Isyarat yang aku lampirkan, disambut dengan tawa kecilmu. Kataku, aku ingin sekali memberi sesuatu padamu lalu berjumpa denganmu. Berani saja seorang petani bawahan ingin berjumpa permaisuri di istana. Apa layaknya aku melangkahkan kaki yang kotor akan tanah dan selut ini melangkah ke sana? Walhal, menjenguk kepala saja sudah rasa berdosa.
Kau yang terlalu indah untuk kubiarkan berkeliaran di media. Tumbuh harapan dihati; berharap kelak dapat kutemui senyumanmu yang sesungguhnya. Dan bukan hanya foto-foto yang kau kirimkan lewat aplikasi. Dan jika tidak berlebihan, aku ingin menjadi insan yang membuatmu tersenyum. Senyum itu, aku rela mati untuk setiap pertunjukkannya.
Aku mengenakan busana favoritku. Berkaos putih dan dihiasi outerwear flannel kotak-kotak kesukaanku. Lalu, saat ingin berangkat keluar, sepertinya alam tidak mengizinkanku. Tampak langit yang mendung dan angin bertiup sepoi menandakan hujan yang bakal membasahi bumi. Aku kecewa, ada-ada saja yang tidak kena bila mahu bersamamu. Tapi hatiku keras kepala, lalu berkata bahawa kau pantas untuk segala pengorbanan. Aku tanpa menghiraukan akan hari, menyetel tunggangan burukku itu.
Lalu aku dihampiri rakanku, menawarkan keretanya sebagai pengganti motor burukku itu. Katanya, guna sahaja. Pergilah kau berjumpa dengannya, hilangkan gundah dihatimu, aku ingin melihatmu tertawa bahagia. Nanti saja kau mundar kesana dengan tungganganmu. Hujan masih menunggu waktu, nanti dirimu basah kuyup. Ingatlah sahabatku, pandangan pertama merupakan segalanya. Mesti kau tidak ingin dirinya melihatmu sebegitu.
Lagi pula, dengan berkereta mungkin kau bisa membawanya keluar melihat senja. Usik rakan karibku.
Aku menggangguk faham diiringi senyum sinis usikkan rakanku. Lalu kuambil kunci lantas menyeter ke istanamu. Cintaku, apa kau tahu yang ada di sisi penumpang hanyalah hadiah yang ingin aku berikan padamu. Iya, sebungkus hadiah berisi kek kesukaanku sebagai pengganti rindu yang tak terucap di bibirku. Lalu kuselit sepucuk kad mini dalam bungkusan itu, tertulis ungkapan ringkas "Hai :)". Apa kau tahu ungkapan itu membawa seribu pesan hatiku yang tak terluah akan jemariku. Aku mampu bersastera dikala tanganku menaip puisi untukmu, tetapi melemah apabila mengungkapkan rasa yang harus aku sampaikan padamu.
Awan berarak manis ketika jalanan sunyi membawa aku mendekat padamu. Perjalanan itu hanya ditemani lagu-lagu merdu Bruno Mars. Aku menggaguminya, bintang pop yang punya segalanya hal di dunia, namun aku lebih menggagumi mu, bintang yang bebas di cakerawala. Kau tidak terikat akan waktu, dirimu bebas berkilauan di angkasa. Kau tidak perlu media massa menyampaikan segala perihal hidupmu. Kan ku biar kau bercahaya dengan caramu yang tersendiri.
Hujan mulai saja turun dipertengahan pelayaran. Ayuh bintangku, sinarkan cahayamu agar aku selamat tiba ke istanamu. Ingin sekali aku bertemu pemilik senyuman yang menjadi igauan malamku itu. Aku membawa kereta itu perlahan, mematuhi pesan rakanku.
"Baik-baik disana, biar lambat asal selamat".
Lalu aku tiba di istanamu, tersergam indah rumahmu, layaknya seorang permaisuri yang bertakhta di dalamnya. Kata mu, rumahmu pinggiran simpang, aku memarkir kereta berhadapan rumahmu. Lalu menelefonmu. Katamu, kau sudah berada di sana semenjak aku mengkhabarkan akan tiba beberapa minit lagi di istanamu. Leherku menjenguk di luar tingkap kereta, yang ku lihat hanyalah seekor kucing sedang tidur di ruangan hadapan rumahmu. Apa kau berubah membentuk seekor kucing, atau itu hanyalah utusanmu untuk mengambil pesanku? Apa aku tidak layak untuk bersemuka denganmu. Riang berganti hampa, apa kau tidak mahu menemuiku?
Lantas aku melihat lambaian tanganmu. Kau menyorok di balik tiang rumahmu. "Comel", kata hatiku. Aku menyoroti Langkah menghampirimu, yang ada sewaktu itu mungkin hanyalah jasadku. Rohku mungkin sudah kembali kepada sang Pencipta ekoran debaran kuat menelosok jantungku. Saat dihadapanmu, kau menutup wajahmu dengan telefon bimbitmu tidak membenarkan aku melihat rupamu itu. Seraya mengambil hadiahku lalu kau pamit undur. Yang tinggal hanyalah lambaian mu sewaktu Langkah ringan yang membawa pergi menuju istanamu. Menyisakan aku dengan hujan membasahi bumi. Tanpa mahu bertanggungjawab, kau tinggalkan aku terpaku sendirian.
Lidahku kelu, badanku kaku, hatiku membeku. Kejamnya dirimu tidak membenarkan aku menatap senyummu yang menjadi igauanku. Kau biarkan aku mati dibasahi hujan yang turun ke bumi. Aku terpana seketika sebelum menuju ke ruangan kereta dalam keadaanku yang basah. Entah, hatiku lebih dingin berbanding badanku yang basah kuyup itu. Yang tersisa, hanyalah lirikkan matamu yang sempat ku tatap seketika waktu. Kau bagaikan dadah dibawah akta. Aku bagaikan pencandu yang rela menggadaikan jiwa demi menatap matamu sekali lagi. Kenapa kau tidak mengizinkanku menatapi dirimu? Aku perlukan jawapan darimu.
Lantas kau menghantar pesan lewat aplikasi. Katamu, malu untuk bersemuka denganku. Tidak apalah, aku mengerti. Lagi pula ini pertemuan pertama kita bukan? Sedangkan aku pun menggagahkan diri untuk bertemu denganmu. Mesti kau juga begitu. Tidak apa, aku cuba memahami dirimu sambil menenangkan hatiku yang rapuh. Tidak apalah, aku sudah bahagia bisa mengenalmu, walau tidak bersemuka, kurang-kurangnya aku mampu melihat sosok tubuh yang menghantuiku.
Dan kereta ini membawa ragaku pulang. Tapi, hatiku tidak pernah pergi darimu. Tidak sedikit pun, tidak sekali pun. Setibanya aku di kamar indekosku, kau mengirimkan pesan bahawa kau menyukainya. Katamu manis sekali. Iya, aku memilih sesuatu yang sesuai dengan mu, manis. kau berkongsi dengan keluarga diraja mu. Aku turut gembira mereka menyukainya. Katamu hadiahku mahal, padaku tidak mengapa. Sedangkan jiwa dan raga pun aku sanggup korbankan untukmu, apalah pula sekantung wang untukmu.
Apa kau masih ingat aku berkata bahawa itu adalah favoritku? Sebenarnya aku hanya berdusta, aku menipu. Wang belanja ku tidak sebanyak itu, kantung walletku tidak selebat itu. Merasanya pun aku belum pernah, inikan pula mahu menjadikan itu favoritku. Tapi tidak mengapa, asalkan kau dapat merasanya pun, sudah cukup membuatku tersenyum bangga.
Aku, Bahagia.
YOU ARE READING
Seketika Waktu
PoesiaIni adalah coretan hidupku, apa yang bakal kau baca, adalah kisah seketika dari hidupku. Ingin mendengarkan nasihatku? Cuba kau baca diiringi merdu instrument bermain di speakermu. Cubalah membuat carian di internet, "Meditation-monoban". Perca...