1.25 // framed

1.5K 240 17
                                    

" Apa masalah kau, Kang Taeri? Tak ada benda lain yang kau nak buat ke selain mencuri? Gosh, i can't understand you! " herdik Jake tanpa mengalihkan pandangannya.

Suaranya bergema di dalam kelas lama itu membuatkan Taeri berasa dirinya sangat kecil. Tiada satupun perkara yang dapat dia ungkapkan-seperti tadi dia kelu.

Jake meraup wajahnya kasar sambil cuba mengaturkan nafas. Rasa bengang semakin memuncak ketika tiada satu pun kata keluar dari mulut Taeri. Adakah gadis itu sudah bisu? Atau cuba mencari alasan?

" Yah! Kau dah bisu ke?! " soal Jake lagi.

Bahu Taeri dipegangnya, dia mengharapkan ada balasan dari Taeri. Gadis itu cuba menolak tangannya namun pegangannya semakin kuat membuatkan Taeri putus asa.

Nafasnya tidak teratur dan apa yang dia mahu lakukan cuma menangis. Tetapi lelaki di hadapannya ini mahu mendengar jawapan dari dirinya. Dan itu membuatkan fikirannya yang kusut bertambah kusut.

Tidakkah lelaki itu cuba untuk memahami situasi yang berlaku?

" Lepaskan saya! " pinta Taeri ketika pegangan di tangan Jake semakin kuat.

" No! Not until you tell, Taeri! Betul ke kau buat semua tu? " soal Jake lagi.

Taeri menggigit bibirnya, Jake tidak akan pernah berhenti sehingga dia dapat apa yang dia mahu. Cuma sekarang Taeri mahu menenangkan dirinya terlebih dahulu.

Jake jadi kesal dengan Taeri.

" Kau- "

" Saya tak curi! Saya tak buat semua tu! Itu yang awak nak dengar kan? Sekarang lepaskan saya! " balas Taeri sambil menolak bahu Jake sekuat yang dia mampu.

Tubuhnya bersandar di dinding sambil menutup wajah. Air mata mengalir di pipi tanpa henti dan sedu sedan menyapa telinga Jake. Suara tangisan dari Taeri membuatkan hati Jake rasa terhenyak.

Gadis itu menangis tepat di hadapannya. Kakinya perlahan mendekati Taeri lalu tubuh gadis itu dipeluk erat. Tangannya mengusap kepala dan belakang tubuh Taeri dengan lembut.

Adakah dia terlalu kasar?

" S-saya tak buat semua t-tu Jake-percayalah. " ujar Taeri sambil mengeratkan pelukan. Rasa hangat dari tubuh Jake membuatkan dia tenang sekali gus rasa selamat.

Berlainan pula dengan Jake, lelaki itu merasakan sesuatu di dalam hatinya. Rasa itu membuatkan dia tidak mahu meleraikan pelukan mereka berdua. Dia berasa mahu kekal seperti itu.

" Aku-aku percayakan kau. "

¦

Tumpukan buku yang dibawa Taeri itu diletakkan di kaunter. Ini ialah tumpukan buku terakhir setelah hampir 2 jam dia di perpustakaan. Sebenarnya tugas yang sebenar lebih susah tetapi telah diringankan.

Kerana ketua perpustakawan ialah Heeseung.

Heeseung tidak sanggup melihat Taeri bersusah payah melakukan kerja yang sepatutnya dilakukan oleh Heeseung dan pengawas lain. Bahkan gadis itu perlu melakukannya selama seminggu dan ini baru hari kedua.

" Sunbae, ini yang terakhir. Ada kerja lain yang boleh saya bantu? " soal Taeri sambil mengekori Heeseung yang masih mengira buku itu.

" Hmm, semua dah habis untuk hari ni. Boleh tahan juga awak buat kerja. Pengawas lama belum tentu dapat siapkan dalam masa dua jam. " balas Heeseung bersama senyuman.

Jujur, dia agak terkejut apabila mendengar berita tentang pencurian itu. Namun, Jay dan Sunghoon memberitahunya perkara yang logik jadi Heeseung tidak mahu berfikiran negatif. Lagipun dia tiada hak mahu menghukum Taeri.

Dan Jake, lelaki itu hanya mendiamkan diri seolah dia tidak peduli.

" Kalau macam tu saya balik dulu! Jumpa esok sunbae! " ujar Taeri lalu dia menunduk hormat sebelum melangkah keluar dari bangunan perpustakaan sekolah.

Taeri pergi ke loker untuk mengambil buku - buku latihan yang perlu dia bawa pulang. Ketika dia membuka pintu loker ada satu kotak bersaiz sederhana jatuh. Berkerut dahi Taeri, setahunya kotak itu tiada di dalam lokernya.

" Kotak apa ni? "

Dia menggoncang dan ada bunyi dari dalam kotak itu. Tanpa berfikir apa - apa Taeri terus membuka kotak untuk melihat isi di dalamnya. Sesaat matanya melihat isi kotak dan....

" AAARRGGGHHH!! "

Tubuhnya menggigil sambil cuba mengaturkan nafas dan matanya tidak beralih dari isi kotak itu. Dia bersandar pada loker sambil cuba menenangkan diri tetapi tidak berjaya.

Darah yang mengalir dari tubuh dua ekor tikus itu membuatkan dadanya sesak. Taeri mulai sukar untuk bernafas. Tangannya mencari telefon dan cuba mendial nombor Jake.

" To-tolong la... jawab.. " pintanya dalam keadaan menggigil.

" Taeri? "

" J-jake.. tolong s-saya.. " ujar Taeri sebelum tubuhnya melemah dan akhirnya terkulai. Panggilan yang masih bersambung dengan Jake dibiarkan begitu sahaja.

Perlahan - lahan pandangan matanya kabur sebelum dia benar - benar tidak sedarkan diri.
















+ sekolah nak bukak dan aku masih lagi berlenggang lenggok dekat pakcik oren nihh 🙈✌

𝐒𝐄𝐃𝐔𝐂𝐄 | 제이크Where stories live. Discover now