Johnny POV
Aku menyarungkan t-shirt berwarna hitam pada badanku dengan berhati-hati.Almaklumlah luka tak sembuh sepenuhnya lagi.Selesai sahaja menyarungkan t-shirt itu,aku terus turun ke bawah untuk bersarapan bersama ahli yang lain.
"Annyeong",tegur aku.Yang lain hanya tersenyum sambil menanti sarapan dihidangkan.Seperti biasa, tukang masaknya mestilah Raesang.Aku duduk di kerusi dengan berhati-hati.
"Hyung, macam mana?Dah okey sikit?",tanya Jisung.
"Eo.Just sakit sikit-sikit je",beritahu aku.
"Nah, breakfast untuk awak",Raesang menghidangkan puding roti di hadapan aku.Bau puding roti ni pun dah buat aku terliur apatah lagi kalau dah rasa nanti.
"Terima kasih",ucap aku.Raesang hanya tersenyum lalu duduk di sebelah aku.
"Jemput makan korang".
Sambil aku makan,sambil aku pandang wajah Raesang.Saja nak melepas rindu.Mengadakan aku ni?
"Hyung!",tiba-tiba Sungchan menjerit.Nasib aku tak tersembur puding roti tu dekat muka Raesang kalau tak habis aku kena dengan dia nanti dan dahlah puding roti ni panas lagi.
"Apa dia?".
"Tengok ni",Sungchan menghulurkan aku tablet miliknya.Apa yang tertera dekat skrin tablet itu aku baca.Alangkah terkejutnya aku apabila membaca baris-baris ayat dalam tablet itu.
"Macam mana diaorang boleh tahu ni?",tanya aku gelisah.Aku memandang wajah Raesang yang kelihatan bingung itu.
"Kenapa?",tanya Jaemin ingin tahu.Aku pun menghulurkan tablet milik Sungchan itu kepada Jaemin.
"Aku rasa, diaorang dapat tahu masa hyung masuk hospital.Hospital kan ramai orang",teka Sungchan.
"Sekarang ni kau nak buat apa?Media dah tahu.Nctzen pun berkemungkinan dah tahu pasal kau dengan Raesang.",Taeyong membaca baris-baris ayat di dalam tablet itu lalu memandang aku.
"Terus terang?",kata aku.
"Kau gila ke?Nanti macam mana dengan NCTzen?PD nim?Kau tahu kan kau boleh kena buang dari group ni nanti?",bertubi-tubi soalan Taeil beri pada aku.
"Kalau aku berahsia sekalipun, lambat laun nanti diaorang tahu juga pasal hubungan aku dengan Raesang",ujar aku.Mereka hanya mengeluh.
"Jangan risaulah.Aku boleh handle sendiri.Korang janganlah takut sangat.Walaupun aku tak ada dalam group ni, kita still boleh contact kan?Bukannya terputus hubungan pun kalau aku keluar",kata aku sambil tergelak kecil di hujung kata.
Aku pun tak tahu yang aku dapat kekal atau tak dalam kumpulan ni lepas ni.Aku melepaskan keluhan kecil.
...
Selesai sahaja aku berjumpa dengan pihak media dan berterus terang, aku terus pulang ke rumah.Penat rasanya harini.Banyak soalan yang diajukan kepadaku.Semuanya berkenaan Raesang.
"Macam mana?Berjalan lancar?",tanya Mark lalu duduk di sebelah kanan aku manakala Haechan pula duduk di sebelah kiri aku.
"Okey je.Sekarang ni aku penat",beritahu aku sambil menguap.
"Hyung tengok ni",Haechan menghulurkan telefonnya kepadaku.Aku cuba membuka mata aku yang sudah layu ini,meneliti apa yang tertulis di skrin telefon Haechan.
"Tahniah Johnny!".
"Bertuahnya perempuan tu!".
"Oppa, tunjuklah muka girlfriend oppa.Kitaorang nak tengok".
"Tahniah,oppa walaupun saya kecewa tapi tak apa.Janji oppa happy, saya pun happy".
Johnny membaca komen-komen yang dihantar oleh NCTzen. Mujurlah diaorang terima baik Raesang.Aku takut nanti ada yang tak puas hati datang dan serang Raesang pula.
"Mujur diaorang tak marah,kan?Kalau tak, tak tahu aku apa akan jadi nanti",kata Mark sambil tersenyum kecil.
"Lepas ni aku tak payahlah nak takut sangat kalau nak keluar dengan Raesang kan",kata aku sambil tersengih.
"Ehhh kalau macam tu aku pun nak bagitahu medialah",kata Mark tiba-tiba.
"Kau nak bagitahu apa ha?Jangan cakap kau pun ada suka dekat someone".
"Haah.Kenapa salah ke?",Mark mengangkat kening sebelah sambil berpeluh tubuh.
"Siapa?",tanya aku ingin tahu.
"Soo Yoo",beritahu Mark malu-malu.Aku pandang Haechan, Haechan pandang aku sebelum tawa kami berdua pecah.
"Kenapa kau gelak?Tak lawak lah!".
...
"Termenung apa tu?",aku berjalan menghampiri Raesang yang sedang termenung di bangku laman.
"Tak ada apalah.Duduklah",dia berganjak sedikit untuk memberi aku ruang.
"Akhirnya,semua orang dah tahu pasal kita.Awak tak apa ke?".
"Saya okey je.Saya lagi suka sebab tak payah nak main sorok-sorok lagi lepas ni",balas Raesang sambil ketawa.
"Terima kasih",ucap dia.Aku menoleh memandang dia di sebelah.
"Untuk apa?".
"Untuk segalanya.Untuk wayang.Untuk rollercoaster.Untuk corndog.Untuk strawberi.Untuk kenangan kita dekat Sea World.Untuk kenangan kita dekat Cheongye Stream dan untuk usaha awak, untuk kekalkan hubungan kita ni",ucap Raesang lalu menghadiahkan aku senyuman manisnya.
"Awak pun.Terima kasih sebab bertahan walaupun banyak cabaran yang kita kena tempuhi.Terima kasih sebab tak tinggalkan saya dan terima kasih sebab jaga saya, sayangkan saya.Terima kasih awak",ucap aku pula lalu memegang tangan kecilnya.
Kami berdua menikmati pemandangan langit malam yang dihiasi berjuta bintang dan angin sepoi-sepoi bahasa itu dengan hati yang tenang dan gembira.
bab 22 dan yang terakhir siap di update!
jangan lupa vote komen n share tau~
YOU ARE READING
OUR LOTUS GIRL ||•JOHNNY SUH•||
Romance'Sekejap!Aku sekarang ni dekat mana?Betul ke ni?Aku tak mimpi kan?Betul ke Johnny NCT sekarang ni ada depan mata aku?!Dan betul ke sekarang ni aku ada dalam bilik dia?!'-Raesang credit to @ForeverAdel start : 9.12.2020 end : 21.01.2021