A I D E N 31

7.6K 420 55
                                    

WILLIAM menunduk ke tanah. Bibirnya yang terasa pecah dia usap dengan ibu jari.

"Urgh!" William memegang perutnya yang rasa senak akibat tendangan kuat daripada Aiden. Lelaki itu tidak henti-henti memukulnya.

Ditumbuk. Disepak. Dia menjadi mangsa nafsu amarah Aiden Nathaniel.

"You stab my back William Smith!" Aiden meludah ke tanah. Bangku yang tersedia di bawah sepohon pokok besar dia duduki.

Dada bidang lelaki itu jelas naik turunnya tatkala dia mengatur nafas yang tidak teratur akibat marah yang menguasai diri.

"We know each others for 10 years William! Kenapa kau sanggup tikam belakang aku?!"

Aiden naik berang bila William hanya mengunci mulut. Akibat geram dengan kebisuan William Aiden bangun daripada duduk. Sebatang kayu yang berada  berdekatan dengannya di ambil lalu dia bertindak melangkah ke arah William.

"Aid!" William terdiam. Kepalanya yang terasa berpinar itu membuatkan lelaki itu menggeleng untuk beberapa kali.

Wajahnya terasa basah.

"Abang!" Adeena yang terkejut itu lantas sahaja berlari ke arah suaminya. Tubuh William yang sudah terkulai layu menyembah tanah itu dia lihat.

"Apa abang buat ni!?" Soal Adeena sambil memegang tangan Aiden.

"He just should die in my bare hands." Ujar Aiden dingin. Tanpa pamitan terus sahaja lelaki itu melangkah pergi meninggalkan Adeena terkaku sendiri.





















AIDEN merenung tajam Adel yang sedang menunduk. Tubuh sasa lelaki itu bersandar tenang di dinding hospital.

Namun, hati lelaki itu bergoncang hebat menahan diri dari terus dibelenggu oleh sikap panas barannya.

"Kak Adel minumlah." Adeena mengambil tempat di sebelah adik iparnya. Air mineral yang berada di dalam genggaman Adeena bertukar tangan dengan Adel.

"If I hadn't hired people to investigate this case, I wouldn't have known about it until I died."

Adel terdiam. He knew it. Tubuh Adel kembali menggigil hebat.

"You're freaking pregnant kid." Aiden menjeling Adel sebelum dia melangkah pergi dari situ.

Dia takut jika dia berterusan berada dekat dengan Adel dia akan mencederakan adiknya sendiri.

"K-Kak Adel pregnant?" Soal Adeena dengan terkejut.

"It's just a mistake."

"Kak Adel nak gugurkan kandungan ni. I can't stand with this anymore Davina. I can't." Adel memeluk Adeena dengan erat. Wajah Adel pucat bagaikan tidak berdarah.

"Anak dalam kandungan kak Adel tak bersalah. Jangan gugurkan, berdosa kak Adel." Ujar Adeena sayu. Belakang badan adik iparnya dia gosok bagi menenangkan Adel yang sudah tersedu-sedan menangis di bahunya.

"Because of this baby. Abang Aiden marahkan kak Adel. I already a sinner, Davina. Kak Adel kotor!"

Tangan Adel yang menggenggam bentuk penumbuk naik memukul dirinya sendiri.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now