Aku penat, bukan penat mencintaimu, tapi penat memendam rindu. Engkaulah batas antara imaginasi dan realiti; rindu yang menyapa di antara nestapa; luka yang terbawa di antara gelak tawa. Untuk berada disampingmu, aku rela melewati pijar neraka. Tak disisimu, apalah ertinya syurga?
Aku tidak mahir mengejar, tapi aku tahu cara menunggumu. Aku tidak mahir berkata-kata, tapi aku tahu cara mendoakanmu. Aku tidak mahir memberi saran, tapi aku tahu cara mendengarkanmu. Aku tidak mahir melawak, tahu akan ku usahakan agar kau Bahagia. Aku tidak mahir memimpin, tapi aku tahu cara menuntunmu. Aku tidak mahir untuk rela mati, tapi aku tahu cara hidup denganmu.
Apa itu cinta? Sampai bila engkau mahu memendam rasa? Apa hingga dia pergi kepada lainnya? Atau apa hingga nadimu beransur pergi?
Cinta itu ibarat tepukan gemuruh sorak sorainya layaknya di stadium. Kalau telapak tangan tidak bertemu, apa erti tepukan.
Sampai bila harus memendam rasa, luahkan saja. Risikonya? Biarkan saja. Bukankah kau juga ingin memperoleh jawapan untuk persoalan yang berlegar di kepala. Berusahalah, hasilnya biar tuhan saja mencontengnya.
Aku tidak tahu dimana hujung coretan ini, aku tidak mampu menjanjikan penghujung yang manis untuk nukilan ini. Apapun pengakhirannya, itu terserah padamu. Sang permaisurilah yang mencoret kisah ini. Perasaaan itu bukan soal timbal balik. Apa yang kau beri, belum tentu sama dengan yang bakal terima.
Kali ini aku tidak bisa mengelak. Aku yakin bahawa hatiku sudah ada di genggamanmu, menjadi hak milik untuk kau rawat, atau mungkin kau hancurkan. Namun, tidak perlulah aku berfikir terlalu jauh. Sekarang yang terpenting adalah mengatur Langkah agar engkau menjadi milikku. Aku harus menggengam hatimu. Kerana entah kau yang sejauh langit, atau sedekat langit-langit, bagiku kau bintang yang aku puja setengah mati.
Aku siap, ingin saja aku meluahkan rasa yang terpendam selama ini. Apapun reaksimu, aku sudah siap. Aku lelah sembunyi-sembunyi memikirkanmu. Mungkin kau pun sudah lelah pura-pura tidak tahu bahawa aku memikirkanmu. Apapun risikonya, aku sudah sedia.
Berjuanglah!
YOU ARE READING
Seketika Waktu
PoetryIni adalah coretan hidupku, apa yang bakal kau baca, adalah kisah seketika dari hidupku. Ingin mendengarkan nasihatku? Cuba kau baca diiringi merdu instrument bermain di speakermu. Cubalah membuat carian di internet, "Meditation-monoban". Perca...