𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 30

18.1K 1.5K 327
                                    


CEMBURU?

Wajarkah untuk kau simpan perasaan cemburu itu, Muhammad?

Kau buang permata yang bernilai dan kau kutip kaca. Baru sekarang kau cemburu yang membuak-buak apabila melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah pasangan suami isteri itu? Kelihatan cukup bahagia. Bergelak tawa dan saling berpandangan mata yang sarat dengan perasaan cinta.

Adam memang sudah tercipta untuk Hawa.

Layakkah kau untuk dia, Muhammad?

Layakkah? Setelah apa yang kau lakukan terhadap dia suatu ketika dahulu?

"Kau beruntung Adam kerana memiliki dia."

Stereng kereta digenggam kuat. Urat nadi di segenap tubuh terasa menggeletar. Penumbuk sebelah kirinya digenggam kejap. Bebola mata Muhammad masih lekat pada sebatang tubuh di seberang jalan. Kelihatan Hawa ditinggalkan bersendirian di luar Salsabila Cafe sementelah Adam bergegas masuk kembali ke dalam kafe selepas membisikkan sesuatu kepada Hawa. Anggukan kepala dibalas oleh Hawa.

Bagaikan pemangsa memerhatikan mangsa lagaknya sekarang, hanya menunggu saat untuk menerkam bila tiba saatnya. Hawa berkira-kira untuk melintas jalan dan itulah detik yang dinantikan buat seorang Muhammad. Dengan sekelip mata Muhammad memboloskan tubuhnya dari perut kereta yang berjenama Honda Civic Hybrid itu.

Sepasang kaki panjang Muhammad mulai menyamai langkah pendek Hawa itu dari arah belakang apabila Hawa selamat melintas jalan dan dia melangkau lalu mendepani Hawa.

"Mu... Muhammad?" Bergetar hebat bibir Hawa saat wajah Muhammad memenuhi kornea matanya. Semerta, matanya terbeliak luas. Satu kejutan yang maha besar. Ritma jantungnya mulai tidak stabil.

Hawa lekas melarikan anak matanya ke arah lain. Masih belum bersedia untuk bertentangan mata dengan sepasang mata hazel itu.

"Kenapa? Kau takut nak pandang mata aku?"

Nada suara itu masih sama seperti dulu. Tiga tahun yang lalu.

Tuan Muhammad tetap Tuan Muhammad yang dahulu. Tiada perbezaan dari segi perwatakan. Masih kasar orangnya. Cuma sisi nakal seorang Muhammad sudah tiada. Makin matang selaras dengan usianya.

"Awak sihat?" Gugup. Hawa menelan air liur sekali.

Sejak peristiwa tiga tahun yang lalu, dia tak pernah bersemuka empat mata dengan seorang Muhammad. Dan, sekarang... Muhammad sendiri yang membuat keputusan untuk memunculkan diri di hadapannya. Atas sebab apa?

"Kau masih ingat aku?

Setapak demi setapak Muhammad mendekati tubuh genit Hawa. Matanya meliar melihat Hawa dari atas ke bawah. Hawa dah berbeza.

Bukan... Hawa Arlani yang dahulu. Dengan penampilan yang baru. Cukup sopan. Hawa Arlani yang sekarang sudah berhijab.

Hawa kaget. Renungan mata Muhammad mampu membunuhnya.Beg plastik yang dijinjitnya bagaikan terasa ingin terlepas dari genggaman. Terasa longlai lutut ini ingin menyembah bumi.

"Mestilah saya ingat awak. Awak... Tuan Muhammad, lelaki yang mengahwini kakak kandung saya, Puteri Aisya," tutur Hawa sekaligus mematikan langkah Muhammad.

Badan Muhammad kelihatan sedikit mengeras. Riak wajah bertukar mendung seketika sebelum meneutralkan kembali riak wajahnya seperti asal. Dingin.

"Kau bahagia dengan Adam?"

"Awak bahagia dengan kakak Puteri?"

Soalan dibalas dengan soalan yang sama.

Muhammad tersenyum segaris.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now