BAB 4 - AKU PERAMPAS ?

7 0 0
                                    

"Good morning, Zulaikha.." Aku baca whatsapp daripada Aiden. Dia ni kan daripada semalam Whatsapp aku. Semaklah rasa.. Handphone ku tukar ke mode silent. Tidak mahu mengganggu konsentrasiku untuk membuat kerja.

"Siapa call tu, Dinda ?" Tegur Eqbal. Aku menoleh.

"Tak ada siapa-siapa." Jawabku. Mood hari ini sudah ke laut. Semua gara-gara mamat IT tu. Sudah di beritahu jangan hantar bunga atau coklat lagi tapi masih tetap jugak berada di atas mejaku. Kali ini Teddy Bear. Dia ingat aku ni budak kecik ?

"Tu daripada tadi handphone tu menyala-nyala."

"Ha ?" Aku mencapai handphone di atas meja. Mak aihh ! 5 misscalled daripada unknown caller.

"Siapa pulak ni ?" Soalku sendiri. Macam urgent je. Aku call semula number itu.

"Hello." Suara wanita.

"Hello. Siapa ni ?"

"Ni Dinda ke ?"

"Ye saya.."

"Saya Syima. Boleh kita berjumpa ?"

"Jumpa? Untuk apa tu ye ? Saya tak kenal cik.."

"Tapi saya kenal awak. Ini ada kaitan dengan Irfan."

"Irfan ?!" Terkejut aku. Irfan, mamat IT tak faham bahasa yang setiap hari bagi aku bunga dan coklat tu ke ?

"Ye.."

"Kenapa dengan dia ye ?"

"Saya rasa better kita jumpa dulu. Cakap dalam phone ni susah."

"Cik ni siapa ? Apa kaitan cik dengan Irfan ?"

"Dia tunang saya."

Oohhhhh. Dah bertunang.. Tapi ada hati nak menggatal dengan aku ! 

"I see. Nak jumpa dekat mana ? Lepas pukul 5 nanti boleh ke ? Sekarang saya tengah kerja."

"Ok boleh. Nanti saya text kat mana nak jumpa."

"Baiklah.." Aku memutuskan panggilan. Handphone ku tenung sebelum mengeluh berat.

"Uit ! You ni dah kenapa mengeluh ?" soal Kak Aisan, rakan sekerja berbangsa Tionghoa yang duduk di sebelah mejaku.

"Kak Aisan, mati lah I macam ni." Aku mengeluh lagi.

"Why ? What happened ?"

"You tau tadi I cakap dengan siapa ?" Aku berbisik tidak mahu orang lain mendengar.

"Siapa ?"

"Tunang Irfan."

"What ? Irfan ? Yang selalu kacau you tu ?"

"Yeee.."

"Yang selalu bagi you bunga and coklat tu ?"

"Iyeeee.."

"Dia sudah bertunang meh ?" Aku angkat bahu.

"I pun baru tau ni."

"Kenapa dia call you ?"

"Dia nak ajak I jumpa."

"Jumpa ? For what ?"

"I've no idea.

"Aiyaaa.. Dia mesti sudah tau tunang dia buat hal lah.. Curang sama dia.."

"What curang ? I tak layan ok.." Aku cuba pertahankan diri.

HANYA AKU CINTA KAU SEORANGWhere stories live. Discover now