Pagi yang sangat sangat nyaman! Udara segar memukul lembut muka ku menyebabkan udara disekeliling terasa sangat sangat dingin.
Pagi itu bertambah indah apabila matahari baru sahaja terbit dari sebelah barat memancarkan cahaya jingganya tepat ke wajah ku.Rambut merah kiri ku melambai lambai ditiup angin.
"Woahh!!.. "
Ngauman -! Eh tak! Nguapan pertama yang keluar dari mulut aku. Tangan aku naik mengusap ngusap rambut ku yang berwarna hitam di sebelah kanan dan terdapat sedikit rambutku berwarna merah di sebelah kiri.
Aku mencelik mata aku.. Aku bangun dari tempat tidur aku. Beberapa saat kemudian...
1
2
3
"ehhh!?!!! "
Aku melihat ke bawah. Dan selepas itu aku menepuk dahi ku dengan tangan kanan aku.
"macam mana lah aku boleh tertidur dekat atas pokok ni?"
Tapi nasib baik lah aku ada dekat pokok epal! Sekurang kurangnya aku boleh lagi lah petik makan buat sarapan kan? Nak balik rumah pulak jauh! Aku kena pergi sekolah baru aku pulak! Huhu..
"tak pe.. Janji kau kenyang jugak kan? "
"huh? Kenyang? Kau ingat makan sebiji epal ni kenyang ke hah? "marah aku pada suara tadi.
"ala.. Kalau tak cukup sebiji ambil lah berbiji biji! Hahaha!!! "
Aku menjeling apabila mendengar gelak tawa riang ntah apa lagi daripada suara tadi. Jujur, rasa nak terajang je dia!
"huh?apa?kau nak terajang aku? Hahaha!!! Cuba lah~~~"
"menyebalkan lah kau ni! "marah aku sambil mencampak biji epal yang aku makan tadi. Dan mengambil satu lagi.
Sepelas menikmati rasa kemanisan daripada buah epal, aku dengan selambanya terjun dari batang pokok tadi. Tinggi tu tinggi lah jugak dahannya. Tapi tu perkara biasa.. Bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'!
"sejak bila kau pandai berperi-peribahasa ni bagai Akai-chan~?"
"stop call me that Michayla! " marah aku.
"ala.. Untuk orang yang aku sayang.. Tak kan tak boleh? "
"tak! "
"huhu.. Sakitnya hati tite ni... "
Merajuk Micha."huhh... "aku hanya mampu megeluh sahaja melayan sikap Micha ni. Dia memang suka ganggu aku! Tak bertempat pulak tu?
Tempat?
Dia dekat mana?
Aku bercakap dengan siapa?
Michayla, iblis yang telah membuat kontrak dengan aku...Jadi dia ada dekat dalam badan aku.. Tapi kadang kadang dia ni suka keluar gak tiba tiba! Haih.. Susah kalau dapat jenis hyperactive ni!
Macam mana aku boleh buat kontrak dengan dia?
Sebab setiap manusia dan iblis hidup berdampingan... Terdapat pelbagai iblis yang berkontrak dengan manusia ni..tak kisah lah yang baik atau yang jahat.
Cuma nasib lah dapat iblis yang lemah ke yang kuat ke.. Tengok pada tuan badan atau keturunan... Sebab iblis yang berkontrak dengan kita mengikut tuan badan sendiri.
Kita jugak kena selalu berlatih untuk bersama dengan iblis atau iblis itu akan menolak kemahuan si tuan pulak dan yang paling berbahaya nya lagi adalah kalau iblis tu akan mengawal tuan badan sebab terlalu lemah!
YOU ARE READING
Contract With Demons [ON GOING] [SLOW UPDATE]
Fantasía⚠️Just in my Fanfic⚠️ . . . Kontrak... Semua orang tahu yang kalau manusia dan iblis tinggal bersama. Ya! Dekat mana mana sahaja kau berada.. Bukan ke iblis pun turut berada? Cuma yang bezanya.. Nampak atau tak je.. Setiap manusia yang hidup akan...