QAYRA duduk di atas kerusi miliknya. Dia termangu sendirian, berangan tak sudah.
Sedang dia sibuk dalam dunia sendiri, seorang perempuan bertocang dua menghampiri.
PAP!
"OH MAK KAU!," latah Qayra. Orang tengah sedap berangan ada lalat mengacau.
Satu kelas gelak dengan reaksi Qayra. Mungkin tak biasa lagi dengan reaksi terkejut Qayra sebab yelah, budak baru. Qayra pun jenis senyap je sepanjang masa.
"Kau nak apa Klara?," tangan Qayra masih lagi melunjur di atas meja. Terlalu malas nak angkat.
"Jauhkan diri dari Aatiq. Dia aku punya," ya Allah Klara Maisraha terlampau clichè ya.
"Ambillah Klara ambillah. Aku pun tak hingin dengan dia," dia sambung meletakkan kepala dia atas meja. Tapi kali ini, kepalanya menghadap Klara yang sedang bercekak pinggang memandangnya.
Dengan rambung tocang pakai baju kurung sekolah, nampak macam Klara ni budak sekolah rendah.
Tanpa sedar, Qayra tergelak sendiri.
"Kau dah kenapa gelak tiba-tiba? Gila ke?," Klara mula menunjukkan muka annoying. Kau ni memang tak berubah ye Qayra? Dari dulu sampai sekarang perangai gelak sendiri tu masih melekat.
"Rambut tocang kau kelakar," Qayra sambung gelak.
"Diamlah kau! Tak tau ke rambut ni-"
"Yang buat ex crush aku suka kau? Bla bla Klara aku dah lama move on dengan dia," gila ke nak jealous sebab dia dapat Amierul? Buang masa.
"Lagipun, tu masa darjah enam. Sekarang kita dah 17 tahun. Kau still kekalkan gaya rambut ni? Pftt," gelak Qayra kalini lebih kuat sampai ketua kelas 5 Akaun tersembur susu yang dia minum.
"Kau-," tanpa sempat Klara meneruskan kata-kata, cikgu Khairil masuk ke dalam kelas. Qayra menjelirkan lidahnya. Klara yang melihat hanya menjeling.
"HANTAR kerja ni esok. Saya tahu lepas rehat cukup 31 buah buku atas meja saya," semua murid mengangguk. Ada yang mengeluh dan ada yang acah tangan parkinson.
"C-ci-cikgu s-ss-saya-," itu dia, Ahmad mula beraksi. Tangan dia mula bergetar-getar.
"Awak nak hantar harini ke Ahmad? Saya terima je."
"Eh tak cikgu, saya hantar esok," tersengih-sengih dia memandang muka cikgu Khairil.
"Baiklah, sebelum saya terlupa. Pengetua buat cadangan agar kelas kamu dan satu kelas lagi akan pergi ke lawatan minggu depan. Syafiq, nanti bagi saya senarai siapa yang boleh join lawatan tu nanti," Syafiq selaku ketua kelas mendengar arahan itu dan mengangguk.
"Yuran macam mana, cikgu?," soal Bat di belakang kelas.
"Yuran jangan risau, sepenuhnya ditanggung oleh sekolah," kenyataan itu berjaya membuatkan semua pelajar kelas 5 Akaun bersorak riang.
FREE TRIP DUH SIAPA JE TAK HAPPY?!
Jimat duwet.
"Itu sahaja yang saya nak cakap. Cau dulu," belum sempat Syafiq memberi salam, kelibat cikgu Khairil sudah hilang.
Biarlah, cikgu Khairil memang suka buat macam tu.
"So macam yang korang dengar tadi, siapa yang nak pergi lawatan bagi nama dekat aku!."
Qayra diam. Dia berfikir sama ada hendak menyertai ataupun tidak. Kawan sekelasnya semua macam pergi. Tengoklah, baru beberapa minit cikgu keluar kelas, dah ramai yang menyemak dekat meja Syafiq. Muka Syafiq pun dah menunjukkan riak rimas.
"Kau nak pergi tak?," soal Cylia disebelahnya.
"Tak taulah weh."
"Ala janganlah camtu. Jomlah pergi," pujuk Cylia. Dia nak sangat kawan barunya itu ikutnya sama ke lawatan.
"Fine."
"Syafiq, aku pergi," serentak itu, semua mata memandang muka Qayra.
Lah apahal semua orang ni?
Qayra hanya mengendahkan lalu duduk semula di tempatnya. Masa untuk kelas sejarah masih berbaki lagi lima minit jadi dia ambil jalan mudah untuk membazir masa dengan tidur.
KRING!
Loceng sekolah sudah berbunyi, menandakan yang waktu rehat sudah pun sampai. Qayra yang dari tadi menguap sambil buat sejarah, terus letak kepala di atas meja bila beransur-ansur murid sekelasnya keluar dari kelas.
Cylia yang disebelahnya pun sudah pergi ke kantin. Kini hanya tinggal dia seorang sahaja di dalam kelas.
"Hai Qayra," sapa Klara lalu dia duduk di tempat duduk Cylia. Dari tadi dia perhati Qayra yang sedang bermalasan itu.
"Hmmm," tangan kanan diangkat sedikit tanda 'ya-kau-nak-apa?.'
"Kau tak berubah," Qayra angkat kening sedikit.
"Aku rasa kau yang berubah, Klara. Dulu kau tak macam ni."
"Kau salah Qayra. Aku memang macam ni," lantas, Klara berlalu pergi. Qayra masih terkebil-kebil dengan ayat terakhir Klara. Tak faham apa yang dimaksudkan dengan bekas kawan sekolah menengahnya sebelum dia berpindah ke sini.
"Well, I guess people do change," perlahan Qayra berkata. Kemudian dia kembali memejamkan mata. Nak tidur.
"Pelajar tak dibenarkan berada di dalam kelas semasa rehat," suara sumbang pengawas kedengaran. Qayra hanya membiarkan.
"Keluar kelas," masih lagi tiada balasan dari Qayra. Dia pekakkan telinga.
Pengawas tadi masuk ke kelas dan menghampiri Qayra.
"Hello girlfriend, sila keluar kelas," segar terus mata Qayra mendengar perkataan 'girlfriend'. Eh dia ni, senyap-senyap tak boleh ke?
""Aatiq? Kau pengawas?," dia tak tau langsung yang Aatiq ni pengawas sebab dia tak pernah berniat pun nak ambil tau.
"Ye aku pengawas. Kenapa? Ada masalah?," Qayra hanya menggeleng sambil gigit bibir. Kenapalah dia perlu terjebak dengan lelaki tu?
Ouh ye, semua sebab syarat kat hospital haritu.
"Apa ni? Pasal boyfriend sendiri pun tak ambil kisah," sambungnya.
Qayra menutup kedua-dua belah telinganya yang terlindung disebalik tudung. Malas nak dengar.
"Tak ada masalah pun. Dah blah, aku nak tidur," tangan Qayra dikipaskan tanda pergi kepada Aatiq. Sebagai pengawas yang berwibawa, buku nota di atas meja Qayra diambil.
"Bagi balik!," mata Qayra membulat. Diari dia tu!
"Keluar atau aku baca."
Pantas Qayra bangun. Diari di tangan Aatiq cuba dirampas kembali. Namun malangnya, diari tersebut diangkat lebih tinggi.
Terlompat-lompat Qayra dibuatnya. Tahulah dia tinggi!
Masalahnya, dah panjat kerusi pun dia masih tak dapat nak ambil balik buku tu.
"Bagi dulu baru aku keluar!," tangan Qayra masih lagi terkapai-kapai di udara.
Tanpq sepatah kata, Aatiq berpusing dan berjalan keluar dari kelas. Qayra apa lagi? Terus dia lompat dan kejar Aatiq sampai ke luar kelas.
Sebelum Aatiq mengembalikan buku tersebut, sempat dia menyelitkan nota kecil berwarna kuning di dalam buku tersebut dihadapan Qayra.
"Nah," laju Qayra merampas diarinya. Nasib baik dia tak buka!
Aatiq terus meninggalkan Qayra di depan pintu kelas. Selepas memastikan yag Aatiq sudah pergi, Qayra masuk kembali ke dalam kelas.
Ini Qayra okay? Buat apa dia nak kisah dengan peraturan sekolah yang satu tu?
Kat sekolah lama dulu dah banyak peraturan yang dia langgar. Tak pernah lagi kantoi. Buat kerja kenalah clean.
Rules are meant to be broken, you know?
YOU ARE READING
MAKE YOU MINE [ discontinued ]
Teen Fiction- sad to say, it's all a lie [ discontinue ] Ini cerita tentang Qayra Amalin, seorang gadis biasa yang dibenci emaknya. Dia hidup berdua di dalam satu rumah bersama abangnya. Hadirnya Aatiq Zafran, si pengawas biasa yang menerima cabaran Qayra untuk...