"Hello.. Assalamualaikum.. Abang Il kat mana ?"
"Waalaikumussalam.. Abang kat kedai lah. Kenapa ?"
Hmm.. Orang ada kedai komputer sendiri gitulah. Memerap je lah kat kedai dia tu.
"Oh.. Busy tak? Nak mintak tolong ambik orang kat klinik Abang Am boleh ?"
"Kenapa ? Kereta Dinda mana ?"
"Tadi Mama pinjam. Tayar kereta Mama pancit. So, tadi Mama drop orang kat kedai buku."
"Laaa.. Kenapa tak naik Grab ke Taxi ke."
"Kalau orang boleh bangun dari wheelchair ni takdelah call Abang Il suruh datang ambil."
"Wheelchair ? Dinda kenapa ? Accident ke ?" Suara Abang Il dah mula risau. Tau pun dia nak gelabah.
"Ala, terjatuh je tadi. Kaki terseliuh. Abang Am ni suruh orang pakai wheelchair. Tak bagi gerak banyak. Nak suruh dia hantar, tapi patient dia tengah ramai." Aku bercakap sambil memintal hujung tudung.
"Haihh.. Macammana boleh jatuh. Okay, tunggu sana. Abang Il datang sekarang."
"Baiklah."
Aku memerhati orang di dalam klinik Abang Am. Macam-macam ragam. Aku menoleh pula ke arah kaunter. Ada dua orang pembantu klinik sedang berbisik-bisik sambil mata sesekali terarah ke arahku.
Hmm.. Gosip jelah kerja korang ye. Aku tak kenal pun staf Abang Am sebab jarang sangat datang sini. Lagi pun klinik ni Abang Am partnership dengan kawan baik dia, Abang Zul aka Doktor Zul Kiflee. Aku pun selagi tak sakit, tak ada lah menepek kat sini. Kalau sakit pun better telan Panadol jelah.
Aku kebosanan. Tangan mencapai majalah di rak yang di sediakan. Menyelak satu-persatu halaman dengan pandangan kosong. Tak terasa nak membaca. Selak lagi beberapa muka surat dan sampai di halaman ke 10, mataku terpaku. Gambar pelakon lelaki paling di minati abad ini, Zafran. Menjadi kegilaan gadis-gadis muda. Tapi bukan aku. Tidak lagi. Aku mengeluh berat. Jika di beri peluang, memang aku mahu putar semula masa dan tak nak kenal dengan lelaki bernama Zafran. Kenangan lama terlayar kembali.
Flashback..
"Zaf !" Laungku dari jauh.
Zafran yang sedang berjalan bersama dua orang rakannya menoleh.
"Sekejap." Panggilku. Sudah dua hari lelaki ini mendiamkan diri. Tidak menjawab panggilan telefon dan sms daripadaku.
"Korang gerak dulu. Nanti aku datang." Sempat aku terdengar perbualan Zafran dan dua orang rakan baiknya. Aku kenal baik dengan mereka berdua. Sesekali ada bertegur sapa apabila berselisih dengan mereka.
"Ada apa ni ?" Riak wajahnya tanpa rasa.
"Marah saya ke ?" Tanyaku.
"Nak marah kenapa ?" Soalan berbalas soalan.
"Jangan lah macam ni. Dah dua hari saya call, whatsapp awak tak jawab pun."
"Saya busy lah. Assignment banyak nak kena siapkan. Awak pun ada assignment jugakkan ?"
"Tapi takdelah busy sampai tak boleh nak angkat call, reply whatsapp." Aku cuba berlembut walaupun rasa nak marah.
"Awak panggil saya ni semata nak cakap pasal ni ke ?" Aku lihat muka Zafran sudah berubah.
"Habis tu bila lagi saya ada masa nak jumpa awak ? Awak pun asyik busy je. Kejap bola, kejap assignment, kejap lepak dengan kawan. Habis masa dengan saya ?"
Zafran mendengus.
"Matang sikit boleh tak ? Dah besarkan. Saya bukan keluar dengan perempuan lain pun yang awak nak jealous. Semua lelaki. Awak pun kenal dia orang, kan ?" Suaranya naik sedikit. Nasib baik takde orang yang dekat dengan kami.
YOU ARE READING
HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
Romance"Saya lepaskan awak.." Zafran. "Apa salah saya.. ?" Dinda Zulaikha. Di tinggalkan tanpa sebab membuat Dinda Zulaikha hilang arah. Sakit dan kecewa terpaksa di telan walau hati tidak rela. Cinta yang di sulam bertahun-tahun bersama Zafran akhirnya te...