satu

1.9K 241 66
                                    

Gadis berseluar panjang didalam skirt paras lutut bersama rambut yang sanggul tidak berapa kemas itu memasuki sekolahnya dengan pantas. Bisikan orang ramai dia cuba abaikan. Tanganya dimasukkan didalam poket bagi menyuamkan tanganya yang sejuk kerana gementar. Tiap tiap hari pasti semua ini berlaku tapi kenapa dia masih perlu gementar?. Kakinya dilangkah ke blok atas melimpasi koridor senior sebelum sampai ke pintu perpustakaan. Hela nafas lega dengan sedikit senyuman dia kuntumkan apabila mendapati perpustakaan itu kosong. Begnya diletakkan di atas meja sebelum mengambil buku mata pelajaran addmath. Sedang gadis itu ralit mengulang kaji, buku itu dilempar seseorang ke bawah lantai sebelum wajahnya dicengkam kuat.

"Kau memang mencabar aku Hanseul..", Gadis itu tersenyum senget. Lelaki dihadapanya itu dipandang jijik sebelum dia menepis tangan lelaki itu kuat. "Tch kau kenapa?", Soal gadis itu kasar lelaki dihadapanya itu ketawa perlahan diikuti rakan rakanya dibelakang. Rambutnya yang berwarna terang itu dikuak kebelakang sebelum dia menarik lengan gadis itu. "Kau bagitahu Seulgi tentang perkara itu kan?", Soalnya kasar. Tanganya menampar pipi mulus gadis itu kuat membuatkan cecair merah mula mengalir dari kawasan itu.

Gadis itu tersenyum melihat lelaki itu dalam kemarahan. Sememangnya lelaki itu yang orang yang paling dibencinya. Kenalkan, Lee Taeyong Lelaki nakal dengan bersifat fuckboy membuatkan dia menjadi perhatian ramai bersama dengan rupanya yang kacak itu. Tetapi tidak bagi gadis dihadapanya itu. Dia cukup anti dengan lelaki seperti dia.

Buat apa suka lelaki kacak tapi perangai macam setan?

"Sebabkan kau Seulgi minta putus, kau suka lah kan!", Badan kecil gadis itu dihempas ke dinding rak buku. Sedikit sebanyak gadis itu mendengar gelak ketawa rakan lelaki dibelakangnya. Gadis itu merintih perlahan, baguslah semalam dia baru sahaja dirotan oleh Appa dan hari ini dibuli oleh Taeyong.

Semangnya gadis ini memberitahu kakak tirinya semalam tentang dia melihat teman lelakinya itu bersetubuh dengan senior Bae Irene kelas atas dan itu membuatkan Kakak tirinya itu mengamuk. Tidak cukup dengan lempangan gadis itu, Kakaknya turut memberitahu ayahnya yang dia berkelakuan kurang ajar dengan kakaknya sendiri. Dan hari ini dipukul lagi?.

"Cukuplah Lee Taeyong..", Gadis itu merintih kesakitan sebelum cecair merah yang mengalir di tepi bibirnya dikesat perlahan.

"Jangan tambahkan lagi rasa benci aku terhadap kau".


FuckboyWhere stories live. Discover now