Dalam bilik sebuah istana di kawasan bersalji di kutub utara. Seorang budak lelaki sedang mengintai ke luar jendela biliknya, memerhatikan bulan yang dipagari bintang, di malam hari. Sementara itu kakak kembarnya yang sedang lena dibuai mimpi tiba-tiba terjaga dari tidur. Dia bangun perlahan-lahan sambil menggosok mata disamping tercari-cari kelibat adiknya.
Dia terlihat adiknya sedang menangis teresak-esak di sudut jendela. Tekejut melihat adiknya sedang memangis dia lantas mendapatkan adiknya itu.
" Adik kenapa ni? Kenapa adik menangis?" Dia bertanya kepada adiknya dengan wajah yang gusar.
"Adik takut.. " jawabnya teresak-esak. "Kenapa ni? Cuba bagitau akak!! Dah jangan nangis lagi" dia memeluk adiknya lalu cuba menenangkan adiknya.
"Bulan tu.."Adiknya perlahan lahan mengangkat tangan menunding kearah bulan yang berwarna merah seperti berlumuran darah. Dia terkejut melihat keadaan bulan yang menakutkan itu.
Tidak jauh dari situ Di bawah bulan purnama yang merah berdarah yang sama. Kedengaran bunyi binatang buas sedang mengaum memecah keheningan malam.
Kelihatan darah merah yang mengalir di atas menyelusuri lurah yang terdapat di atas sebuah pengurung purba yang berusia ratusan tahun. Pengurung itu kelihatan terbuka sedikit demi sedikit, sehingga membenarkan makhluk buas itu memngeluarkan tangannya yang dipenuhi rantai. Rantai yang mengekang dirinya itu kelihatan semakin terbuka sedikit demi sedikit.
Tidak jauh dari situ kelihatan seorang remaja menggigil ketakukan melihat kebangkitan mahluk buas itu. Di sisinya ada seorang lagi yang terbaring kaku seolah-olah tidak bernyawa lagi. Terdapat kesan tikaman di dada dan kesan kelaran di leher tubuh yang tidak bermaya itu. Dia mengapai jasad yang kaku itu dan memeluk seeratnya. Di wajahnye tergambar seribu kekesalan. Salju mula menyeliputi tubuh mereka
"Apa yang kau dah buat?" Tanya dia kepada diri sendiri dalam nada sayu. Tangannya berlumuran dengan darah dari tubuh kaku yang dipeluknya.
Pengurung purba tersebut juga telah terbuka sepenuhnya. Rantai-rantai yang membelenggu tubuh makhkuk tersebut turut terlerai. Mahkluk itu merangkak perlahan-lahan keluar dari bayang-bayang kearah ke dalam cahaya merah bulan yang memancar dari langit.
" Bukankah Kau telah memilih aku.. kini tiba masanya kau bersama aku.." makluk itu bertanya kepadanya dengan suara garau. Kelihatan makluk yang besar seperti harimau berwajah bengis dan mempunyai belang hitam dan putih dibadannya.
"Ti..tidak!! Aku dah silap!! Aku tak perlukan kau!!" Dia membalas pertanyaan makluk itu dengan perasaan gementar.
Tanpa berfikir panjang, lantas dia bangun mengangkat jasad yang berada di sisinya itu lal melarikan diri dari makluk yang menakutkan itu.
Dia cuba untuk berlari sekuat hati dari makluk itu namun langkah semakin perlahan akibat kepenatan menggendong jasad kaku yang terkulai tidak bermaya di pangkuannya. Keadaan menjadi semakin cemas. Makhluk yg mengejar mereka juga semakin hampir. Dia tiada pilihan lagi selain meninggalkan jasad kaku itu di situ.
"Maafkan abang.." dia menitiskan air mata di wajah pucat itu. Dia meletakkan jasad tersebut diatas salji tebal yang meliputi tanah.
Tiba-tiba warna matanya yang asal berwarna emas, bertukar kepada biru muda dan bercahaya seperti kristal buat seketika. Dia mengawal semua salji tersebut lalu menyeliputi jasad kaku tersebut sebelum memadatkannya menjadi bongkah ais yang kukuh.
Setelah mahkluk tersebut semakin hampir, dia mula melangkah pergi dari situ secepat mungkin. Setelah jauh berlari, langkahnya semakin terhenti. Kakinya menjadi lemah dan tidak mampu melangkah lagi. Dia melutut akibat kepenatan.
Nun jauh dari pandangan mata kelihatan kelibat seorang wanita sedang menunggang kuda menuju kearahnya. Wanita itu memakai jubah labuh dengan penutup kepala yang menutup hampir separuh dari wajahnya.
Wanita itu lantas meluru kearahnya setelah melihat setelah melihat keadaannya yang hampir rebah. Setelah mendekati dia, wanita itu turun lalu membuka penutup kepala yang dipakai wanita itu. Dia terkejut melihat wajah wanita itu.
"Bonda!!" Dia cuba bangun mendapatkan wanita itu. Wanita itu memeluknya dengan erat menunjukkan kasih sayang seorang ibu .
"Apa yang telah terjadi ni sayang? Kenapa kamu berlumuran darah? Mana adikmu?" Bertubi-tubi soalan ditanya oleh wanita yang baru muncul itu. Namun dia hanya menatap mata ibunya yang berwarna emas sepertinya itu dengan pandangan sayu.
"Ma.. Ma.. maafkan anaknda, bonda.." suaranya tersekat-sekat akibat terlalu sebak. Wanita itu menutup matanya perlahan-lahan, lalu mengalir air mata membasahi pipinya seperti dapat mengerti apa yang ingin dituturkan oleh anaknya serta mengetahui perkara yang telah terjadi.
"Bonda tak pernah benci anak-anak bonda.. bonda maafkan kamu sayang" wanita itu terus memeluk anaknya dengan erat.
"Bonda.." dia mengusap air mata yang membasahi pipi ibunya itu. Matanya menjadi semakin kabur. Namun dia enggan memejamkan mata seolah olah itulah sahaja peluang terakhirnya untuk menatap wajah ibunya yang disayangi itu.
BERSAMBUNG..
YOU ARE READING
TAKDIR DARAH ELVERNIA
FantasyKisah mengenai seorang gadis yang memiliki takdir untuk menamatkan sumpahan yang kian menghancurkan dunia dan membawa kesengsaraan kepada banyak insan. Rossa Maema seorang puteri dri sebuah negara terpencil bernama Daurasata. Segalanya sempurna bagi...