16 | PENDERMA |

60 14 4
                                    


"Raesang-ah,jomlah main badminton sekali",Soo Yoo memanggil aku dari laman belakang.

"Tak apalah.Kau pergilah main",aku menolak ajakan Soo Yoo.Aku tak ada mood harini.Rasa nak baring je dekat sofa ni tapi ada ramai lelaki.Kalau tak dah terbongkang aku dekat sini.

"Okeylah.Aku nak pergi main dengan Mark.Bye!",Soo Yoo terus meninggalkan aku.Selalunya kalau aku tak ada mood macam ni dia akan tanya, tapi disebabkan Mark dia tinggal aku macam tu ja.Nasiblah dapat kawan macam dia ni.

"Awak termenung apa tu?",sapa satu suara dari arah belakang.Aku menoleh dan ternampak Xiaojun sedang tersenyum ke arah aku.Di tangannya pula terdapat dua mug.

"Nah.Saya tahu awak tak suka kopi.So, saya buatkan awak coklat panas",Xiaojun menghulurkan aku mug berwarna biru.Aku menyambutnya dengan senyuman.

"Kenapa ni?Ada masalah ke?Cuba cerita dekat saya".

"Tak ada apalah.Penat je",tipu aku.Aku malas nak mengadu domba dekat Xiaojun.Nanti ada yang jealous pula.

"Saya tahu awak ada masalah.Cerita je mana tahu saya dapat tolong ke apa",desak Xiaojun.Akhirnya aku membuka mulut selepas didesak beberapa kali.

"Awak janganlah terasa dengan kata-kata hyung tu.Mungkin dia serabut mana tahu.Yela mak dia kan masuk hospital.Jadi, awak janganlah nak terasa dan fikir bukan-bukan tau.Saya tahu hyung tu macam mana",kata Xiaojun cuba menenangkan aku.Aku hanya mengangguk.

"Terima kasih awak".

"Hyung , Raesang-ah!Jomlah main sekali",panggil Haechan dari jauh.

"Dah,jangan nak fikir sangat.Jom main",ajak Xiaojun.Aku tersenyum lalu bangun dan berjalan ke laman belakang.


...


Johnny POV

"Aku dah melebih sangat ke?Dia cuma keluar je dengan kawan dia.Kenapa aku nak jealous, nak terasa?",monolog aku sambil termenung.

"Ehhh tak kan dia nak curang pula?Aku tahulah perangai dia macam mana.Kalau dia ada orang lain,takkan dia layan aku baik sangat macam haritu?"tambah aku lagi.Rambut yang terurus aku serabaikan.

"Johnny-ah, kenapa ni?Serabut je appa tengok kamu ni.Ada masalah ke?",appa menepuk bahu aku lembut.

"Tak ada apalah,appa.Johnny penat sikit je",aku memberi senyuman pendek kepada appa.Aku tak nak dia risau pasal hal kecil macam tu.

"Kamu pergilah balik.Biar appa jaga eomma",kata appa.Aku hanya turuti lalu berjalan ke arah pintu.

"Eo sebelum appa terlupa,nanti Yeon Ha nak tumpang tidur dekat rumah.Nanti kamu sambut dia dekat rumah tau",pesan appa lagi.Aku hanya mengangguk lalu meminta diri.


...


"Ahh segarnya!",aku mengelap rambut aku yang basah dengan menggunakan tuala kecil.Almari baju aku tuju.T-shirt putih aku sarungkan ke badan bersama seluar treksuit.

DING DONG!

Loceng rumah berbunyi.Mesti dia dah sampai.Aku terus berjalan turun ke bawah.Tangan masih lagi mengeringkan rambut.Pintu rumah aku buka.

"Annyeong, Johnny",sapa Yeon Ha mesra.Aku hanya tersenyum pendek.

"Eo.Masuklah",aku mempelawa Yeon Ha masuk.

OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||Where stories live. Discover now