A I D E N 35

8.4K 417 20
                                    

TAP' TAP' TAP

Bunyi kasut tumit tinggi itu bergesel dengan lantai mozek bermotifkan flora Itali. Adeena berjalan menuju ke meja receptionist.

"Ameera?" Gadis yang memperbetulkan sedikit tudungnya yang kelihatan tidak kemas itu segera bangun bila melihat puan besar berada di depan mata.

"Puan Adeena? Ya, kenapa?" Soal Ameera pada Adeena. Ini bukan pertama kali dia bertemu empat mata dengan Adeena. Jadi perasaan gementar itu ada tapi hanya secebis.

"Tuan Aiden tak ada kat atas. Dia pergi mana ya? Saya nak call tapi phone dia tertinggal atas meja dalam office."

Ameera menggaru keningnya yang tidak gatal. Majikannya itu tidak maklum pun pada dia nak ke mana.

"Maaf Puan Adeena, tapi saya betul-betul tak tahu ke mana Tuan Aiden pergi. Saya ada nampak dia lalu depan sini dengan langkah yang tergesa-gesa." Ujar Ameera lagi. Senyuman dia ukir pada isteri majikannya itu.

Adeena mengemam bibirnya. Jari runcing itu mengetuk-ngetuk meja receptionist.

"It's okaylah kalau macamtu. Saya pergi dulu."

"Baik, puan." Ameera menghembuskan nafas lega. Rasa berdetak hebat juga lah jantung dia bila Adeena memincingkan mata padanya tadi.

Sosok tubuh Adeena yang kian menjauh itu dia pandang. Patutlah bos dia tu tak pandang perempuan lain. Rupanya yang berada di rumah lagi mengancam.

"Untung bos dapat Puan Adeena."

"Ehem." Ameera yang baru sahaja mahu membuka buku itu terbantut niatnya.

Dia kembali bangun tatkala tubuh tegap seorang lelaki berdiri di depan mejanya.

"Aiden ada?" Ameera menggeleng. Liurnya ditelan kesat. Siapa lelaki ni?
Tak pernah dia nampak selama dia bekerja sebulan lebih di sini.

"Encik ada apa-apa temujanji ke dengan Tuan Aiden?" Lelaki itu menggeleng. Wajah Ameera yang manis itu dia tenung sedalam yang boleh. Sampaikan si gadis mula tidak berasa selesa.

"Nanti bos kau dah balik. Cakap kat dia bekas adik tiri dia nak jumpa."

Rayyan pergi berlalu dari situ. Tempat ini pernah dia jejak beberapa bulan yang lalu.

Langkah besar lelaki itu menuju ke parking lot. Belum sempat dia membuka keretanya anak mata lelaki itu jatuh pada kereta yang berada tidak jauh dari tempatnya.

Rayyan menekan semula punat kunci yang ada pada lock kereta. Langkah kakinya menuju ke sebuah kereta yang berada di sebelah parking lot ceo.

Cermin kereta yang boleh tahan gelap itu di ketuk buat beberapa kali.

Beberapa kali ketukan barulah terpapar wajah isteri kepada bekas abang tirinyanya.

Cantik. Manis orangnya.

Adeena Davina.

Rayyan menggeleng perlahan kepalanya. Leka lagi memandang wajah putih bersih itu.

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now