LAYAR

20 3 0
                                    

Imaginasiku dipenuhi tugas-tugas yang harus aku bereskan. Tidak bisa ditangguh, harus disempurnakan sebelum senja menjelma. Kerana, dimahukannya ketua pada malam yang sama. Fikiranku berantakkan memikirkan apalah yang harus aku katakan, yang ada cuma jemariku menaip laju ditemani merdu musisi menyampaikan lagu-lagu.

Gelap itu, bibirku berancak kencang membicarakan rencana yang telah aku pancang. Seusai dihabisi dengan ucapan terima kasih, lalu diminta ketua membuka kamera. Iyalah, ini persuaan pertama kami dikalung organisasi. Aku yang lagi sibuk membaiki kekurangan isiku enggan mengikuti diskusi. Kerana, pada hematku tidak penting hanya untuk diskusi kosong. Obrolan mereka terus-terusan bersuara di kantung speakerku sebelum hadirnya suara kecil yang menyampuk di benakku. Pengamatan pada kerjaku terhenti, sepi.

"Siapa?". Ujarku sambil meluru membuka perbincangan hangat yang berlangsung.

Cinta selalu bersemi di tempat, waktu, dan situasi yang tak terduga. Laksana mentari di tengah temaram; hijau di antara gersang. Kata mereka, cinta itu datang tiba-tiba, cinta itu buta.

Tidak.

Cinta datang mengendap-ngendap menyusup ke urat nadimu, meledakkan jantungmu, lalu meninggalkanmu dengan kerinduan yang tak terucap kata.

Engkau yang hanya bersikap biasa, menyandarkan belakangmu di dinding kamarmu, membuatku kaku melihatmu di layar peranti lamaku. Jemariku mengusap belakang leherku, aneh. Aku yang menghabisi jambatan hatiku kerana efek drama asmara yang tidak berdampak baik. Kini, aku menganyam kembali jambatan yang aku robohkan. Mati-matiaan aku berkata pada cermin bahawa perasaan ini hanya euphoria sesaat, yang akan hilang dalam hitungan hari. Mana mungkin aku semudah itu jatuh cinta pada sesosok tubuh yang aku belum mengenal empunya. Aku, hanya mampu menyerah membenarkan perkenalan kita dimulai.

Entah, jatuh cinta itu mudah. Kau hanya perlu terpanah asmara, lalu jatuh. Yang sulit itu menghadapi risiko berdiri sendirian dengan hati yang terluka. Kasmaran itu mudah, kau hanya perlu senyum-senyum sendirian sebelum beradu. Yang sulit itu menghadapi risiko terbangun dengan hati yang patah tanpa ada yang mampu merekatkannya kembali.

Aduh, tidak mahu lagi diriku menjadi mangsa cinta yang ganas merenggut jiwa.

Seketika WaktuWhere stories live. Discover now