Aku Ke?

11 0 0
                                    

Aku pandang raut wajah jejaka disebelah dengan reaksi bingung. Dah kenapa kau petik nama aku pula? Ke ada orang yang nama dia sama dengan aku?

"What?" Suara Ilham yang menyoal agak nyaring namun tertahan, menyebabkan pandanganku tertoleh ke arahnya.

"Apa hubungan kau dengan dia, Dan?" Soal Ilham lagi.

Eh eh.

Rasanya diorang bukan cakap pasal aku. Ni Shana Imanina lain ni.

Hmm entah la. Bahu aku jongket malas, lalu kepala kembali menghadap pintu lif. Rumah. Katil. Selimut. Bantal. Wuhuu.. Nak rehat.

"Takde apa-apa. We are totally stranger. But, this is the second- eh no. Third time kami terserempak." Tutur si Dan ni pula.

"Did you just count these as terserempak? Bukan tadi kau cakap tengah tunggu dia ke?"

"Alah. Sama je tu."

"Hmm.. Apa-apa jelah, Dan." Kedengaran lemau nada suara Ilham dihujung bicara. Hmmm mesti ada apa-apa ni. Kalau bukan pasal kerja, mesti pasal awek contrak dia tu. Wueh he he. Tasyabar nyer nak tauuu.

Ting! Pintu lif terbuka.

Aku dengan langkah bersahaja (tak nak la tunjuk yang aku ni penat sangat depan Ilham en? Jatuh maruah bhai. Dia tu dah la pantang nampak aku lemah sikit. Sepak jap gi baru tau!), keluar menuju ke arah keretaku.

"Eh kau nak gi mana pula? Bukan kereta kau depan tu ke?" Nada suara Ilham membuatkan aku menoleh memandang ke arahnya. Sekaligus, mengejutkan daku tatkala mata terpandang wajah Daniel yang kini berada di sebelahku. Tidak dekat. Just nice. A safe gap la for me.

Eh jap, sejak bila mamat ni kat sini?

Kening aku jongketkan ke atas.

Seperti faham, Daniel berdehem kecil sebelum menguntum senyuman manisnya buatku. Pehal mamat ni? Tak habis lagi ke tengah hari tadi?

"Nak nombor telefon." Ujarnya. Senyuman tadi masih setia dibibir.

Mataku terkedip mendengar ayat yang baru sahaja dia tuturkan.

"Why?" Soalku lambat-lambat.

"Nak save nombor. As my contact." Berkerut keningku mendengar jawapannya.

"Yah. But why? Aku tak kenal kau. Kau pun tak kenal aku." Ujarku lagi. Well, that's the fact dude.

"Sebab tu nak nombor. And then maybe we get to know each other better. Who knows, right?" Okay. Aku dah mula faham.

"Are you flirting with me right now?" Soalku terus. Takdenya nak simpang siur bagai.

Daniel seperti terkesima mendengar soalanku. Kemudian, tawa kecil terlepas dari bibirnya. Dia menunduk seketika sebelum mengangkat wajah dan memandangku kembali.

"I don't know if I'm flirting with you or not. But, i do want to be your friend. So, aku sendiri pun tak tahu nak jawab apa." Jawabnya seraya mengangkat bahu sejenak.

Aku pandang dia lama. Hmmmm.. Jawapan yang agak memeningkan kepala aku yang sememangnya berpusing sedari tadi.

Tapi jap. Dia ni kawan Ilham kan? And I assume him to know about that lil secret my brother want to keep from me.

So why not....... I use him to achieve my goal? Alah. Bukannya aku buat benda jahat pun. Aku berkawan je la dengan dia. Mana tahu nanti bila dia dah percayakan aku, he will tell me about Ilham and his girlfriend contract.

Wajah Daniel aku tatap dalam bersama senyuman yang penuh makna di bibir.

Tangan kanan aku hulur ke arahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

UnexpectedlyWhere stories live. Discover now