[ Doctor Jeon | jjk ]
Sudah masuk hari ketiga aku terperangkap di rumah kosong milik Doktor Jeon.Permainan utama bakal dia jalankan sebelah malam. Aku tidak perlu memprotes.
Aku masih ingat pesanannya.
Aku jinak, dia jinak.
Aku menghenyak punggung di kerusi. Dari jauh, aku lihat dia menerpa ke arah aku.
Wajah tegangnya menunjukkan bahawa ada sesuatu yang dia mahu aku lakukan. Aku harus persiapkan diri sebaik mungkin.
"Selamat pagi, Dr. Jeon." Aku menyapanya.
Sapaan aku sekadar dibalas jelingan kosong. Dia hulurkan aku sebuah buku berkulit tebal. Segera aku sambut pemberian itu.
Buku itu aku belek satu persatu.
Setiap helaiannya mempunyai puisi Inggeris.
"Bacakan aku buku. Pastikan aku lena. Hm?"
Aku tersentak. Dia merebahkan kepalanya di riba aku. Permintaan Doktor Jeon memang berada di luar jangkaan aku.
Perlahan lahan aku mengangguk.
Aku perhati gerak gerinya mengaktifkan satu aplikasi dalam telefon.
Sebelum matanya dilelapkan. Aku teguk liur.
Satu persatu helaian buku aku belek tanpa henti. Aku takut jikalau pilihan aku tidak menepati cita rasa lelaki itu.
Akhirnya aku putuskan untuk memilih satu helaian yang berlipat. Bertajuk ringkas.
Monsters.
+++
Ding ding. Aku meniru bunyi loceng.
Tubuh aku menggigil ketakutan. Tapi, aku harus menyambung bacaanku.
Bekas lipatan di tepi helaian ini seolah olah perangkap. Doktor Jeon mahu menguji aku.
Samada aku sanggup habiskan bacaanku.Ini tugas mudah. Aku yakin aku akan lulus.
Sekadar membaca sebuah puisi, bagi aku tiada masalah.
Tapi, kalau puisi ni berjaya membangkitkan amarah si Doktor Jeon, aku akan binasa.
The End. Buku setebal 3cm aku tutup.
Mata aku jatuh ke arah Doktor Jeon yang terlena berbantalkan riba aku.Ralit mata aku merenung dia sebelum aku dengar bunyi penggera dari telefonnya.
Automatik dia celikkan matanya.
Aku dapat lihat tubuhnya menggigil takut. Seolah olah ada sesuatu yang tidak kena.
"Doktor tak apa apa? Apa yang berlaku?"
"Janji temu kita dibatalkan."
Aku lihat sepasang matanya basah. Belum sempat aku hendak bertanya lebih lanjut, dia lekas bangkit dari pembaringan.
Rencananya gagal lagi?
Aku cukup keliru. Apa yang telah berlaku? Atau dia sengaja menyeksa akal fikiran aku?
Dia berlari ke aras dua. Bilik tidurnya dituju.
Aku raup wajahku.
Jadi, kali ini aku selamat dari binasa.
Aku hendak bangkit namun niat aku mati sebaik mata aku tertancap ke arah skrin telefon milik Doktor Jeon.
Ia memaparkan sebuah rakaman langsung.
Benar lah tekaan aku.
Pagi ini, dia bakal menerima tetamu dan kehadiran tetamu itu mengubah emosinya?
TBC
YOU ARE READING
[✓] DR JEON - JK
FanfictionLelaki yang aku gelar Doktor Jeon itu ialah majikanku. Aku terima offer untuk bekerja dengannya sebagai pembantu. Aku tanya di mana pesakit yang perlu kami uruskan. Dia jawab, "patient aku dah sampai. Lama aku tunggu."