"Tit tit. Tit tit. Tit tit. Tit tit." Mastura Diana megerlih jam loceng disisinya."Ya Allah, subuh aku!" Sepantas kilat Mastura Diana menyambar tuala yang tersangkut di pintu dan bergegas ke bawah.
"Weiii, asal korang tak kejut aku! Aku ni dah lambat nak subuh." Mastura menyambung langkah ke tandas.
"Aku ketuk pintu bilik kau berpuluh kali kau cakap tak kejut? Nasib baik tak roboh pintu tuuu. Kau tu tido mati." Bidas Nadia housemates Mastura.
"Lain kali pintu jangan kunci. Senang kitorang nak kejut ke apa." Pesan Umairah yang sedang mengunyah roti yang disapu mentega kacang.
"Weiii korang. Kita pergi skali errr. Tunggu aku siap jap tauuu." Kata Mastura ketika keluar dari bilik air.
"Iya kitorang tunggu." Setelah mendapat jawapan, Mastura bergegas naik ke atas untuk bersiap.
"Tunggu tauuu!" Jerit Mastura Diana.
"Iyaaaaa!" Serentak Nadia dan Umairah.
🦁🦁🦁
Pagi itu Mastura hanya mengenakan hoodie hitam, jeans hitam dan tudung light blue. Mastura Diana menilik dirinya di cermin sebelum keluar.
"Ermmm, simple but nice. Okey cun.!
Setelah berpuas hati dengan penampilannya hari itu, dia mencapai beg sandang hitam kegemarangnya lalu bergegas turun ke bawah.
"Sorry lambat."
"Bukan main lama kau kat atas, macam ni jer?" Nadia menilik penampilan Mastura Diana.
"Ini jer yang sempat. Nak pakai baju kurung dah tak sempat. Nak gosok lagi. Leceh. Dah-dah cepat. Lambat dah nii." Mastura mencapai sneaker hitamnya dan meluru masuk ke dalam kereta milik Nadia dimana Umairah sudah lama menunggu mereka.
"Lambatlah korang niii." Bebel Umairah sambil menilik jam tangannya.
"Toksoh beng lorak gakk. Sapa nyo. Tok gi mano pom kampus tuuu." Haa kan dah keluar longhat kelantan Nadia tuu. Jenuhlah korang nok mentranslatenye.
"Hotoh tubek dh lorak die." Ketawa Mastura sambil memakai kasutn
ya."Korang ni kan! Saja kan?" Marah Umairah.
"Apa???" Serentak Mastura Diana dan Nadia berpaling ke arah Umairah.
"Kau tuu orang Kelantan. Kau pulak Terengganu. Bolehlah kau faham sikit sikit apa yang si Nad ni cakap. Aku ni kne proses dulu baru faham." Protes Umairah berpeluk tubuh.
"Ouhh. Hahahahahahaha maklumlah orang Johor." Bidas Mastura Diana.
Ouh yaa. Nadia dengan Umairah ni housemate Mastura Diana dari mula mula diorang masuk universiti lagi. Boleh dikatakan mereka ni rapatlah tapi Mastura lebih rapat dengan Hidayah. Kadang ii mereka keluar sekali jerr. Mereka menyewa rumah tak jauh dari UM lebih kurang 15 kilometer macam tuu. Hidayah tak duduk skali sebab rumah dia dekat je and mak bapak dia tak kasi.
"Korang ni sama jer, kepala masuk air." Balas Umairah.
"Yang masuk air nilah selalu berkepit dengan kau." Nadia tidak lepas menyakat Umairah.
"Sebab tuu aku sayang sahabat aku dua orang nii!" Umairah menolak kepala Nadia dengan Mastura dan diselang seli gelak tawa mereka.
Perjalanan yang selama ini dirasa jauh terasa lebih dekat apabila ditemani kawan kawan yang sentiasa memahami. Dalam hati Mastura Diana bersyukur kerana masih lagi dikurniakan rakan rakan yang memahami dan sentiasa positif.
'Syukur alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.' Ucap Mastura Diana dalam hati.
🦁🦁🦁
"Okey dah sampai. Orang kata apa, biar lambat asal selamat."
"Selamat memanglah selamat. Aku dah lambat sangat dah ni. Tak pasal pasal kena ngap di Prof Alicia tuuuu. Aku gerak dulu errr. Apa apa roger."
"Okey. Selamat berhadapan dengan harimau. Semoga berjaya."
"Ada ja idea nak menyakat aku korang nii." Mastura Diana bergegas turun apabila menyedari yang dia dah terlewat 15 minit.
Tiba-tiba....."Dush"........ seseorang telah melanggar Mastura Diana dan menyebabkan dia telah terjatuh.
"Aduh sakitnya. Ishhhh dah lambat ni adelah jatuhlah apelah itulah inilah. Ni satu hal jalan tak tengok depan habis dilanggarnya orang. Tak faham betullah aq."
"Sorry sorry tak sengaja. Aku dah lambat ni gi dulu err maaf tauu."
"Macam tuu je? Tolong tolong pun tak. Macam dia sorang jer lambat aku pun lambat jugak." Mastura Diana mengutip barang yang jatuh dan bergegas ke dewan kuliah.
POV Mastura
'Asal macam pernah tengok je mamat tuu arr??? Tapi kat mane?? Arhh lantak arr dah lambat nii.' Mastura Diana mempercepatkan langkahnya.
15/2/2021
YOU ARE READING
Benci Jadi Cinta [ On Going ]
RomansaCinta sejati? Wujudkah? Itulah persoalan yang selalu bermain difikiran Mastura Diana, seorang pelajar Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi. Hampir kesemua lelaki yang dikenalinya membuahkan rasa benci di hati terutama Syafiq Dahlan yang merupakan...