Keesokan paginya, Fatin bangun dan menyedari cikgu shakiram sudah tiada di sebelahnya. Fatin cepat cepat mandi dan turun ke bawah. Fatin melihat semua sudah duduk di meja makan. Fatin menahan malunya dan duduk di meja.
"Adik, adik bukan anak dara lagi. Jangan lah bangun lambat lagi". Kata mama.
" Ma, tadi shakiram yang suruh dia tidur dulu sebab malam tadi dia tak boleh tidur". Kata cikgu shakiram.
"Ha yelah. Esok esok bangun awal". Kata mama.
" Esok esok memang bangun awal sebab sekolah". Kata Fatin.
Fatin hanya berdiam sahaja Cikgu shakiram membohong tentang nya. Abang Aidil memberitahu bahawa mereka ada shooting pada pukul 12 . Fatin mengangguk kepala tanda faham.
Fatin bersiap siap untuk pergi shooting. Cikgu shakiram memandang Fatin yang sedang bersiap siap di hadapannya. Fatin berasa tidak selesa terus memandang ke arah cikgu shakiram. Cikgu shakiram terus membuat muka merajuk.
"Kenapa pandang pandang? ". Tanya Fatin.
"Sayang ada mintak kebenaran abang ke sayang nak shooting ni? Tak berkat tau kalau sayang keluar tanpa kebenaran suami". Kata Cikgu shakiram.
" Wahai suami tercinta, bolehkah dinda pergi shooting sebentar ". Tanya Fatin.
" Boleh. Jangan balik lambat sangat tau". Kata cikgu shakiram.
Cikgu shakiram tersenyum pada Fatin. Fatin terus bersiap siap dan tunggu abang abangnya di bawah. Tepat pukul 12 mereka terus bergerak pergi ke lokasi shooting.
Fatin masuk ke kereta dengan perasaan gugup kerana ini kali pertama dia akan berjumpa dengan para trainer secara depan depan. Abang Airil membrifing tentang shooting itu kepada Fatin.
"Abang, nanti mesti habis lambat kan. 101 orang kot nak di uji? ". Tanya Fatin.
" Tak tahu lah, tengok lah macam mana". Kata abang Airil
Mereka meneruskan perbincangan tentang shooting itu di Kereta. Sampai di lokasi, Fatin melihat semua jurulatih sudah datang dan menunggu mereka. Mereka terus masuk ke ruangan mereka. Mereka dapat melihat para trainer dari skrin besar yang disediakan. Fatin kagum melihat besar studio itu dan kelihatan sama dengan versi Korea.
"Wah, besar betul. Tak sangka buat betul betul macam Korea. Banyak betul kerusi tu". Kata Fatin.
Para jurulatih ketawa melihat Fatin seperti budak kecil. Mereka melihat para trainer masuk satu demi satu. Fatin sangat terkejut melihat muka muka para trainer yang membuatkan dirinya sendiri terpaut pada mereka.
Setelah semua trainer duduk, ismail izzani masuk dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada para trainer. Fatin dan jurulatih yang lain bersedia untuk berjumpa dengan para trainer. Setelah di panggil oleh Ismail izzani para jurulatih pun keluar dan berjumpa dengan para trainer. Hanya Fatin sahaja yang tersenyum riang melihat para trainer. Yang lain masuk dengan muka bengis. Semua melihat Fatin dan tersenyum. Para jurulatih mengenalkan diri masing masing. Sampai giliran fatin, semua bersorak kuat. Semua bersorak untuk Fatin. Fatin berasa malu dan menutup mukanya.
" Korang walaupun tengok dia senyum manis macam ni, dia lah orang paling tegas akan menilai korang nanti". Kata abang Aidil.
Semua menjadi senyap. Para jurulatih duduk di meja di hadapan para trainer. Setelah Fatin duduk sahaja di situ Fatin seperti menjadi orang Blair kerana sifat garang nya muncul. Penilaian para trainer dimulakan. Fatin duduk di tengah tengah meja menandakan Fatin lah yang akan memberikan Class mereka mengikut kehebatan mereka. Para trainer terkejut dengan penilaian Fatin yang tegas sehingga tiada yang mendapat Class A. Setelah lama mereka shooting, mereka berehat sebentar . Fatin keluar untuk menelefon Cikgu shakiram.