Chapter 30

674 31 4
                                    





Aisha Umairah bersama dua orang sahabatnya Rose Mellisa dan Jasmine Saffiyya berjalan beriringan ke sebuah kedai buku Popular. Jasmine mengajak mereka temankan dia membeli buku rujukan.

Aisha meninggalkan Rose dan Jasmine yang sedang membelek-belek buku rujukan. Dia bergerak ke arah rak yang menempatkan novel. Pelbagai jenis novel berada di rak itu. Tajuk setiap novel diteliti. Sehingga dia tertarik pada satu buku.

SUAMIKU MAFIA

Tajuk yang menarik. Aisha tidak suka baca novel cinta dia lebih suka baca novel yang berunsurkan aksi dan fantasi. Tangannya diangkat untuk mencapai novel tersebut. Namun oleh kerana ketinggiannya pendek, ianya amat sukar. Aisha mengeluh. Takpe la lain kali boleh beli. Baru sahaja Aisha ingin melangkah kembali ke arah sahabatnya, ada suara garau menyapa.

"Nak novel ni ke?" Aisha memandang novel yang dihulurkan kepadanya. Dia tersenyum. Ada juga orang yang baik hati. Aisha memandang gerangan itu. Senyumannya pudar.

"We meet again. Kenapa keluar hospital tak bagitahu?"

"Perlu ke?" Tengku Aidan Amsyar merenung tajam anak mata biru gadis itu.

"Kau ada hutang dengan aku lupa?" Aisha mengerutkan dahi.

"Apa encik merepek ni? Bila masa saya ada hutang dengan encik?"

"Kau tak ucap terima kasih pun time aku selamatkan kau tempoh hari" Aisha menghembuskan nafas lembut.

"Saya tak minta pun encik untuk selamatkan saya. Kenapa encik tak biarkan saja saya kena langgar. Biar saya mati saja. Saya penat tahu hidup macam ni" lirih saja Aisha menuturkan ayat itu. Aidan tidak mejawab dia hanya merenung wajah gadis yang selalu menghantui tidurnya selama ini.

"Er... saya pergi dulu dan terima kasih" perkataan terima kasih itu ditekankan.

"Aisha" Aidan memanggil Aisha dengan lembut. Langkah Aisha terhenti. Dia boleh dengar tapak kaki Aidan mendekatinya dari belakang. Aisha berdiri membelakangi Aidan.

"Kau bukan hutang itu saja. Kau ada ambil sesuatu dari aku dan kau tak bagi balik"

Aisha berpaling menghadap Aidan. Keningnya diangkat, merenung tajam jejaka bermata hazel itu. Aidan tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Kalau perempuan nampak memang akan cair tapi tidak pada Aisha.

"Kau curi hati aku Aisha" mendengar saja ayat itu keluar dari bibir Aidan, Aisha terkelu. Aidan melangkah lebih mendekati Aisha. Mulutnya didekatkan ke telinga Aisha yang tertutup dengan tudung sekolah.

"I love you" bisiknya. Aisha memandang wajah kacak Aidan. Aidan tersenyum manis. Aisha membalas senyuman Itu. Lebih kepada senyuman fake.

"Green light huh?"

"Tak" senyuman Aidan mati. Dia memandang Aisha tidak berkelip. Dia kena reject ke? Kau dah kena reject Aidan, terima la kenyataan.

"Am" suara garau menyentakkan mereka berdua. Aidan menjauhi Aisha. Takut nanti orang salah sangka pula.

"Hoi, Am. Kau cakap kau nak pergi tandas. Ni ke tandas kau?" Aidan menjeling Tengku Aniq Amirul. Mulut macam mashine gun. Malas layan.

"Aisha, kau ada beli apa-apa tak" Jasmine Saffiya bersama Rose Mellisa mendekati mereka.

Tengku Asyraf Amir dan Tengku Aniq Amirul tidak berkelip memandang dua gadis itu.

"Dah. Jom bayar" belum sempat mereka melangkah Tengku Asyraf Amir memanggil Rose Mellisa.

"Rose?"

"Ya saya? Kenapa" soal Rose. Dia kenal sangat lelaki itu. Doktor yang merawatnya selama lebih dua minggu dia di hospital. Aisha dan Jasmine memandang dua manusia itu dengan dahi yang berkerut.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now