah keluar bersama niel .
' aku tarik balik kata aku yang dia baik. kejam punya asvaldur!!!!!!'bisik hati Davina geram lalu dia menumbuk numbuk sofa geram dengan jari chubbynya.
rambutnya berselerak akibat tumbukan gilanya nya kemudian dia menghembus kasar keatas rambut yang menjuntai di mukanya . lalu dia menyilang tangan ke dada dengan wajah cemberutnya.
🌼🌻🌼
bilik davina.pintu bilik dikuak dari luar. serentak itu mata aiden, hakan dan izumi menatap kearah itu.
kemudian munculah wajah chubby yang seperti hilang semangat bersama cemberut di mukanya.
YOU ARE READING
THE LAST LEADER OF WEREWOLF✔️
FantasyLYCUS satu nama agong yang sering meniti dibibir kaum serigala . satu nama yang berjaya menyatu kaum serigala yang terkenal kewujudannya. ALPHA BETA OMEGA dan satu hari muncul seorang wanita berfigura chubby bergolekkan turun dari langit. dan naman...