Hai sang pembaca, apa kau membaca sehingga 'TERAKHIR?". Terima kasih wahai sang pembaca yang tidak ku kenali. Sebelum aku menyambung cerita, izinkanku bertanya akanmu sesuatu. Apa yang kau harapkan di penghujung cerita?
Sibuk sekali engkau ingin mengetahui hal ini itu. Apa kau ingin tahu nama sang permaisuri yang bercahaya bagai bintang di dalam coretanku ini? Lihat Kembali huruf pemula(yang aku besarkan font-nya) di setiap perenggan pertama di setiap bab; bermula dari bab PERTAMA hingga TERAKHIR. Cantumkannya, lalu kau akan memperoleh nama.
Dan apakah kau ingin tahu pengakhiran cerita? Apakah berlaku setelah aku meluahkan rasa. Apa engkau wahai pembaca masih belum mampu menempa pengakhirannya? Maka, izinkanlah aku menyambung cerita.
Tidak, aku tidak meluahkannya. Iya, aku pengecut. Benar, kalah sebelum berjuang adalah perasaan yang menyebalkan. Tapi aku takut akan reaksinya yang tidak seirama dengan imaginasiku. Apa aku yakin dia akan membalas cintaku? Sedangkan pesanku di kolum chat saja pun dia meninggalkanku dengan garis dua biru. Mendapatkannya saja aku sudah gagal, bagaimana pula aku akan memperjuangkannya?
Apa gunanya aku berusaha merebut cinta, jika setiap kali aku selangkah ke hadapan. dia menolakku mundur dua langkah ke belakang. Aku tidak pernah berputus asa mencintainya, mengaguminya, merindukannya. Aku hanya berhenti berusaha menunjukkannya. Aku harap dia faham erti diamku.
Ini bukanlah novel-novel cinta yang biasa kau baca, yang mana pengakhirannya tentu saja bahagia. Ini juga bukan puisi yang dipenuhi kata-kata puitis sang pujangga. Aku pun tidak pasti akan nukilan aku ni dikategori apa. Biarlah, bukannya aku mahu menerbitkan cerita layaknya di kedai-kedai buku. Ini hanyalah coretan tentang dirinya, tentang cintaku.
Suratku ini telah tiba pada hujungnya. Ada lara, tawa, kecewa, serta cinta yang kutumpahkan di dalamnya. Rangkaian emosi silih berganti, hingga akhirnya tersemat sebuah keikhlasan
Buatmu cintaku, aku tidak tahu apalah nukilan ini akan sampai ke layar sentuhmu agar engkau mampu menelaah isinya. Disini, seluruh perasaan yang tidak mampu aku luahkan melalui kata-kata, aku terjemahkan melalui sastera. Hatiku menginginkan kau membaca setiap isi hatiku. Sementara fikiranku mencegahnya ke mana-mana. Tidak mengapa, akan ku biarkan nukilan ini berlegar di alam maya, semoga pada suatu hari kau akan dapat membacanya. Jika kau tidak menemukannya, tidak mengapa. Biarkan hal ini terus menjadi misteri buatmu. Namun, bukankah dirimu jua yang memberi idea untukku menulis? Kau mengatakan aku terlalu cinta akan puisi dan menyarakanku menulisnya satu. Lalu aku persembahkan karyaku ini untukmu, cintaku. Aku ingin kau yakin, ada sesosok tubuh manusia mencintaimu sepenuh jiwa dan raga walaupun kau menolaknya.
Aku buatkanmu nukilan ini sebagai pengganti lagu-lagu yang kau nyanyikan buatku dulu. Aku tidak mampu membalas lagumu dengan laguku. Suaraku sumbing, tidak seindah yang kau dengari di kantung speakermu. Namun, aku ingin kau tahu bahawa rakaman suaramu yang bernyanyi merdu, dijadikan sebagai lullaby tidurku. Izinkan aku ya, meluahkan rinduku padamu dengan mendengar enaknya suaramu menuntunkan lagu-lagu.
Jika suatu hari kita bertemu lagi, dan aku tersenyum padamu. Aku berharap kau tidak berat untuk membalasnya. Mungkin pada saat itu, aku mengikhlaskan bahawa kau bukan milikku. Dan selamanya takkan menjadi milikku.
Dandi seketika ini, aku ingin katakana bahawa aku rindu padamu, cintaku.
YOU ARE READING
Seketika Waktu
PoetryIni adalah coretan hidupku, apa yang bakal kau baca, adalah kisah seketika dari hidupku. Ingin mendengarkan nasihatku? Cuba kau baca diiringi merdu instrument bermain di speakermu. Cubalah membuat carian di internet, "Meditation-monoban". Perca...