Tidurku tersadar ketika jam waktu berdering mengejutku bahawa sudah tiba waktu untukku bangun melihat mentari. Hari yang berbeza, waktu yang berbeza, masa yang berbeza. Namun, masih dengan perasaan yang sama, menunggu pesan darimu masuk ke telefon tanganku. Sekadar "selamat pagi" akan menjadi dua kata paling bermakna untuk mewarnai hariku. Ternyata tidak ada.
Apa mungkin kau mengkhianati janjimu dikala malam itu? Tidak sabar ingin berdiskusi denganku. Tidak apalah, mungkin saja para burung-burung lupa mengicaukan suaranya membangunkanmu dari lena.
Atau mungkin, pagimu sudah diisi dengan kesibukkan dunia hingga kau tiada masa untuk mengirim pesan buatku? Tidak apa, aku tidak pernah memandang buruk akan dirimu. Kau yang begitu sempurna, tentu tidak layak untuk diperlihat sebegitu rupa.
Pagi berganti siang, siang berganti senja dan seterusnya. Malam itu, aku masih menanti utusanmu. Apa kita masih di zaman purba? Untuk menyampaikan pesan, harus melewati hutan rimba atau menjelajahi gunung-ganang Banjaran Titiwangsa. Sepertinya Hang Tuan ingin bertemu Tun Teja. Kita bukan di zaman dulu-kala, harus merentas kesusahan sebelum mampu bertentang mata. Ayuhlah, buka HP mu itu, tegurlah jiwaku yang menunggu pesanmu.
Kata mereka, hidup ini umpama buku. Kita takkan mampu menuju ke bab selanjutnya jika hanya terpaku di bab sebelumnya.
Mungkin saja aku lupa, aku lelaki dan kau wanita. Tidak seharusnya kau yang memulakan bicara. Aku mengirimkan salam sebagai pemula kata. Berharap kau akan membalasnya.
Hatiku terluka, tertunjuk di layarku kau sedang dalam talian. Membuktikan kau sedang menyisihkan masa di alam maya. Mengapa kau tidak membalas salamku? Cukuplah kau menghantui hidupku, menjelma di setiap mimpiku. Cintaku, Janganlah pula kau menghantukan kolum chat itu.
Aku hampa, hatiku sesal, fikiranku bercelaru. Apa mungkin niat baikku disalah erti sehingga membuat mu terasa terganggu. Aku tetap menunggu balasanmu seperti menanti cahaya; tidak menyerah walau langkah melemah. Tidak berserah walau jiwaku gundah. Entah mengapa hatiku berkata kaulah orangnya. Gemintang keras menyemangatiku, terlalu jauh sorak sorainya untukku nikmati. Di sini sunyi tanpa ingar bingar. Entah mengapa hatiku berkata, kau akan datang, membalas pesanku.
Aku rindu akan dirimu. Aku pasti, rindu itubukanlah titik noktah yang menanda pengakhiran kata. Rindu itu hanyalah gariskoma yang menanti akan sambungannya. Aku berharap kau tidak berat untuk menjadipenyambung rinduku.
YOU ARE READING
Seketika Waktu
PoetryIni adalah coretan hidupku, apa yang bakal kau baca, adalah kisah seketika dari hidupku. Ingin mendengarkan nasihatku? Cuba kau baca diiringi merdu instrument bermain di speakermu. Cubalah membuat carian di internet, "Meditation-monoban". Perca...