'YA Allah bantu aku.'
Ting Tong!
Ting Tong!
Seketika kedengaran Tengku Dayren Daniel mendengus kasar seraya bangkit dari menindih tubuh kecil Alisha Dahlia.
Siapalah yang mengganggunya itu. Dia sumpah kalau orang itu tidak penting, malam ini juga dia bunuh. Huh!
Alisha Dahlia yang mendengar lonceng itu membuka matanya semula. Kelihatan, Tengku Dayren Daniel sudah bangun dari menindihnya. Keluhan lega dilepaskan.
'Alhamdulillah, terima kasih ya Allah'. Syukurnya dalam hati.
"Stand up. Kemas katil tu semula." Ujar Tengku Dayren Daniel dengan wajah dinginnya. Langkah diatur keluar dari bilik tersebut.
Tanpa membuang masa, Alisha Dahlia terus bangkit dari baringnya seraya merapikan semula katil yang sedikit berkedut itu. Air mata dihapus kasar.
Seketika Zara dan Aiman pula keluar dari bilik wardrope dengan peralatan mengemas mereka. Alisha Dahlia hanya tersenyum kelat kearah mereka. Kurang sudah perasaan takutnya apabila Zara memandangnya dengan senyuman manis.
"Selesai dah?" Soal Zara bersama kedua kening dijongket tinggi.
Alisha Dahlia hanya mengangguk.
"Okay, dah jom." Kata Aiman pula kemudian berlalu keluar dari bilik tersebut, diikuti Alisha Dahlia dan Zara.
Apabila sampai sahaja diruang tamu tempat mereka berkumpul pada mula-mula masuk tadi, kelihatan Tengku Dayren Daniel sedang berbual dengan seseorang.
Seorang lelaki, yang sedang duduk santai dengan kaki disilang keatas meja kaca yang berada dihadapan sofa tersebut.
"Ehem, maaf mengganggu Tengku." Tegur Aiman dengan sopan. Alisha Dahlia dan Zara hanya menundukkan kepala.
Tengku Dayren Daniel menoleh selepas mendengar deheman dan kata-kata Aiman. Berdiri seraya mengatur langkah kearah mereka bertiga. Lelaki yang sedang duduk santai itu hanya memerhati.
"Kami dah siap kemas semula Tengku. Tengku bolehlah check." Sambung Aiman lagi apabila Tengku Dayren Daniel hanya mendiamkan diri.
"Good. You guys may go now." Ujarnya dingin. Mata hanya tertumpu kearah kegemarannya---
Alisha Dahlia.
Dia tahu gadis itu masih takut dengannya selepas apa yang dia lakukan pada gadis itu sebentar tadi. Namun, seperti biasa tiada langsung rasa bersalah terdetik dihatinya.
"Baik Tengku." Jawab mereka bertiga perlahan kemudian membawa langkah keluar dari bilik menggerunkan itu.
*****
TANGAN ligat mengemas barang yang telah digunakan untuk mengemas hari ini. Peralatan yang sentiasa digunakan untuk mengemas bilik-bilik yang tidak mempunyai pengunjung lagi. Seperti biasa itulah tugas mereka dibahagian housekeeping department itu.
Jam sudah menunjukkan jam sebelas empat puluh minit malam. Menandakan waktu bekerja mereka akan tamat tidak lama lagi.
"Ha, Lia dah siap ke?" Soal Zara yang baru masuk kedalam bilik peralatan mengemas bersama, Reen dan Melinda. Mereka juga baru sahaja selesai mengemas.
"Hmm. Dah." Jawab Alisha Dahlia ringkas sambil mengangguk seraya tersenyum kearah rakan-rakannya itu.
"Ok kau tunggu jap, aku nak kemas barang ni dulu. Lepas tu aku nak tukar baju kejap, baju aku kotor lah." Ujar Zara dengan wajah masamnya. Kemudian berlalu ke almari penyimpanan peralatan mengemas.
YOU ARE READING
The Real Self
AksiOn Going . . ALISHA DAHLIA sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwa kaum Adam hanya kerana memiliki rupa paras yang anggun dan sikap rendah diri yang dimilik. Namun kehidupan gadis yang baru berusia 17 tahun itu tidaklah seperti remaja lain. Hidup...