QAYRA berbaring di atas katilnya. Harini hari Jumaat, jadi dia boleh bermalas-malasan memandangkan harini tak sekolah.
Krak..!
Bunyi pintu rumah dibuka. Qayra yang pada mulanya ingin tidur balik membatalkan niat.
Haqeem dah balik ke? Rasanya dia baru pergi uni dia dua minit yang lepas.
Perlahan-lahan, dia turun ke tingkat bawah.
Wajahnya bertukar, dari muka pemalas ke muka yang gembira. Mamanya yang sudah berbulan-bulan ke London tiba-tiba balik pagi itu.
Namun, dia tak boleh abaikan kenyataan yang satu itu , mamanya masih lagi marah kepadanya.
Silap, bukan marah. Benci.
"Mama sihat?," ujarnya perlahan. Antara dengar dan tak dengar. Takut kena tengking.
"Aku bukan mama kau. Mana Haqeem?," Qalisya mengabaikan soalan remaja yang tidak pernah dia anggap sebagai anaknya itu.
Macam yang dia sudah agak, mama tak akan anggap dia sebagai anak kandung. Hanya anak buangan.
Qayra tersenyum pahit. "Dia ada training kat uni."
"Bagus anak aku tu. Kau? Tercegat buat apa kat sini. Tak masuk sukan apa-apa? Patutlah pemalas. Akademik pun bukan bagus pun. Kau tak boleh ke ikut perangai Haqeem? Kalau aku tau dulu kau macam ni aku dah buang kau tepi jalan dulu," ucapnya, tanpa rasa bersalah sambil tersenyum sinis. Dia dah lama berdendam dengan perempuan ini. Sebab dia, suami tercinta dia mati!
Tangan dinaikkan dan mengibas-ngibas leher, kononnya panas. Qalisya berlalu ke dapur dan membiarkan Qayra berdiri seorang diri disitu.
Air mata yang sudah mula bertakung dia lap. Itulah keadaan mereka sejak dua tahun yang lepas.
Tak apalah, dia dah biasa.
Terus dia naik semula ke atas.
Frame gambar yang terletak di atas meja solek diambil dan kemudian dia baring di atas katil.
"Qif, kenapa kau tinggalkan aku?," perlahan-lahan, air matanya jatuh.
"Kau tau tak? Aku terseksa kau tak ada kat sini. Aku perlukan dua orang kuat aku. Aku mengaku aku tamak. Aku tau aku dah ada Haqeem tapi tanpa kau, aku rasa aku tak boleh nak hadap mama. Mama benci aku Qif. Aku tak tau nak buat apa supaya mama maafkan aku. Dulu kena maki, pukul apa semua dengan ayah, sekarang lepas korang tak ada, mama pula yang gantikan ayah, cuma bezanya dia tak pukul aku, dia tak anggap aku sebagai anak. Aku tak kuat Qif," air matanya semakin lama semakin deras.
"Betul ke aku salah? Aku tak sempat nak pegang tangan ayah. Kalau aku sempat-
Mungkin kau hidup lagi."
AATIQ menghirup udara bersih pagi itu. Selalunya dia datang ke sekolah naik kereta, tapi sebab nak terserempak dengan Qayra punya pasal, dia sanggup naik basikal pergi sekolah.
Alang-alang tu boleh exercise. Kurus sikit badan.
Tiba di satu lorong berdekatan sekolah, tubuh seorang perempuan memakai baju kurung sekolah.
"Seorang je ke?," sapa Aatiq kepada perempuan tersebut.
"Tak, bertiga ni ha," jawabnya sambil menunjukkan sebelah kirinya. Masalahnya, sebelah tu tak ada orang.
Kening Aatiq bertaut. Pelik. Aku jumpa orang gila ke kat sini?
"Aku guraulah. Ye jalan sorang. Ada nampak sesiapa ke kat sini selain aku?"
Aatiq menggeleng dan kemudian tersengih.
Kring! Bosannya ringtone perempuan ni.
Telefon dilekapkan ke telinga selepas menggesek icon telefon berwarna hijau.
YOU ARE READING
MAKE YOU MINE [ discontinued ]
Novela Juvenil- sad to say, it's all a lie [ discontinue ] Ini cerita tentang Qayra Amalin, seorang gadis biasa yang dibenci emaknya. Dia hidup berdua di dalam satu rumah bersama abangnya. Hadirnya Aatiq Zafran, si pengawas biasa yang menerima cabaran Qayra untuk...