5 - Izaki Oikawa

9 4 0
                                    

"urghh.. "

Satu bunyi keluar dari mulutnya. Mata nya cuba untuk di buka walaupun payah. Lama kelamaan dia berjaya.

Benda pertama yang dilihatnya adalah...

'siling putih? Aku kat mana ni? 'bisik hatinya. Dia cuba memproses balik apa yang terjadi padanya. Tetapi, makin dipaksa ingat makin sakit pula kepala nya. Dia memegang kepalanya.

Dia cuba untuk bangun. Selepas dia berjaya bangun dari pembaringannya,dia melihat di sekeliling ruang itu.

Dia terpegun seketika. Terpesona dengan kecantikan dan keindahan hiasan di dalam bilik ini. Dah lah besar!

His POV

Serious ahh weyy!?!! Bapak besar siot bilik ni!! Dah lah cantik! Ukiran unik gila! Warna emas pulak tu!? Aku kat istana diraja ke apa ni!

Aku masih tidak puas hati dengan apa yang aku lihat.. Sampai lah aku teringat sesuatu.

"owh.. Tak silap aku.. Aku berjalan dalam hutan ann? "aku melihat jendela di kanan aku.

"hari dah siang! "gumam ku perlahan.

"ehh!?! Setan mana pulak yang bawa aku masuk dalam rumah ni!?!! Huhuu.. Tolong bebaskan aku.. Da-daging aku tak sedap pun!!.. Aku.. Aku tak nak mati awal.. Aku nak merasai nikmat dunia!! Aku nak rasai nikmat cinta! Aku nak kawin!! Aku nak anak!! Aku nak cucu!! Aku nak cici- "

"oi! Bape lama lagi kau nak membebel tu? "tegur seseorang lantas mematikan emm... rayuan...? aku.
Aku memandang ke arah si pengacau itu.

"kau sape!?"tanya aku. Ada lah sikit nada tengking tu.

"huh? Dasar lupa jasa! Aku yang patut tanya kau! Kau sape? Sesat jalan balik rumah ehh? Nasib aku yang jumpa kau semalam! Kalau penjaga hutan ni yang jumpa kau dah lama dah aku rasa kau jadi santapan sarapan mereka tu! "balas orang itu dengan muka jengkel.

"haa? "aku cuba mengingat balik..

Semalam.. Aku masuk satu hutan sebab aku nak selamatkan diri aku dari makhluk setan yang jijik tu! Aku tak tahu hutan mana yang aku masuk tu.. Sebab malam..tak nampak papan tanda. Lepas tu.. Aku pensan..?

"em.. So-sorry.." malu pulak aku!

"bo-boleh aku tanya? "tanya aku gugup. Entah semacam je lelaki depan aku ni. Menakutkan!

"apa? "

"em.. Ni kan hutan? Boleh aku tanya ni hutan apa? Waktu aku lari ke sini.. Aku tak sempat baca papan nama hutan ni.. Pastu gelap pulak tu! Lagi pun.. Ada ke orang tinggal kat dalam hutan yang gelap gelita ni? Lagi lagi bila ada bilik mewah macam ni.. "ayat terakhir diperlahankan. Takut dia dengar dia halau aku pulak.

Lelaki itu tersenyum sinis lalu meninggalkan aku. Mata aku terkebil kebil melihat kelibatnya yang menghilang dari pandangan. Kurang asam boy betul! Dia blah je?

Tiba tiba dia datang balik di depan pintu bilik aku. Ok bukan bilik aku!

"baik kau siap cepat then kau turun sarapan! Jangan sampai kau aku buat sarapan pulak! "kata lelaki itu dengan senyuman sinis lalu meninggalkan ku sekali lagi.

"memang daging aku ni sedap ek? Semua nak makan aku? Setan semalam nak makan aku! Penjaga hutan ni nak makan aku! Dia pun nak makan aku! Puk**ak! "bebel aku seorang diri tetapi badan tetap bergerak.

Aku nampak ada sehelai tuala dan sepasang baju berwarna ungu dilipat cantik di sisi katil aku. Aku mengambil tuala tersebut lalu masuk ke dalam bilik air.

-----------------------------------------------------------
Selepas selesai semuanya, aku pun perlahan lahan keluar dari bilik itu.

Sekali lagi aku terpegun!

Contract With Demons [ON GOING] [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now