"Aduhhh", jeritku dalam benakku.
Bagaimana aku bisa termakan racun yang dihamburkan rakan karibku itu. Katanya, kalau tiada pemula, tiadalah pengakhirnya.
Sepotong ayat ringkas "apa khabar?" yang aku kirimkan lewat aplikasi di telefon genggam ku itu membuatku resah. Gelisah aku menanti jawapan permaisuri yang mengarahkan bala tentera rama-ramanya mendekati hatiku yang menjadi bunga dikala penangan malam itu. Ahh, sudah seminggu aku menjadi gila. Membayangkan dirinya di cakerawala minda, yang tak tercapai akan diriku yang berdiri sunyi di bumi hati. Aku sempat meminta agar tuhan menformat ingatanku tentangmu. Tetapi, tetap berulang kali bayangan dirimu bermain-main di akal celikku.
Ahhh, aku buntu.
Lalu aku terima notifikasi kau membalas utusanku. Sungguh aku takut reaksimu yang tidak seirama dengan imaginasiku. Tanganku menggengam erat peranti sentuhku itu. Debarannya kencang, jantungku berdegup laju seperti keretapi Shinkansen. Sungguh aku tidak mengerti perasaan aku sewaktu-waktu. Balasmu "khabar baik" itu saja cukup membuatku terdiam kaku, entah apa reaksi yang harus aku lakukan. Mahu saja aku menari-nari mengikuti iringan hatiku yang girang saat terima balasanmu. Bagaimanapun, akal warasku menyedarkanku untuk bersikap professional. Tidak mahu aku ditendang rakan-rakanku jikalau aku menari-nari keseronokkan di hadapan mereka.
Kau berhasil membuat hatiku yang membeku seperti di kutub utara, menghijau lalu menghamburkan bunga-bunga seperti di taman Australia. Ingin sekali aku meluahkan rasa cinta padamu. Tapi, enggan aku merosakkan angan-anganku yang berkhayal tentangmu selama seminggu itu. Aku menepuk pipiku, menyedarkan diriku dari lena kegirangan. Aku menghela nafas panjang diikuti akalku yang memikirkan apa yang akan aku bicara seterusnya.
"sedang berbuat apa?", Lontarku dengan niat ingin mengenalimu.
"tidak berbuat apa-apa" katamu.
Bicara kita berterusan seperti burung-burung yang berkicauan di kala senja. Tiada noktah umpama waktu yang tidak berhenti walau sesaat sebelum kau meminta izin untuk beradu.
Keheningan pada malam itu dihiasi soalan-soalan yang aku lontarkan padamu. Kau menjawabnya tenang, tanpa ada sebarang permasalahan. Sekali-sekala aku melontarkan gurauan senda untuk menceriakan bait-bait kata dalam kolum chat kita. Aku tersenyum panjang sebelum menarik selimut membaluti tubuhku yang dipenuhi bunga-bunga cinta. Aku, lena dalam khayalan obrolan kita malam itu, masih aku ingat kata-katamu menyatakan ingin berbicara lagi denganku bila pagi menjelma keesokkan hari. Sungguh, hatiku tidak sabar menanti tibanya esok agar aku bisa lagi bercakerama dengan mu. Lalu aku menutup lampu kamarku, mataku tertutup rapi, bibirku tersenyum menyerlahkan seri.
Keadaannya gelap.
Yang bercahaya cuma aku. Cahaya cinta padamu.
YOU ARE READING
Seketika Waktu
ПоэзияIni adalah coretan hidupku, apa yang bakal kau baca, adalah kisah seketika dari hidupku. Ingin mendengarkan nasihatku? Cuba kau baca diiringi merdu instrument bermain di speakermu. Cubalah membuat carian di internet, "Meditation-monoban". Perca...