PERSOALAN

10 1 0
                                    

Fikiranku jauh bermeditasi memikirkan soal hidupku. Bagaimana harus aku menongkah hidupku? Bagaimana aku meninggal kelak? Dimana rohku melangkah di alam sana? Adakah syurga hadiahku, ataupun neraka sebagai hukuman?

Entah bagaimana cara matiku kelak, hidupku cuma sekali. Apa mampu aku menggunakan kesempatan ini untuk menjadi insan berguna. Berjuta "kenapa" menusuk pemikiranku. AHHH, lupakan saja celoteh yang bermain di kepala. Aku cuma mahu melayari hidupku dengan kenikmatan dunia.

Cuba pandang langit dan beritahuku,apa mungkin tuhan menciptakan manusia hanya untuk terkongkong dalam satu ruangan, bekerja mati-matian, lalu lupa akan nikmat hidup? Aku rasa tidak. Hematku, manusia diutus di muka bumi untuk tujuan yang lebih besar. Bukan hanya untuk duduk mengadah tangan berdoa. Sebaliknya, menghayati ciptaan-Nya, menjaga alam yang dibentuk, dan kekal berusaha untuk mencapai keberkatan-Nya.

Lamunanku jauh terbentang di pelusuk waktu. Kulihat jam, sudah tepat dua belas jam malam melengkapkan tarikh yang sama orang tuaku meninggalkanku. Sudah sedekad silamnya ayah pergi meninggalkan anak-anaknya. Waktu itu, aku masih kecil, hidupku cuma dipenuhi permainan, tiada rasa tanggungjawab, kepala ku tidak harus gering memikirkan hal-hal orang dewasa. Lalu, diterima khabar pemergian ayahndaku.

Luluh, hancur hatiku. Ku rebahkan tubuh, berusaha menelan bulat-bulat kenyataan. Aku menangis sedih melihat sekujur tubuh berbalut kain putih itu adalah Heroku. Bukankah tuhan itu maha Esa, maha pengasih, dan maha penyayang? Lalu, kenapa diambil orang tuaku saat aku masih belum puas melayari cintanya? Apakah tuhan tidak kasihan akan aku yang masih kecil? Apakah tuhan tidak sedar akan adik bongsu ku yang berumur kurang setahun itu masih belum mengenali ayahnya? Aku menyoal tuhan, kenapa harus diberi azab seperti ini?

Aku sakit, kenapa harus ada rasa sakit. Apakah tuhan tidak menyayangi hambanya sehingga menghukum sebegini rupa?

Tidak.

Kata ibu, sakit itu penghapus dosa. Sakit itu tanda tuhan peduli padamu. Tuhan menciptakan cinta pada manusia agar kita tidak lupa cinta pada-Nya. Ada sahaja caranya menenangkanku. Walaupun aku tahu, sakit ibu lebih daripadaku.

Manusia itu sifatnya sementara, cinta juga sama. Jikalau begitu, perlukan aku jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya? Bukankah cinta itu hanyalah sementara? Lantas, apa itu cinta jika hanya pengakhirannya membuat aku juga yang terluka?

Entah, aku biarkan saja persoalan yang bermaindi minda lalu aku menyapa senaskah Al-Quran yang sudah lama aku tinggalkan. Berdebu,senantiasa menunggu aku membaca isinya. Aku hadiahkan bacaan untuk ayahku,mendoakannya agar selalu berada bersama golongan yang melangkah ke syurga.

Seketika WaktuWhere stories live. Discover now