ADEENA menarik senyuman manis. Wajah suaminya yang masih nyenyak dibuai mimpi itu dia renung tidak puas.
"Datang la abang bomba sado tahap ayah pin pun. Abang tetap di hati Deena." Puncak hidung Aiden dikucup pantas olehnya.
"Are you sure?" Adeena terdiam. Suara garau Aiden yang baru sahaja bangun daripada tidur itu hampir sahaja buat jiwanya tergugat. Sabar hati sabar!
"Eh."
Aiden membuka matanya. Wajah Adeena dia tatap dalam sebelum menyembamkan wajah di dada isterinya itu.
"Not the 'eh' word sayang." Ujar Aiden sambil mata yang terpejam.
Wajah dia tidak kalihkan. Tempat paling selesa adalah dada Adeena. Boleh gantikan semua bantal yang ada dalam mansion mom and dad, mertua dan penthouse miliknya.
No doubt!
"Betul la! Abang yang terpaling handsome! Terpaling sado! Terpaling kacak! Terpaling Deena sayang! Muah!" Rahang Aiden dia kucup bertalu-talu.
Aiden tergelak.
Pagi-pagi dah buat harinya ceria. Macam mana dia tak sayang?
"Bukan abang bomba?" Adeena membuat muka.
"Tak! Datang la abang apa pun, abang Aiden tetap the only one!" Ruangan bilik itu bergema dengan suara gelakkan Aiden.
She makes my day!
"Walaupun abang bomba kacak? Sado?" Adeena menghela nafasnya kuat. Apa suaminya ni pagi-pagi dah buat mood dia swing?"If nak kacak abang pun ada. And kalau nak yang sado suami Deena pun ada 8 ketul roti! Deena tak pandang lah abang bomba! Abang ceo ni kan dah ada." Dada bidang Aiden yang tidak berbaju itu dia elus dengan jarinya.
Aiden tersenyum. Bibir merah isterinya dia kucup sekilas.
"Okay, then. If abang ternampak sayang scroll tik tok and you tengok abang bomba, nahas. Anak kembar you akan dapat sayang. Jangan main-main dengan abang."
Adeena tersengih. Tangannya dia angkat ke sisi bahu tanda berikrar.
"Deena, promise!"
"Good."
ADEENA mengambil tempat di atas sofa berhadapan dengan television di ruang tamu. Ais krim yang masih bersisa di dalam mangkuk kecil itu dia makan dengan berselera.
"Anak mommy ni suka betul makan ais krim." Adeena memuncung. Perutnya yang sedikit membuncit itu dia picit dengan jari runcingnya.
"Dah gila ke cakap seorang diri?" Adeena tersentak. Dia berpaling ke kanan. Raina.
Apa perempuan gila ni buat kat sini? Adeena memandang Raina dari atas sampai ke bawah. Aduh, minah ni baru jatuh dari langit amazon ke? Dengan baju macam tarzannya.
"Cakap dengan cermin la tu." Adeena menjeling Raina. Rancangan hiburan yang terpapar di television ditonton olehnya tanpa pandang kiri kanan. Apalah orang dalam rumah Tengku Adriel ni buat? Sunyi sepi je.