A I D E N 36

8.4K 456 23
                                    

"PERGI ke mana tadi?" Adeena yang mahu memulas tombol pintu bilik kerja milik Aiden terbantut. Dia memusingkan tubuh ke arah lelaki itu.

Kelihatan Aiden yang berkaca mata masih lagi statik memandang ke bawah. Fokus melakukan kerjanya.

"Ha?" Adeena menelan liurnya. Terasa pahit pula bila liurnya melalui kerongkong.

"Abang tanya. Sayang pergi mana tadi?" Soal Aiden lagi.

Kaca mata yang sedari tadi berada di batang hidung, membuatkan lelaki itu mencabut kaca mata dari wajahnya lalu diletakkan ke atas meja kerja. Batang hidungnya yang terasa sakit dia urut perlahan.

"Come sit here. Depan abang." Adeena akur. Dia melangkah merapati meja kerja milik Aiden.

"D-Deena. Pergi office abang tadi. Sampai je Deena dekat sana, tau-tau je abang gone." Adeena menunduk.

Kalau Aiden tahu yang dia jumpa dengan Rayyan? Macam mana?

"Abang pergi airport, ambil mom." Adeena mengangguk mengerti.

"Kenapa abang tak bagitahu Deena dulu? If Deena tahu yang abang nak pergi ambil mom tadi Deena ikut." Adeena memuncung.

Apa la Aiden ni, tak pasal-pasal dia kena cop menantu tak ada adab. Sebab apa? Sebab tak pergi jemput ibu mertua di airport.

Hish! Kalau mom terasa hati dengan dia, dia nak buat Aiden mengandung! Tak kira!

"Abang rushing, phone pun abang tertinggal." Ujar Aiden lagi. Mulut Adeena yang panjang sedepa itu dia hanya pandang dengan bersahaja.

Sekarang ni dia yang tengah angin bukannya Adeena. Geram pula dia lihat tubuh Adeena yang sudah sedikit berisi itu.

"Sayang ada apa-apa nak bagitahu abang?" Adeena terdiam. Bibirnya dia kemam. Hah sudah! Kenapa Aiden nampak seperti dia tahu sesuatu?

"T-Tak ada apa-apa." Adeena tersengih.

Senyap.

Adeena mengusap bahunya yang terdedah. Makin dingin pula rasa suasana dalam ruang bilik kerja Aiden ni.

"Rayyan." Adeena pantas mendongak. Wajah Aiden yang sudah tegang itu dia pandang dengan takut. Liurnya ditelan kesat.

"K-Kenapa dengan Rayyan?"

"You jumpa dia tadi. For what?" Adeena terdiam. Jujur atau tak? Kalau dia jujur nanti Aiden marah. Kalau dia tak jujur Aiden memang tak suka orang yang menipu! Kalau nanti Aiden tak percaya lagi dengan apa yang dia cakap kan susah.

Jujur!

"Kebetullan je Deena jumpa dia dekat parking lot. Dia yang tegur Deena, lepastu dia ajak minum itu je." Adeena menayangkan giginya pada Aiden. Belakang kepala dia garu.

Nak jujur!

"Lagi? Dia tak akan ajak you pergi lepak untuk spend time together. Mesti ada sebab love." Adeena mengangguk.

Aiden mendengus. Kenapa susah sangat isterinya mahu membuka mulut. Dah ada emas ke dalam mulut wanita itu?

Lelaki itu masih sabar menunggu dua ulah bibir itu bergerak untuk berbicara. Namun hampa! Sepatah perkataan pun tak terkeluar dari Adeena. Aiden mengetap bibirnya kegeraman.

"I ask you Davina!" Meja kerjanya dia hentak kasar menggunakan buku tebal yang berada di tepi meja. Sehingga air berkafein yang masih tersisa di dalam cawan pun tertumpah sedikit ke atas meja kerjanya.

Menguji kesabaran betul isterinya itu. Suka sangat bermain tarik tali dengannya. Dia pantang bila orang endah tidak endah bila dia menanyakan sesuatu. Dia tak suka!

"Dia nak pinjam duit!" Wanita itu menghela nafas lega. Terluah juga apa yang tersekat di kerongkong sedari tadi. Melihat baran Aiden yang satu itu naik menggigil jugalah urat sarafnya!

Ngeri!

Aiden kembali duduk. Duit?

"Money? He ask you for money?" Adeena mengangguk. Dia tunduk ke bawah, tidak mampu untuk menatap wajah suaminya.

"If I don't ask you about this, you akan bagitahu atau tak Davina?" Menerima gelengan daripada Adeena membuatkan lelaki itu tersandar lemah di kerusi kerja miliknya.

"You will never know how cunning a Rayyan is behind his innocent face, Davina. A stern warning from me. Don't you dare ever again meet him behind my back or else, I sent you to my hometown." Ujar Aiden dengan suara yang tertahan. Wajah isterinya dia pandang dengan renungan yang tajam.

"But- Rayyan need some money. Dia hilang sumber pendapatan. How can he and Puan Raihana will survive?" Wajah Adeena berkerut. Sungguh dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Rayyan dan juga Puan Raihana.

Jika dia mempunyai wang dan harta sebanyak suaminya, sudah pasti dia akan memberikan berapa sahaja jumlah wang yang Puan Raihana dan juga Rayyan mahukan.

"If I said no means no. Mereka hidup tak perlukan belas kasihan daripada you. Jangan pandai-pandai jumpa Rayyan behind my back. Ingat pesanan ni mrs Aiden Nathaniel." Adeena terkedu. Sosok tubuh Aiden yang melintasinya itu tadi hanya dikerling dengan hujung mata.

Adeena mengangkat kepalanya. Matanya melilau di segenap ruangan bilik kerja milik Aiden. Sedang dia memerhati matanya jatuh pada satu objek nipis berwarna hitam.

Matanya bagaikan terus bersinar!

Black card!

Black card inilah yang Aiden berikan padanya dahulu. Namun, Aiden ambil balik disebabkan sikapnya yang terlalu boros bila berbelanja!

Cis!

Sebelum kahwin dahulu bukan main lagi unlimited money dia dapat. Bila dah kahwin umph! Tapi bila di fikirkan balik betul lah tindakan suaminya itu.

Kata Aiden dia tak nak manjakan isterinya dengan kemewahan. Kerana lelaki itu takut suatu hari nanti dia akan dilanda kejatuhan dalam dunia perniagaan.

Hidup seperti roda ada kalanya kita akan berada di atas. Dan ada masanya kita di uji dan kita berada di paling bawah. Itulah erti kehidupan.

Adeena terharu. Walaupun Aiden banyak harta tetapi lelaki itu tetap mempunyai sikap rendah diri! Dia cintakan Aiden!

Sungguh!

Lelaki itu sungguh perfect di matanya.

Adeena hanya pandang black card yang ada pada tangannya. Dia kasihan pada Rayyan tapi Aiden?

Jika dia bantu Rayyan dengan menggunakan kad itu. Apa agaknya reaksi suaminya itu nanti?

Ah! Dia buntu!















-curi-curi update even busy;) sorry cause this is just a short chapter. I will update again bila tak busy■

MRS AIDEN NATHANIEL [C]Where stories live. Discover now