Aisha Umairah mencelikkan mata. Dia melihat sekeliling bilik. Tiada sesiapa yang menemaninya saat ini. Dia cuba mengingati apa yang terjadi dengan dia sebelum dia pengsan. Tetapi tidak boleh.Kuakan pintu menyentakkan Aisha. Terpampang wajah Adam Alexander. Adam Alexander mendekati Aisha seraya memeluk tubuh Aisha erat.
"Kenapa ni?" Soal Aisha bingung. Tetiba saja kena peluk.
"Aisha, ummi dengan walid Aisha dah takde?" Aisha mengerutkan dahi, tidak faham.
"Dorang pergi mana?" Adam menghembuskan nafas berat.
"Ummi dengan walid Aisha terlibat dalam kemalangan semasa balik dari hospital lawat Aisha. Dorang tak dapat di selamatkan" Aisha mula menitiskan air mata.
"Tuan tipu kan? Ummi dengan walid takkan tinggalkan Saya sendiri" Aisha mula meronta-ronta. Adam memeluk tubuh Aisha bagi menenangkannya.
Adam Alexander dan Aisha Umairah berjalan beriringan memasuki sebuah bilik. Jantung Aisha berdegup dengan kencang. Aisha menghembuskan nafas lembut seraya mendekati dua buah katil. Dia membuka kain di salah satu katil itu. Tergamam dia melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.
"ummi" gumamnya perlahan. Dia menutup mulut menggunakan tapak tangan dia tidak percaya apa yang dia lihat didepan matanya sekarang. Air mata mula menitis di pipinya. Adam simpati melihat Aisha. Dia faham perasaan Aisha kerana dia juga pernah lalui situasi yang sama.
Ummi Zahra dan Walid Qalifh terlibat dalam satu kemalangan selepas balik dari melawat Aisha. Kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori. Walid Qalifh dan Ummi Zahra meninggal di tempat kejadian akibat pendarahan yang banyak dekat kepala mereka.
Lutut Aisha terasa longgar. Dia jatuh terduduk di atas lantai. Adam melutut di hadapan Aisha seraya memeluk tubuh kecil gadis itu.
"Kenapa walid dengan ummi tinggalkan Aisha? Aisha dah takde sesiapa lagi?" Luah Aisha dalam tangisan.
Kuakan pintu menyentakkan mereka berdua. Terpampang seorang wanita tua. Wanita itu mendekati katil menempatkan jenazah Walid Qalifh. Dia mengucup dahi Walid Qalifh. Wanita itu mengalihkan pandangan memandang Aisha yang berada di pelukan lelaki yang tidak dikenalinya.
"Ini semua sebab kau" wanita itu menarik Aisha. Aisha meringis kesakitan bila wanita itu menarik pergelangan tangan Aisha. Adam menahan wanita itu daripada terus-terusan memukul Aisha.
"Kalau anak aku tak ambil kau jadi anak angkat, semua ni takkan terjadi. Dasar anak pembawa malang. Tak tahu asal usul. Sepatutnya kau yang mati bukan anak aku" tengking wanita itu.
Wanita tua itu adalah ibu kepada Walid Qalifh. Dari dulu lagi dia tidak mengizinkan anaknya mengambil anak angkat kerana baginya Aisha itu adalah anak luar nikah yang dibuang di rumah anak yatim. Tetapi Walid Qalifh tetap mengambil Aisha menjadi anak angkat kerana dia tahu latar belakang Aisha yang sebenarnya.
"Ini dah ajal puan. Puan tak perlu salah kan Aisha. Dia tak tahu apa-apa" Adam cuba untuk membela Aisha. Wanita itu tersenyum sinis.
"Kau siapa? Apa hubungan kau dengan budak ni?" Soal wanita itu. Dia menilik Adam atas bawah. Wanita itu tersenyum penuh makna. Dia mengagak bahawa lelaki di hadapannya itu bukan calang-calang orang.
"Saya Adam Alexander" Adam memperkenalkan diri. Adam melihat pakaian yang dipakai wanita itu. Nampak mewah. Perangai wanita itu dengan anak lelakinya juga jauh berbeza. Walid Qalifh seorang yang berhati lembut manakala wanita itu seorang yang, tak tahu nak cakap macam mana. Cukup kurang ajar.
Dia boleh nampak keangkuhan wanita itu. Jika wanita itu boleh menunjukkan kemewahan kenapa tidak dia. Adam tersenyum sinis. Wanita ini nampaknya tidak kenal siapa Aisha yang sebenarnya . Jika dia tahu Aisha itu sebenarnya pemilik Alexander Airlines, LA Cafe dan LA Hotel, apa la riaksi wanita itu. Mesti terkejut gila.
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...