enam

1.2K 196 20
                                    

Gadis yang sedang berjalan menuju ke koridor untuk memasuki kelasnya itu berdecit perlahan apabila dia dilanggar seseorang. Buku buku yang dipegang tadi terjatuh di lantai membuatkan dia menunduk untuk mengambil buku buku itu semula. Sedang dia mengutip satu persatu buku itu, ada tangan yang membantunya secara tiba tiba membuatkan dia mengerutkan dahi. Semestinya dia terkejut, apa orang ini tidak takut kah dibuli kalau dia menolong aku?.

Tanya sajalah semua pelajar di Highschool itu, mereka sudah diberi amaran keras daripada Taeyong untuk jangan menganggu Hanseul.

Kerana apa?

Kerana dia tahu gadis itu terlalu membencikanya, jadi hanya dia yang boleh membuli gadis itu. Takut? Hanseul sudah biasa dengan semua itu, Sakit? Dia sudah selalu dibuli jadi dia sudah masak dengan semua kelakuan orang padanya.

Hanseul si gadis malang lagikan bodoh, gelaran orang padanya.

Tanganya merampas buku ditangan lelaki itu laju sebelum dia melajukan langkah menjauhi sidia. "Tunggu!", Tangan dipegang kemas membuatkan badan refleks berpusing kebelakang. "Lebih baik kau jangan sentuh aku", Tangan lelaki itu ditepis kuat membuatkan lelaki itu tersentak. "Hey saya tak buat apa apa lah, cuma mahu minta tolong tunjukkan dimana pejabatnya", Lelaki itu menguntumkan senyuman petak sebelum kepala gadis itu diusap lembut.

Mata mata yang berada di koridor itu menuju ke arah mereka membuatkan lelaki itu mengerutkan dahinya hairan. "Kenapa mereka pandang kita begitu?", Soalnya. "L-lebih baik kau pergi, jangan ganggu aku lagi. Tanya sahajalah orang lain aku sibuk", Lelaki itu tertawa perlahan. "Kau tahu, aku rasa sekarang bukan masanya untuk belajar kenapa kau perlu sibuk?", Hanseul menghela nafas kasar.

"Berhentilah tanya aku, ramai lagi kan orang boleh kau tanya!", Dia meninggikan suaranya apabila lenganya dipegang kuat oleh lelaki itu. "Kau takut Hanseul?", Riak wajah gadis serta merta berubah apabila dia mendengar kata kata yang meluncur dari mulut lelaki itu

Bagaimana dia tahu nama aku?

"Aku mahu kau, mahu kau sahaja untuk tunjukkan aku jalan. Bukan orang lain".

Lelaki ini, Siapa dia sebenarnya?.

FuckboyWhere stories live. Discover now