Aku tulis pengalaman yang aku rasa paling indah yang jadi antara aku dengan seorang insan yang aku nak dia ada dengan aku setiap masa sebagai peneman dan penghibur, walaupun hakikatnya kita tahu takdir dah tertulis cantik oleh tuhan , yang salah tetap salah tetapi jadikannya pengajaran agar lebih baik dimasa hadapan.
stranger: manoii ?
sekilas aku baca . Sebab masa tu focus aku kat tempat lain. " kau nak order apa ni ? "
Aku : kat mcd .
stranger typing ..
"aku tak kisah aku Ikot kau. " haish adik aku ni , apa susah sangat nak order pon aku tak paham. Aku tengah risaukan motor baru mak aku yang aku pinjam tu, nanti hilang mampus aku nak jawab apa. Mata aku ligat baca skrin depan aku . DOUBLE CHEESE BURGER -1 , AYAM GORENG MCD -4 KETUL AND MC FLURRY OREO -1 . Ala carte jelah malas nak piker , bukan duit aku pon. Jari aku tekan table service. Aku cari tempat paling dekat dengan pintu keluar, sebabnya aku pemalu.
stranger : jom lepak.
Aku : lepak mana ?
stranger : mcd la.
"aku orderkan ayam mcd untuk kau. takpe kan?" shit aku lupa adik aku tak makan pedas.
"okay je"
Aku : bile ?
"hi selamat tengahhari , sila ambik makanan ni, tempoh makan 30 minit. pintu keluar dekat sebelah kanan awak, kalau nak buang sampah dekat hujung sana" iye aku tahu semua tu. Sebab kat pintu masuk tu lagi dia dah cakap. senyum jela aku mampu.
10 minit berlalu.
" dah la jom balik." aku rasa tak ada rezeki nak jumpa harini.
++++++
harap korang enjoy !