Y/N POV
Aku macam tak percaya mama akan cakap macam tu kat diaorang... Nak marah ade... Nak nangis pun ada rasa malu ni tak hilang lagi sebab aku sedang berjalan di depan budak-budak kembar yang menjengkelkan ni. Rasa macam diaorang masih lagi nak usik aku dengan senyuman dan usya aku dari belakang aku hanya mendiamkan diri dan terus berjalan.
"Kau marah lagi ke pasal tadi?" Tegur Gempa dengan senyuman.
"Siapa yang tak marah bila ibu cakap macam tu?!" Kata y/n tinggikan suara. Mereka di belakang cuba untuk menahan ketawa.
"Ehem! Tapi kau tahukan doa seorang ibu boleh termakbul." Kata Solar yang baru saja habis gelak di belakang. Y/n berhenti dan berpusing ke arah mereka.
"So?! Sekarang kau suka la?!"
"Kenapa kau nak marah pula? Mak kau yang suka kitaorang." Kata Taufan cuba untuk tahan ketawanya tadi.
"....." Y/n diam manakala yang lain tengah kawal diri.
I hate myself
Aku pedulikan diaorang dan terus jalan. Aku tahu dari belakang diaorang tengah ketawakan aku... Ala dalam diam mesti suka hati tu berbunga-bunga sampai babi pun boleh terbang.
PIIIIINNN!!!
"Y/N!!!"
Kedua belah lengan aku ditarik ke belakang oleh Gempa dan Hali sempat selamatkan aku dari kereta yang tak tahu maksud lampu merah. Aku terkedu sekejap telinga pun rasa berdesing dengan kuat. Suara diaorang memanggil nama aku membuatkan aku semakin jelas mendengar dan terus tersedar.
"Kau okay tak?" Tanya Solar.
"O..okay, aku okay..." Kata y/n dan berdiri.
"Huuft... Nyaris-nyaris je tadi." Kata Blaze.
"Kau ni pun! Tengok lah kiri kanan! Jangan main redah je!" Marah Hali dan lepaskan tangan y/n.
"Aku tahu! Aku tahu! Sorry! Dan... Thanks selamatkan aku."
"....."
****
Kalau diaorang tak ada tadi aku rasa dah lenyek aku digilis kereta. Bila la nak hilang rasa mendam ni... Semua diam tadi beria la gelak maybe sebab aku kot. Tak boleh jadi ni kena hiburkan suasana. Hmm apa ye... Oh?! Cotton candy la!! Aku berlari tinggalkan mereka di belakang dan mereka perasan aku berlari lalu mengikut aku sekali.
"Awww comelnya bentuk dia.... Pak cik! Saya nak bentuk yang ni okay!"
Lepas beberapa minit kemudian siap juga cotton candy aku dan sedia nak keluarkan duit tapi Taufan yang bagi dulu... Dia ada beli ke? Tak kan?
"Kenapa kau buat macam tu."
"Apa? Sekali sekala aku nak juga belanja orang."
"Tak perlu la. Aku pun bawa duit la."
"Simpan jelah... Hari ni biar kitaorang yang jaga kau." Kata Solar lalu memeluk bahu y/n.
"Eh mak kau... Huh?? Kau ingat kau tu tengah babysitting ke?"
"Maybe?"
"Dan kau la baby tu hahaha..." Kata Ice dan mencuit hidung y/n.
"Tak lawak weh, tak lawak."
Kami pun teruskan perjalanan dan dalam masa yang sama kitaorang melencong ke tempat lain hiburan suasana. Tanpa aku sedar aku jadi selasa keluar dengan diaorang. Kebanyakan duit diaorang yang punya, patut lah orang selalu tolak bila aku nak belanja rupanya diaorang tak nak rasa berhutang tapi bukan aku suruh diaorang bayar balik pun aku belanja ikhlas dan sekarang tu lah apa yang aku rasa sekarang. Aku berhutang nyawa dengan diaorang tadi. Mungkin diaorang tak nak aku balas budi tapi aku tetap akan balas sebab nyawa tu hanya la satu aku bukan la kucing ada 9 nyawa.
YOU ARE READING
Private School [SU]
Fanfiction(ELEMENTALS X READER) Apa perasaan kau bila dapat masuk private school? Padahal gaji mak ayah kau tak ada la sebesar gaji kerja kerajaan cuma sekadar cukup makan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. And then bila dah masuk kau jadi bahan...