A I D E N 34

8.2K 448 34
                                    

PUAN RAIHANA memejamkan matanya sekejap. Tanpa dia sedar air matanya menitis di pipi.

"Maafkan pihak kami puan. Kami sudah buat yang sebaiknya. Namun, Allah lebih sayangkan anak puan."

"Death date. Tuesday, 8:55 pm."

"Raina." Puan Raihana memeluk baju anaknya erat. Sekarang dia sudah berada di satu rumah teres. Itupun pemberian Aiden kepadanya.

Dia bersyukur Aiden masih mempunyai hati untuk membantunya.

"Anak ibu." Puan Raihana menghidu bauan anaknya yang masih bersisa. Raina. Gadis itu menghidap kanser rahim sudah menjangkau 4 tahun lamanya.

Namun, dia sebagai ibu gadis itu hanya mengetahuinya sebaik sahaja gadis itu menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir di hospital.

"Anak ibu kuat. Ibu minta maaf sebab tak ada dengan Raina."

Bunyi hempasan pintu yang kuat menyentakkan wanita itu dari terus meratapi pemergian anak perempuannya.

"R-Rayyan dah balik?"

Rayyan tersenyum sinis memandang ibunya. Lelaki itu merapati ibunya yang bersandar di dinding.

"Dah tahu tanya lagi? Dah lah peluk cium baju perempuan tu. Dia dah mati! Semuanya berpunca daripada Raina! Kalau tidak, kita tak akan hidup susah seperti sekarang Puan Raihana! Kenapa perempuan tu tak mati sahaja dari dulu lagi!?"

Puan Raihana terdiam. Dia sudah serik dengan sikap panas baran Rayyan. Anak lelakinya itu berubah setelah mereka kembali jatuh dalam lembah kemiskinan.

"Anak ibu bawa mengucap."

Rayyan tersengih tidak percaya.

"Aku tak ada ibu miskin macam kau." Bahu Puan Raihana jatuh. Figura Rayyan yang sudah kembali hilang itu dia pandang sayu.

"Disebabkan harta anak ibu jadi macam ni. Semuanya berpunca dari ibu. Ibu yang tamak menagih kasih sayang Tengku Adriel sehingga isteri pertamanya derita." Ujar Puan Raihana sendiri.

Dia sudah tidak ada sesiapa lagi.

Raina? Sudah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Rayyan? Anak lelakinya itu sudah tidak mengaku bahawasanya dia ialah ibu kandung lelaki itu sendiri.

Ini semua kerana ketamakan harta.































ADEENA memeluk tubuh Aiden yang tidak berbaju daripada belakang. 'Roti' kepunyaan suaminya dia usap. Ralit betul suaminya itu memasak sehingga dia mengusik pun tiada sebarang respon.

Memasak ke berangan?

"Abang?"

"Hmmm?"

Adeena tersenyum. Ingatkan berangan, senyap sahaja suaminya itu.

"Abang okay?" Soal Adeena. Wajahnya dia jengah ke hadapan untuk melihat wajah suaminya.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now